Quantcast
Channel: Aktiviti Dakwah – Perkim
Viewing all 99 articles
Browse latest View live

PERKIM Teruskan Dua Amanat AlMarhum Tunku Abdul Rahman

$
0
0

oleh: MOHD. SYAHRIL ROSDI AHMAD ZAHUDI

“Sekiranya pengasas Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM), Almarhum YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj masih ada bersama kita pada hari ini, saya tidak kekok untuk memaklumkan kepada Almarhum mengenai perkembangan dan kejayaan PERKIM yang berlaku sejak dari dahulu sehingga sekarang,” kata Tan Sri Dr. Mohd. Yusof Noor.

Dr. Yusof Noor selaku Setiausaha Agung Kehormat PERKIM berkata dalam ucapan aluannya sempena Sambutan Hari PERKIM Ke-58 bertempat di Yayasan Kepimpinan Perdana, Presint 8, Putrajaya pada 8 Februari 2018 lalu.

Seramai 250 tetamu terdiri daripada Ahli Majlis Kebangsaan PERKIM, Wanita PERKIM, PERKIM Bahagian Wilayah Persekutuan, Negeri Sembilan dan Saudara Muslim berketurunan Cina, India, Orang Asli, Siam, Filipina dan Indonesia.

Hari PERKIM dianjurkan bagi memperingati hari keputeraan Almarhum pada tanggal 8 Februari bersempena penubuhan PERKIM ke-58  didaftarkan pada 19 Ogos 1960.

Almarhum dilantik sebagai Yang Di-Pertua PERKIM bermula dari tahun 1971 sehingga 1989. Jasa dan pengorbanan beliau yang membangunkan PERKIM khususnya kegiatan dakwah tanpa mengira kaum dan agama.

“Saya percaya kejayaan PERKIM pada hari ini adalah hasil kerjasama yang erat antara ahli dan penggerak di setiap peringkat bahagian sehingga kebangsaan. Sempena sambutan Hari PERKIM ini, saya mengambil kesempatan merakamkan penghargaan khusus kepada Wanita PERKIM kerana sering memberi nafas baru dalam setiap perjuangan membantu melicinkan tugasan dakwah dan kebajikan,” ujar Yusof Noor.

Mengimbas sejarah PERKIM, pada masa dahulu kita memerlukan penglibatan tenaga luar terutama melibatkan urusan dakwah. Maka sesuai dengan keadaan ketika itu, Almarhum berusaha menjalin bekerjasama dengan bahagian dakwah Libya Republik di bawah pimpinan Muammar Gadaffi bagi menyelaras permulaan aktiviti dakwah PERKIM.

Hasilnya telah wujud Tabung Amanah Dakwah Islamiah Libya Malaysia Berdaftar (LMDF) sebagai institusi  pengurusan kewangan dan  pinjaman wang untuk membangunkan Bangunan PERKIM yang berdiri gah di tengah bandar Jalan Ipoh, Kuala Lumpur menjadi mercu tanda dan kebanggaan kita.

Ulasnya, terdapat dua usaha penting yang dilaksanakan ketika hayat Tunku mendapatkan sebuah bangunan untuk dijadikan sebagai markas utama PERKIM serta pendidikan Islam iaitu Institut Dakwah Islamiah PERKIM (IDIP) dan Tadika PERKIM.

Dua produk ini adalah amanah yang diilhamkan oleh pengasas PERKIM yang perlu diberi perhatian dan diteruskan. IDIP telah beroperasi sekian lama di Kota Bharu, Kelantan adalah saluran perkhidmatan pendidikan peringkat sijil khusus kepada remaja asnaf dan pedalaman yang berpotensi untuk menjadi pendakwah dan pemimpin setelah kembali ke halaman asal masing-masing.

IDIP Kuala Lumpur dijangka bakal beroperasi pada Julai 2018 setelah mendapat persetujuan bersama Mesyuarat Majlis Kebangsaan PERKIM dengan nama International Dakwah Institute PERKIM yang menyediakan kelas dan kursus profesional.

Tegasnya lagi, amanah kedua yang perlu diberi perhatian ialah tadika PERKIM yang terdapat di Pulau Pinang dan Perak. Selaras dengan perlembagaan PERKIM, tadika tersebut merupakan pusat perkembangan yang menerapkan nilai-nilai Islam kepada anak-anak di peringkat pra-sekolah tanpa mengira bangsa.

Misalnya di Kg. Koh, Manjung Perak terdapat ibubapa bukan Islam yang yakin dan percaya terhadap perkhidmatan pembelajaran yang disediakan dengan menghantar anak mereka ke pusat tersebut.

Harapan beliau, agar PERKIM berusaha dengan sedaya upaya meneruskan perjuangan dan amanat Almarhum untuk mengekalkan sistem pendidikan yang sedia di kedua-dua institusi tersebut meskipun keadaan ekonomi dan agihan dana begitu terhad.

“Saya bagi pihak PERKIM mengucapkan terima kasih kepada Yayasan Kepimpinan Perdana kerana memberi izin melangsungkan majlis yang bermakna pada hari ini sempena menyambut Hari PERKIM. Mudah-mudahan kehadiran ahli PERKIM dapat melahirkan idea yang lagi bernas dan mantap menerusi amanat yang disampaikan sebentar lagi,” akhir ucapan aluannya.

Turut hadir ialah pimpinan PERKIM iaitu isteri Yang DiPertua, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali; Naib Yang Dipertua, Datuk Mohd. Nakhaie Ahmad, Prof. Dr. Mohd. Ridhuan Tee Abdullah; Penolong Setiausaha Agung Kehormat, Datuk Hasbullah L. Isa; Pengarah Unit Perancangan, Penyelidikan dan Pelaksanaan (UPPP), Mamat Che Chik; Timbalan Pengarah UPPP, Datuk Abdul Hanif Harun; Penyelaras Unit Komunikasi dan Media Baru, Datuk Idris Mamat dan Penyelaras Unit Pembangunan dan Aset, Datuk Ahmad Mustafa.

Majlis diserikan dengan ucaptama Yang Dipertua PERKIM, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Dr. Mahathir dalam ucapannya berkata, penubuhan PERKIM pada dasarnya penuh dengan misi dan visi menjadi organisasi dakwah yang terunggul untuk memberi sokongan kepada institusi Islam yang lain di Malaysia.

“Sempena dengan ulangtahun penubuhan kita perlu mengkaji semula perjalanan PERKIM sama ada berjaya atau tidak melaksanakan misi dan visi tersebut dalam mencapai matlamat dakwah,” katanya.

Agama memainkan peranan yang penting dalam membentuk peribadi manusia sekaligus melahirkan sebuah masyarakat terunggul sebagaimana yang dilaksanakan oleh Rasulullah s.a.w dalam menyebarluaskan ajaran Islam pada ketika itu.

Dakwah adalah mengajak kepada kebaikan dan mencegah kepada kemungkaran. Islam agama yang dibawa oleh Rasulullah untuk mengajarkan kehidupan kepada masyarakat agar menjadi khalifah yang terbaik di muka bumi ini. Kejayaan Nabi Muhammad s.a.w menyebarkan agama Islam sehingga ke pelusuk dunia adalah suatu pencapaian yang cukup hebat dan luar biasa.

Tambah beliau lagi, jika dilihat masyarakat Islam pada hari ini sudah hilang dari panduannya. Mereka telah melakukan perkara yang ditegah oleh agama. Keadaan ini menjadikan imej Islam semakin buruk kerana tingkahlaku orang Islam itu sendiri. Sedangkan umat Islam harus menjadi contoh yang perlu diteladani oleh penganut agama yang lain.

“Hari ini kita lihat ramai orang Islam yang lari dari negara Islam. Seolah-oleh negara yang ditadbir oleh orang Islam itu tidak selesa seperti negara yang menjadi pilihan mereka mencari perlindungan. Ini adalah hakikat yang perlu kita terima,” jelasnya.

Islam mengajarkan tentang keadilan iaitu menghukum secara adil. Masyarakat di Malaysia terdiri daripada rakyat berbilang kaum dan agama. Kita berjaya menjaga akidah umat Islam menerusi penguatkuasaan undang-undang dari pelbagai usaha untuk menangkis anasir dan propaganda yang memainkan isu sentiment keagamaan.

Namun begitu orang Melayu dilihat masih ketinggalan dari pelbagai sudut yang bukan berpunca daripada ajaran Islam. Sedangkan agama menganjurkan umatnya perlu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.

Terdapat beberapa individu yang berani yang melakukan interprestasi agama kemudian mempengaruhi orang lain dengan kefahaman yang diterjemahkan oleh mereka sendiri. Islam digambarkan dengan pandangan yang negatif. Kita perlu bertegas atau mengambil tindakan terhadap mereka yang kembali kepada agama asal setelah memeluk Islam. Di Malaysia orang Islam hampir mencecah 60 peratus. Umat Islam perlu bersatu dan tidak berpuak-puak untuk mengelak perpecahan.

Menurutnya lagi, orang Islam harus berterima kasih khususnya orang Melayu kerana mendapat hak keistimewaan dalam perlembangaan Perkara 3 (1). Maka sebagai umat Islam kita perlu menjadi model yang terbaik seperti Rasulullah s.a.w.

Majlis diakhiri dengan bacaan surah Yasin dan tahlil dipimpin oleh Yus Ondre.

 


Yus Ondre (berdiri) mengalunkan bacaan ayat suci al-Quran al-Karim di awal majlis.

 


Antara tetamu yang hadir pada Majlis Sambutan Hari PERKIM Ke-58.


Dr. Yusof Noor menyampaikan ucapan aluan pada majlis tersebut.

 

 


Barisan tetamu yang hadir pada majlis tersebut mendengar ucapan aluan oleh Dr. Yusof Noor.

 


Dr. Yusof Noor menyampaikan perihal Bangunan PERKIM, Tadika PERKIM dan IDIP KL.

 


Yang DiPertua PERKIM, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyampaikan ucaptamanya di Majlis Sambutan Hari PERKIM Ke-58.

 


Antara barisan Wanita PERKIM yang hadir di majlis tersebut.

 

 


Barisan tetamu kehormat bersama-sama membaca Surah Yasin di akhir majlis tersebut dipimpin oleh Yus Ondre (kanan).

 


Tun Dr. Mahathir turut bersama-sama membaca Surah Yasin sekaligus menghadiahkan bacaan tersebut kepada AlMarhum Tunku.

 


Hadirin membaca Surah Yasin bermula dari ayat 1 hingga ayat 83 secara berjemaah diikuti dengan bacaan tahlil.

 


Semoga mendapat kerahmatan dan keberkatan daripada Allah SWT kepada pembaca dan orang yang dihadiahkan.

 


Suasana majlis bacaan Yasin dan Tahlil di dewan Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya.

 


(Dari kiri) Dr. Yusof Noor, Dr. Mahathir dan Dr. Ridhuan Tee bersama-sama membaca Surah Yasin.

 


Tetamu menadah tangan ketika doa selamat dibacakan.

 


Ahli Perkim turut berpeluang bergambar bersama Yang DiPertua PERKIM, Tun Dr. Mahathir (tengah).

 

 


Tetamu menikmati jamuan makan yang disediakan setelah majlis berakhir.

The post PERKIM Teruskan Dua Amanat AlMarhum Tunku Abdul Rahman appeared first on Perkim.


Majlis Jamuan Muhibah Sempena Sambutan Tahun Baru Cina 2018

$
0
0

MAJLIS JAMUAN MUHIBAH SEMPENA SAMBUTAN TAHUN BARU CINA 2018

Anjuran: Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM)
Tarikh: 23 Jamadil Akhir 1439H / 11 Mac 2018 (Ahad)
Masa: 8.00 pagi – 1.00 tengah hari
Tempat: Masjid Al-Muhsinin, Taman Danau Desa, Kuala Lumpur.
Kerjasama: Masjid Al-Muhsinin, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Polis DiRaja Malaysia (PDRM) & Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM)

Antara aktiviti-aktiviti yang akan diadakan:

  1. Senaman Tai Chi
  2. Sukaneka Kanak-kanak
  3. Tarian Singa
  4. Pemeriksaan Kesihatan
  5. Persembahan Mee Tarik (La Mian)
  6. Jamuan Makan
  7. Yee Sang

Maklumat lanjut, sila hubungi Encik Muhammad Farhan Tee Abdullah di talian 03-4042 6224 / 017-4788934.

The post Majlis Jamuan Muhibah Sempena Sambutan Tahun Baru Cina 2018 appeared first on Perkim.

KPU UIAM Rangkul Anugerah YDP PERKIM

$
0
0

KPU UIAM RANGKUL ANUGERAH YDP PERKIM

 Oleh: MOHD. SYAHRIL ROSDI AHMAD ZAHUDI

Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Kebangsaan baru-baru ini telah menganjurkan Majlis Berbuka Puasa Yang DiPertua PERKIM, Tun Dr. Mahathir Mohamad bertempat di The Everly, Putrajaya pada 16 Jun 2017.

Majlis berbuka puasa anjuran PERKIM Kebangsaan merupakan acara rasmi tahunan sebagai menghargai jasa dan bakti Kelab PERKIM Universiti (KPU) kepada PERKIM selama ini. KPU dilihat sebagai tenaga penggerak yang berpotensi untuk mengembangkan dakwah di dalam dan di luar kampus.

Majlis yang menghimpunkan 300 tetamu terdiri daripada Ahli Majlis PERKIM, ahli-ahli PERKIM, ahli KPU dan tokoh agama, dermawan dan korporat itu bertujuan mengeratkan ukhuwah dan ramah mesra sempena meraikan Ramadan dengan aneka juadah berbuka puasa dan ibadah tarawih.

Wan Shahir AzrisTimbalan Pengerusi Kelab Universiti Kuala Lumpur (UniKL) MIIT, Wan Shahir Azri dalam ucapannya melahirkan rasa syukur yang tidak terhingga kerana diberi peluang untuk berucap mewakili kelab PERKIM seluruh Malaysia.

KPU begitu sinonim melalui penglibatan ahli daripada mahasiswa dan mahasiswi seluruh Malaysia. Sehingga kini terdapat 17 buah KPU terdiri dari institut pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS).

Kami amat bertuah kerana terlibat melaksanakan aktiviti KPU di dalam dan di luar kampus termasuklah ke perkampungan Orang Asli dan program Operasi Khidmat Masyarakat (OPKIM) selaras dengan misi PERKIM.

PERKIM merupakan salah satu pertubuhan kebajikan yang kukuh di Malaysia telah mencatat sejarah yang tidak ternilai melalui pengislaman dan melakukan kerja kebajikan sejak zaman Al Marhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.

Sehingga kini, PERKIM dilihat semakin utuh dan diterima oleh pelbagai lapisan masyarakat. Kami yakin dan percaya bahawa PERKIM amat sesuai dengan kehendak kami yang menginginkan aktiviti kemasyarakatan, kebajikan serta khidmat sosial walaupun pada masa yang sama kami masih menuntut ilmu di IPT.

Pada fikiran saya, KPU merupakan platform yang sesuai untuk melahir generasi yang memahami, menghayati dan mengamalkan ilmu agama dalam masa yang sama mempunyai akhlak yang mulia.

KPU juga bertindak sebagai agen pemupuk keharmonian kaum di kalangan belia Islam khususnya.

Tenaga serta pemikiran belia harus diserapkan bagi mengimbangi golongan muda dan barisan kepimpinan PERKIM.

Melalui kepimpinan PERKIM oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, kami sentiasa menyokong dan membantu Perkim dalam melaksanakan aktiviti bagi mencapai misi PERKIM.

Kami bersyukur dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada PERKIM yang banyak mendidik dari sudut ilmu, nasihat dan kewangan dalam mengadakan program dan aktiviti.

Program diadakan tidak lain tidak bukan adalah kerana ingin menonjolkan kebaikan yang ada dianjurkan Islam menerusi pendamaian dan perpaduan.

Maka masyarakat non-muslim boleh menerima Islam tanpa prejudis dan diskriminasi terhadap Islam. Bahkan ada beberapa program KPU berteraskan perpaduan, kedamaian dan persefahaman berjaya mengislamkan mereka yang bukan Islam.

Diharapkan KPU dapat diperkasakan lagi kedudukannya di PERKIM sebagai pemangkin penggerak aktiviti PERKIM. Sokongan dan dorongan dari semua pihak amatlah diharapkan.

Sekaligus menjadi penyumbang jalan kebaikan kepada banyak pihak dalam membantu sesama insan tanpa mengira bangsa di atas satu misi iaitu mencari keredaan Allah SWT.

Turut hadir ialah pimpinan PERKIM, isteri kepada Yang DiPertua Tun Dr Siti Hasmah Mohd. Ali; Naib Yang DiPertua, Prof. Dr. Mohd. Ridhuan Tee Abdullah, Dato’ Dr. Mustapha Ma, Dato’ Mohd. Nakhaie Ahmad; Bendahari Kehormat, Tan Sri Dato’ Dr. Muhammad Rais Abdul Karim; isteri Bendahari Kehormat, Prof. Rohaty Majzub; Penolong Setiausaha Agung Kehormat, Datuk Hasbullah L. Isa.

Tan Sri Dr Mohd Yusof NoorsSetiausaha Agung Kehormat PERKIM, Tan Sri Dr. Mohd. Yusof Noor dalam ucapan aluannya berkata majlis pada kali ini diadakan pada 10 hari terakhir Ramadan. Merupakan antara hari-hari teristimewa di mana ia mempunyai keberkatan di dalamnya yang lebih baik daripada 1,000 bulan iaitu lailatul qadar.

Beliau turut mengalu-alukan kehadiran tetamu khas iaitu Archbishop Kuala Lumpur, Julian Leow Beng Kim.

PERKIM sukar untuk menterjemahkan penghargaan kepada mantan Perdana Menteri yang sudi bersama PERKIM. Walaupun kita tahu keadaan yang dialami oleh Yang DiPertua PERKIM telah melepaskan kesemua jawatannya, namun beliau tetap diundang dari dalam dan luar negara bagi memberikan pandangan, idea dan pembangunan negara.

Kita akan terus berusaha untuk menentukan dan memainkan peranan yang berterusan terutamanya dalam kerja-kerja kebajikan walaupun terdapat kekangan kewangan.

Ramai lagi rakyat Malaysia yang masih memerlukan pertolongan namun kita tidak dapat menolong semua atas nama PERKIM. Bagaimana pun, kita memilih untuk menumpukan perhatian pada mangsa lumpuh atau strok yang dikendalikan oleh Pusat Pemulihan Komuniti Strok PERKIM (SCORE) terletak di Bandar Baru Sentul.

Sumbangan van SCORE adalah tajaan daripada Yayasan PERKIM. Mudah-mudahan urusan untuk membantu mereka yang mengalami kesukaran, akan direstui oleh Allah SWT.

Saya percaya semangat yang diberikan oleh Yang DiPertua PERKIM kepada kita, akan kita manfaatkan sebagai meneruskan amanah penubuhan dan pengasasan PERKIM pada zaman Al-Marhum Tunku Abdul Rahman.

Saya turut mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada KPU yang datang dari beberapa perwakilan universiti merupakan generasi baru yang akan menyambung misi PERKIM di masa akan datang.

KPU pada masa ini sedang mempelajari pengorbanan orang-orang lama dan terdahulu seterusnya akan diterapkan kepada generasi muda PERKIM di kampus.

Tun Dr Mahathir MohamadsYang DiPertua PERKIM, Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam ucaptamanya melahirkan terima kasih kepada PERKIM kerana menjemputnya di dalam majlis tahunan tersebut.

“PERKIM menyediakan generasi muda melalui KPU untuk mengambil alih pimpinan yang sedia ada,” ucap Dr. Mahathir selepas merasmikan upacara penyerahan kenderaan SCORE beberapa minit lalu di perkarangan hotel tersebut.

Tambahnya, generasi yang sedia ada sanggup meletakkan jawatan bagi digantikan oleh generasi-generasi baru selari dengan fitrah manusia yang perlu dipimpin.

Kita berpandukan kepada ajaran agama Islam dan sebagai orang Islam kita sedia maklum dan berbangga bahawa Islam bukan sahaja satu agama tetapi ianya juga satu cara hidup.

Tetapi kita dapati cara hidup yang kita alami sekarang ini nampak seolah-olah tidak begitu baik bagi kita umat Islam.

Rata-rata kita dapati mereka bermusuh, berperang sesama sendiri, tidak dapat mendirikan kerajaan yang baik, tekanan-tekanan terhadap rakyat dan sebagainya.

Kita lihat keadaan di Timur Tengah umpamanya, di mana beberapa buah negara sudah hancur lebur kerana peperangan dan mereka begitu menderita sehingga ramai daripada penduduk negara Islam yang duduk negara Islam, berhijrah ke negara bukan Islam untuk mencari keselamatan bagi diri mereka.

Apakah ini disebabkan cara hidup Islam? Iaitu cara hidup Islamkah yang mencetuskan huru-hara, peperangan, permusuhan, bunuh-membunuh dan sebagainya?

Apakah ini sebahagian daripada ajaran Islam sebagai cara hidup? Saya tidak boleh terima bahawa cara Islam ialah dengan bermusuh sesama sendiri bahkan di dalam al-Quran berkali-kali dilarang kita bermusuh kerana orang Islam disebut sebagai bersaudara.

Tetapi keadaan sekarang ini sudah menjadi begitu teruk sehingga mereka tidak sama sekali mempedulikan cara hidup Islam seperti yang terdapat dalam al-Quran.

Mereka yang bermusuh, berperang dan berlawan dengan Islam sahaja merupakan musuh Islam di mana umat Islam wajib pertahankan agamanya tetapi berlainan dengan mereka yang membunuh diri tanpa mengira orang di sekeliling yang tidak berdosa kerana apabila bom badan diletupkan, ramai yang tidak bermusuh dengan Islam turut terbunuh.

Bukan sahaja di negara Islam, tetapi di Eropah juga orang Islam meletupkan diri mereka dengan bom yang menyebabkan mereka yang tidak bermusuh dengan Islam turut menjadi mangsa.

“Kebanyakkan mangsa adalah mereka yang terdiri daripada kanak-kanak, wanita, orang sakit, warga emas, daif dan sebagainya,” ucapnya.

Mereka ini dibunuh dengan cara dengan cukup kejam, walhal ini bukanlah satu cara yang diajar sebagai ajaran cara hidup Islam. Kenapakah ini berlaku? Sebabnya ialah kerana kita sebenarnya mengaku diri kita sebagai orang Islam tetapi menolak cara hidup Islam.

Kita patuh dengan rukun Islam yang lima tetapi kita tidak mengamalkan Islam sebagai satu cara hidup.

Keburukan yang kita lihat di Timur Tengah disebabkan oleh kita yang sengaja memilih untuk bermusuh-musuhan, membunuh, mencedera, merosakkan harta dan sebagainya.

Hidup ini adalah pilihan. Kita menentukan sama ada kita mahu menjadi manusia yang baik dan memberi manfaat kepada orang lain atau sebaliknya.

Kita perlu kaji semula keislaman kita, apakah keislaman kita tertumpu kepada ibadat tertentu sahaja atau memilih untuk mengikuti cara hidup Islam seperti yang terdapat di dalam al-Quran.

Banyak sungguh ajaran al-Quran berkenaan dengan cara hidup orang Islam tetapi ramai yang tidak sama sekali mempedulikan apa yang diajar di dalam al-Quran berkenaan cara hidup Islam. Terdapat 43 petikan ayat dalam al Quran yang menekankan aspek keadilan; “Apabila kamu hukum, hukumlah dengan adil.”

Jika kita mengutamakan soal agama dan menghormati pandangan politik yang berbeza  pastinya kita tidak akan berpecah-belah malah tidak akan timbul isu pengaruh negatif terhadap pengikut masing-masing. Sebaiknya, kita perlu mencari jalan terbaik dan diredai oleh Allah SWT.

Diharapkan PERKIM dapat meneruskan legasi kepimpinan yang unggul tanpa dipengaruhi dengan anasir luar atau agenda yang tidak bermoral sebaliknya menumpukan kerja-kerja kebajikan seperti yang dianjurkan oleh agama Islam.

Perdana Menteri Malaysia keempat mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin kepada para hadirin di akhir ucaptamanya.

Beliau diiringi Dr. Yusof Noor dan Prof. Dr. Mohd Ridhuan Tee menyampaikan trofi dan wang tunai kepada pemenang Anugerah Yang DiPertua PERKIM kategori Program dan Aktiviti Cemerlang.

Kelab PERKIM Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Gombak merangkul kategori emas menerima sebuah trofi, sijil anugerah dan wang tunai RM2,000, manakala kategori perak dimenangi oleh Kelab PERKIM Universiti Kuala Lumpur (UniKL) berserta trofi, sijil anugerah dan wang tunai RM1,500 manakala Kelab PERKIM Universiti Utara Malaysia (UUM) menerima trofi, sijil anugerah dan wang tunai RM1,000 bagi gangsa.

Kelab PERKIM Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam, Universiti Tun Abdul Razak (UniRAZAK), Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), Kolej Universiti Islam Sultan Ahmad Shah (KUIPSAS) dan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) masing-masing menerima wang sumbangan sebanyak RM1,000 disampaikan oleh Dr. Mahathir.

Majlis diserikan dengan tazkirah ringkas Presiden Global Unity Network (Unity), Shahkirit Kakulal Govindji bertajuk Meraih Gandaan Pahala Ramadan.

Majlis ringkas dan sederhana tersebut berakhir dengan jamuan berbuka puasa, solat Maghrib, Isyak dan tarawih.

Hadir sama pimpinan PERKIM, Setiausaha Kerja, Zulkefli Arifin; Penyelaras Unit Perancangan, Penyelarasan dan Perlaksanaan (UPPP), Haji Mamat Che Chik; Timbalan Penyelaras UPPP, Datuk Abdu Hanif Harun; Penyelaras Unit Aset dan Pembangunan, Dato’ Ahmad Mustafa; Penyelaras Unit Komunikasi dan Media Baru, Haji Idris Mamat.

001
Dr. Mahathir (tengah) menyerahkan replika kunci kepada Dr. Fatimah (bertudung jingga) di Majlis Penyerahan Kenderaan SCORE.

002
Dr. Mahathir memotong reben tanda simbolik perasmian kenderaan SCORE.

003
Dr. Mahathir bersama kepimpinan PERKIM menyaksikan demonstrasi mesin angkut yang diubahsuai pada van SCORE.

004
Tun Dr Siti Hasmah turut bersama di dalam majlis berbuka puasa PERKIM.

005
Dr. Yusof Noor menyampaikan ucapan aluan di majlis berbuka puasa.

006
Yang DiPertua PERKIM menyampaikan ucaptamanya di majlis berbuka puasa anjuran PERKIM.

007
Dr Mahathir diiringi Dr. Yusof Noor menyampaikan trofi gangsa, sijil penghargaan dan replika cek berjumlah RM1,000 kepada KPU UUM.

008
KPU UniKL MIIT menerima trofi perak, sijil penghargaan dan replika cek berjumlah RM1,500 kepada pemenang anugerah YDP PERKIM.

009
Anugerah Emas YDP PERKIM  dinobatkan kepada KPU UIAM Gombak yang menerima trofi emas, sijil penghargaan dan replika cek berjumlah RM2,000 dari Dr. Mahathir sambil disaksikan Dr. Yusof Noor dan Prof. Ridhuan Tee.

010
17 Kelab PERKIM Universiti bergambar kenang-kenangan bersama kepimpinan PERKIM beserta hadiah yang dimenangi

011
Antara KPU yang hadir di majlis berbuka puasa anjuran PERKIM.

012
Shahkirit Kakulal Govindji menyampaikan tazkirah ringkas kepada tetamu yang hadir.

015
Tetamu kehormat menikmati juadah berbuka puasa.

013
Para tetamu menunaikan solat Maghrib, Isyak dan sunat tarawih yang diketuai Pengerusi PERKIM Ehsan, Mohd. Noor Hamim Suntong.

014
Bekas ahli KPU turut menikmati aneka juadah makanan di majlis berbuka puasa.

016
Para hadirin mengaminkan doa yang dibacakan selepas menunaikan solat sunat tarawih di The Everly Putrajaya.

The post KPU UIAM Rangkul Anugerah YDP PERKIM appeared first on Perkim.

Majlis Jamuan Muhibah Sempena Tahun Baru Cina 2018

$
0
0

Oleh: MOHD. SYAHRIL ROSDI AHMAD ZAHUDI

“Kita perlu mengelak dari terus berfikir bahawa agama itu memisahkan kaum serta bangsa kerana agama adalah alat penyatuan semua kaum dan Islam adalah agama yang menerima segala unsur dari budaya lain selagi tidak bercanggah dengan syariatnya,” kata Tan Sri Dr. Mohd. Yusof Noor.

Beliau yang juga Setiausaha Agung Kehormat Perkim berkata demikian dalam ucapannya sempena Majlis Jamuan Muhibah Tahun Baru Cina 2018 di Masjid Al-Muhsinin, Taman Danau Desa, Kuala Lumpur pada 11 Mac 2018 lalu.

Program yang mendapat kerjasama Jawatankuasa Masjid Al-Muhsinin, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) itu dihadiri hampir 500 tetamu terdiri daripada saudara Muslim berbangsa Cina, India, Siam, Filipina, Indonesia, Sekretariat PERKIM Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), PERKIM Gerak dan penduduk Taman Danau Desa.

Menerusi petikan laman sesawang Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Bayan Linnas (siri 48) bertajuk Islam dan Tahun Baru Cina karangan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri: “Tidak ada halangan bagi Muslim merayakan Tahun Baru Cina dengan tidak ada unsur yang bertentangan dengan akidah Islam.”

Katanya, setiap agama perlu hormat-menghormati penganut agama yang lain supaya penerimaan ini mengukuhkan lagi tali silaturahim sesama kita.

Tambah Dr. Yusof Noor, kita tidak boleh lupa jasa Perdana Menteri pertama, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj kerana beliau merupakan pengasas PERKIM. Jika tiada beliau, maka tiada PERKIM dan tiadalah program dan aktiviti bersejarah seperti hari ini.

“Kita berdoa supaya Allah memberi rahmat kepada Almarhum kerana bakti beliau kita dapat bersama pada hari ini dan PERKIM adalah inisiatif dari Almarhum yang mahu melihat semua kaum di Malaysia ini bersatu-padu,” katanya.

Beliau berharap semoga perlaksanaan program seperti ini akan diteruskan pada masa hadapan dalam keadaan lebih harmoni.

Turut hadir ialah pimpinan PERKIM, Bendahari Kehormat, Tan Sri Dato’ Dr. Muhammad Rais Abdul Karim; Penolong Setiausaha Agung Kehormat, Datuk Hasbullah L. Isa; Pengerusi Bahagian Negeri Selangor, Ustaz Haji Muhammad Fitri Abdullah, Naib Pengerusi Negeri Sembilan, Datuk Ali Ab. Majid; Pengarah Unit Perancangan, Penyelarasan dan Perlaksanaan (UPPP), Haji Mamat Che Chik; Timbalan UPPP, Datuk Abdul Hanif Harun; Penyelaras Unit Pembangunan dan Aset, Datuk Ahmad Mustafa Penyelaras Unit Komunikasi dan Media Baru, Datuk Haji Idris Mamat; Pegawai Dakwah Negeri Sembilan, Zafri Ismaiskandar Abd. Ghani; Pegawai Penerbitan, Firdaus Lokman Tah; Pegawai UPPP, Muhammad Farhan Tee Abdullah dan Siti Munirah Sayed Mohd. Hamdan.

Sebelum itu diadakan forum perkongsian pengalaman dalam bahasa Mandarin dipengerusikan oleh Pembantu Mubaligh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Maisarah Leong serta ahli panelnya ialah hos rancangan Kembali Fitrah TV AlHijrah, Syafiq Raffiqin Liow dan tenaga pengajar Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Wan Ni Huang.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Masjid Al-Muhsinin, Haji Mohd. Fazlin Mohd. Yatim berkata, objektif program ialah mewujudkan silaturahim sekaligus melahirkan semangat perpaduan antara penduduk setempat tanpa mengira bangsa dan agama.

Beliau menambah, sejak akhir-akhir ini wujud persepsi masjid hanya untuk orang Islam sahaja. Hakikatnya masjid boleh dimasuk oleh sesiapa sahaja dengan syarat mereka mestilah memenuhi adab-adab yang tertentu.

Islam adalah agama yang mencintai perpaduan dan keamanan dan bukan agama pengganas seperti digambarkan oleh puak-puak tertentu.

Kata Mohd. Fazlin, melalui program seperti ini, pihak masjid mengambil kesempatan menerangkan kepada bukan Islam mengenai aktiviti masjid seperti tempat wuduk, dewan solat, mimbar dan cara ibadat dijalankan. Secara tidak langsung ia memberi mereka pengetahuan dan juga maklumat.

“Masjid seharusnya menjadi tempat tumpuan utama atau one stop centre untuk semua aktiviti kemasyarakatan dalam aspek ekonomi, kesihatan, sukan dan pendidikan selain beribadah semata-mata,” katanya.

Antara aktiviti diadakan ialah sukaneka kanak-kanak, tarian singa, pemeriksaan kesihatan percuma, pameran PERKIM, senaman taici dan persembahan mi tarik.

Wong Chan Choy selaku Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk Taman Danau Desa merangkap Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Danau Desa dalam ucapannya mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak masjid dan PERKIM kerana memberi maklumat dan pendedahan kepada beberapa penduduk setempat.

Penerangan mengenai masjid, cara menutup aurat, kiblat, wuduk dan fungsi-fungsinya yang telah disampaikan oleh pegawai Unit Antarabangsa PERKIM, Khadijah Dingjan.

“Ia merupakan pengalaman pertama saya apabila dibawa masuk ke ruangan dewan solat oleh petugas dan diberi penerangan bahawa kiblat setiap masjid akan menuju ke arah Mekah,” jelas Chan Choy.

Baru saya tahu, masjid bukan untuk Muslim sahaja tetapi ianya merupakan pusat hentian.

Majlis tersebut secara tidak langsung merupakan program yang berjaya membuka minda kepada masyarakat bukan Islam.

Sementara itu, kaum bukan Islam yang hadir menyambut baik inisiatif Perkim itu memandangkan perspektif mereka sebelum ini mengganggap masjid sebagai tempat eksklusif dan hanya untuk orang Islam sahaja.

Naib Yang DiPertua Perkim, Datuk Dr. Haji Mustapha Ma dalam ucapannya menjelaskan bahawa pada masa dahulu masyarakat Cina meraikan Tahun Baru Cina selama 15 hari sebagai masa untuk mereka berehat kerana sepanjang tahun mereka telah bekerja keras.

Manakala perayaan Cap Goh Meh akan diraikan selepas 15 hari perayaan Tahun Baru Cina.

“Majlis ini penuh bermakna kerana kita dihimpunkan bersama semua penduduk setempat di perkarangan Masjid Al-Muhsinin. Pada dua tahun lalu, kita pernah mengadakan program seperti ini tetapi diadakan pada waktu malam,” ujarnya.

Menurut Mustapha lagi, cara orang Cina meraikan tahun baru adalah dengan mengucapkan Gong Xi Fa Cai antara satu sama lain sambil menggenggam tangan kanan manakala tangan kiri diletakkan di atas genggaman dan menggoyangkan kedua-duanya.

Kemudahan di masjid banyak memberi manfaat termasuk kepada bukan Islam. Kita sangat mengalakkan orang bukan Islam masuk ke dalam masjid untuk melihat sendiri cara orang Islam melaksanakan ibadah solat dan mengambil wuduk.

Banyak masjid telah melakukan aktiviti seumpama ini dan ia adalah petanda positif bagi menyemai benih perpaduan di kalangan masyarakat pelbagai kaum dan agama.

Tetamu menikmati juadah makanan yang disediakan seperti bihun hailam, pau, itik panggang, sayur campur, kari ayam, ayam goreng berempah dan teh cina.

Majlis berakhir dengan acara menggaul yee sang, penyampaian hadiah cabutan nombor bertuah, angpau kanak-kanak dan nyanyian lagu Gong Xi Fa Cai beramai-ramai.

 


Petugas menyediakan borang bagi proses pendaftaran peserta.

 


Dr. Rais (tengah) dan Hanif (kanan) menyertai senaman taici di awal majlis.

 


Tetamu yang hadir berkesempatan menyertai senaman taici.

 


Antara tetamu yang mengunjungi pameran PERKIM.


Khadijah memakaikan tudung kepada salah seorang tetamu belum Islam.

 


Pengunjung belum Islam menunjukkan isyarat bagus setelah petugas memakaikan tudung kepada mereka.

 


Khadijah (kiri) memberi penerangan mengenai Islam kepada pengunjung.

 


Pengunjung diberi penerangan dan maklumat mengenai solat yang wajib ke atas setiap umat Islam.

 


Sofia (kanan) turut memberi penerangan mengenai masjid dan solat kepada wartawan yang hadir.

 


Pengunjung diberi tunjuk ajar mengenai kaedah dan cara solat yang betul oleh Khadijah.

 


Syukri (kiri) menyampaikan ceramahnya dalam sesi forum perkongsian dalam bahasa Mandarin bersama Maisarah (tengah) dan Wan Ni (kanan).

 


Kanak-kanak tidak melepaskan peluang menyertai acara sukaneka yang disediakan.

 


Mualaf turut membuat pemeriksaan darah di kaunter pemeriksaan kesihatan.

 


Jururawat memeriksa tekanan darah salah seorang mualaf.

 


Tetamu kehormat menyaksikan persembahan tarian singa.

 


Dr. Yusof Noor (tengah) menerima cenderahati setelah merasmikan majlis tersebut.

 


Wong menyampaikan hamper kepada pemenang cabutan hadiah nombor bertuah.

 


Antara tetamu bertuah menerima hamper hadiah cabutan nombor bertuah dari Dr. Yusof Noor (kiri).

 


Dr. Yusof Noor menyampaikan hadiah kepada pemenang sukaneka kanak-kanak.

 


Antara tetamu yang hadir di majlis tersebut.

 


Penduduk setempat tidak melepaskan peluang untuk menyertai program yang unik.

 


Dr. Ann Wan Seng (berbaju putih) mengucapkan Gong Xi Fa Cai kepada kenalan yang hadir.

 


Dr. Mustapha Ma (kanan) menyampaikan hamper kepada pemenang hadiah cabutan nombor bertuah.

 


Dr. Yusof Noor (dua dari kanan) teruja dengan persembahan mi tarik.

 


Kanak-kanak menerima sumbangan angpau daripada tetamu kehormat.

 


Tetamu kehormat turut menyertai acara menggaul yee sang.

 


Petugas mengagihkan makanan kepada jururawat bertugas dan tetamu yang hadir.

The post Majlis Jamuan Muhibah Sempena Tahun Baru Cina 2018 appeared first on Perkim.

Israk Mikraj Lahirkan Muslim Bertakwa

$
0
0

ISRAK MIKRAJ LAHIRKAN MUSLIM BERTAKWA

Oleh: MOHD. SYAHRIL ROSDI AHMAD ZAHUDI

“Pada pandangan orang yang berfikiran logik akal dan tipis imannya, mereka menyatakan bahawa peristiwa agung tersebut tidak mungkin akan berlaku dan tidak mempercayainya tetapi bagi orang yang benar-benar beriman kepada Allah SWT dan rasul-Nya mereka mempercayai dengan penuh ketakwaan kepada peristiwa tersebut,” kata Dr. Ann selaku panelis di Forum Perdana Isra’ Mi’raj 1439H Bersama Saudara Muslim.

Israk Mikraj: Signifikan dan Impak di dalam Kehidupan Muslim Secara Menyeluruh’ merupakan tajuk dibentangkan oleh barisan panelis terdiri dari kalangan mualaf.

Program anjuran Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Kebangsaan itu menghimpunkan lebih 350 orang terdiri daripada saudara Muslim berbangsa Cina, India, Iban, Bidayuh, Kadazan, Orang Asli dan warga dari negara Indonesia, Thailand dan Filipina diadakan di Surau PERKIM, Jalan Sultan Azlan Shah, Kuala Lumpur pada 15 April 2018 lalu.

Forum tersebut dipengerusikan oleh Presiden Angkatan Skuad Mubaligh Malaysia, Muhammad Zamri Vinoth Kalimuthu manakala ahli panel terdiri daripada Ahli Majlis Kebangsaan PERKIM, Dr. Ann Wan Seng; Pengerusi Hidayah Centre Foundation, Nicholas Sylvester Muhammad Abdullah dan Penolong Pegawai Hal Ehwal Agama Islam di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEINS), Jasni Ajom.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW dipimpin oleh Yus Ondri.

Turut hadir ialah pimpinan PERKIM, Penolong Setiausaha Agung Kehormat, Datuk Hasbullah L. Isa; Pengarah Unit Pembangunan dan Aset, Datuk Ahmad Mustafa; Pengarah Unit Perancangan Penyelarasan dan Pelaksanaan (UPPP), Mamat Che Chik dan Timbalan Pengarah UPPP, Datuk Abdul Hanif Harun.


Kata Dr. Ann, 27 Rejab merupakan tarikh yang penting bagi setiap umat Islam dalam memperingati Israk Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian yang penuh dengan pengajaran dan keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah SWT.

“Bulan Rejab merupakan bulan menyucikan badan manakala Syaaban menyucikan hati dan Ramadan menyucikan roh serta kita akan kembali kepada fitrah yang bersih pada Syawal.

“Bulan Rejab juga dikenali sebagai bulan taubat dengan mendapatkan syafaat di bulan Syaaban dan melipat gandakan amal kebajikan pada Ramadan.

Jelasnya, Rejab merupakan bulan pengampunan bersama bermuhasabah diri di bulan Syaaban dan bermujahadah di bulan Ramdan.

“Kalau Allah tidak memberikan kita hidayah, kita pasti akan hidup dalam keadaan jahil, sesat dan kafir,” ulas Dr. Ann yang juga selaku Naib Yang DiPertua 2 Persekutuan Seruan Islam Selangor dan Wilayah Persekutuan (JAM’IYAH).

Beliau menyarankan peserta supaya tidak bersikap sombong atau kufur nikmat dengan kurniaan dan nikmat yang telah Allah SWT berikan kerana tanpa sedari kita tergolong daripada hamba yang tidak bersyukur.

Terdapat golongan yang ingkar, mereka akan memecahkan kepala mereka sehingga hancur dan diulang semula berkali-kali yang disaksikan oleh Rasulullah SAW dalam peristiwa luar biasa itu.

Ia turut mewujudkan hubungan pertautan antara hamba bersama Yang Maha Pencipta supaya ikatan itu terbentuk dalam akidah yang mantap.

Peristiwa luarbiasa yang terjadi tidak boleh dilogikkan atau dihuraikan dan kebenarannya tidak boleh ditolak.

Keimanan ada kaitannya dengan hati kerana iman itu adalah tasdiq iaitu bukan sahaja membenarkan dengan hati tetapi dengan perkataan dan perbuatan.

Kesempurnaan iman itu masih tidak lengkap jika sekadar meyakini dengan hati tetapi tidak diterjemahkan dalam bentuk perkataan dan tidak lakukan dalam bentuk perbuatan.

“Kita  perlu memastikan bahawa iman sentiasa berada dalam keadaan kuat, mantap, kukuh iaitu salah satu cara dengan meningkatkan ibadat-ibadat kerana iman mudah turun dan naik,” ulas Dr. Ann.

Terdapat pelbagai cara untuk membersihkan hati iaitu berzikir, bermunajat, membaca al-Quran, berwirid dan sebagainya termasuk menjaga makanan daripada sumber yang halal.

Peristiwa aneh itu juga dipertontonkan kepada Rasulullah SAW di mana terdapat golongan-golongan yang mengambil daging yang busuk dan mereka memakannya yang merujuk kepada golongan yang makan makanan yang haram.

Beliau menegaskan kepada peserta bahawa supaya tidak memakan makanan yang kotor kerana ia akan mengotorkan hati, tidak memakan makanan rosak kerana hati akan rosak, tidak memakan makanan busuk kerana hati akan busuk.

Peristiwa ajaib itu perlu jadikan pengajaran dan diterapkan dalam kehidupan supaya menjadi seorang Muslim yang lebih baik sekaligus menjadi Muslim yang mukmin.

Bukan sekadar menjadi Muslim yang beriman tetapi menjadi Muslim yang muhsin iaitu Muslim yang telah mempunyai ehsan.

Dr. Ann mengajak peserta menjadi Muslim yang muraqabah, musyahadah, muhadarah muhasyafah yang senantiasa memperbaiki dirinya serta mengamalkan agama sambil mengajak orang lain untuk turut bersama melaksanakan ketakwaan kepada Allah SWT.

Muslim juga perlu menjadi Muslim yang mukhlis iaitu Muslim yang ikhlas semata-mata kerana Allah SWT seperti ikhlas dalam melakukan solat, kerja, ibadah, sedekah, dakwah dan berjuang.

Muslim yang muttaqin iaitu Muslim yang bertakwa. Takwa juga terletak di hati dan ia juga bermaksud rasa bertuhan yang bertapak di hati kita.

Muslim juga wajib beriman kepada Rasulullah dengan mengikuti sunnahnya kerana terdapat banyak sunnah yang dilupakan dan diabaikan serta tidak laksanakan.

Antara sunnah yang dilupakan ialah musyabarah bermaksud menahan dan sabar ketika bertemu dengan dengan orang belum Islam, orang menentang Islam serta musuh Islam,

Rasulullah tidak tidak pernah meninggalkan musyabarah ketika baginda menyampaikan Islam untuk berjuang, berdakwah dan sebagainya kerana matlamatnya meyakinkan umat tentang kebenaran agama Islam.

Majlis sebelum itu dirasmikan oleh Setiausaha Agung Kehormat PERKIM, Tan Sri Dr. Mohd. Yusof Noor.


Dr. Yusof Noor dalam ucapannya berkata, masyarakat Islam di negara lain kadang-kadang tidak sedar peristiwa penting bagi Muslim iaitu Israk Mikraj seperti mana disambut di Malaysia.

Cara umat Islam di Malaysia menghargai agama ialah dengan meraikan peristiwa besar Islam tanpa jemu tanda bersyukur kepada Allah SWT.

Sebagaimana membaca Al-Quran, ianya merupakan mukjizat kalam Allah yang dibaca tanpa rasa jemu dan memberi taufik dan hidayah kepada pembacanya. Al-Quran bukan sahaja mengajar kita sembahyang tetapi ia mengandungi asas-asas ilmu sains yang menjadi bahan rujukan oleh pakar dan orang barat pada hari ini.

Beliau turut menceritakan peristiwa Nabi Nuh AS atas usaha gigihnya beberapa tahun dalam membina bahtera­ besar kerana baginda telah diwahyukan oleh Allah bahawa akan berlaku banjir besar menenggelamkan seluruh muka bumi meskipun semasa menyiapkan kapalnya, baginda menjadi bahan ejekan dan persendaan daripada kaumnya.

Katanya, terdapat satu kalimah di dalam al-Quran menyatakan banjir berlaku seperti mana terdapat di dalam surah Hud, ayat 40 ‘far atannur’ bermaksud ‘api yang dibakar oleh generator’  yang diterjemahkan, maka terpancarlah air daripada bumi. Ianya turut dikaji oleh saintis barat dan ahli arkeologi yang merupakan petunjuk di dalam al-Quran.

Jelas Dr. Yusof Noor, pentingnya peristiwa ini, Allah SWT sudah menyediakan Nabi Muhammad SAW kepada sesuatu yang terpenting iaitu perjalanan baginda dari Mekah ke Baitulmaqdis kemudian diangkat ke langit dengan menaiki buraq.

Membezakan haiwan dengan manusia ialah Allah memberikan akal dan ibadah solat serta memfardukan kewajipan-kewajipan yang lain seperti puasa dan zakat.


Nicholas Sylvester pula memesan peserta supaya membawa perjuangan Rasulullah SAW iaitu berdakwah kerana cara baginda berdakwah ialah kepada kaum keluarga yang hampir dan sampaikan dan hindarkanlah dari orang-orang yang musyrik

“Tahun tersebut merupakan tahun kesedihan buat Rasulullah SAW kerana wafatnya isteri tercinta, Siti Khadijah Khuwalid sehingga habis hartanya dikorbankan ke jalan Allah SWT di mana sebelumnya beliau seorang bangsawan yang kaya di kota Mekah,” katanya.

“Kesedihan Rasulullah SAW makin bertambah apabila bapa saudaranya pula, Abu Talib meninggal dunia. Beliau sering menjadi tulang belakang bagi menyokong perjuangan dakwah baginda walaupun beliau bukan seorang Muslim.

“Terdengar penduduk Taif hendak menerima Islam, perasaan baginda berbesar hati dan gembira lalu mengajak Zaid bin Harithah ke kota tersebut, tetapi malangnya baginda diperangkap dan direjam oleh penduduk Taif.

“Melihat kesedihan yang dialami oleh Nabi Muhammad, Allah SWT mengurniakan penghargaan dengan memperjalankan ke Israk Mikraj bagi memuliakan, menghiburkan serta memberikan pengiktirafan tertinggi kepada baginda,” katanya.

Menurut Nicholas, Rasulullah solat merupakan hadiah paling istimewa yang dikurniakan Allah kepada baginda kerana solat itu merupakan ibadat asas yang sangat penting bagi seorang Muslim khususnya bagi pendakwah.

Jelasnya, walaupun kita solat lima waktu tetapi ganjaran Allah berikan bersamaan melaksanakan solat 50 waktu sehari semalam.

Solat ialah satu bekalan dan persediaan yang sangat penting kepada seorang daie yang menghadapi cabaran-cabaran yang pelbagai di dalam perjuangannya.

Solat itu membezakan Islam dan kufur serta ia merupakan menifestasi ubudiah kehambaan kepada Allah SWT sepertimana firman-Nya dalam surah Fussilat, ayat 33 bermaksud : “Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang soleh, dan berkata: “Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang menyerah diri?”

Apabila memeluk agama Islam dengan mengamalkan ajaran Islam dengan baik, mereka akan terpesona melihat perbezaannya kelakuan dahulu dengan akhlak Islam yang diamalkan kini.

Keyakinan yang tidak berbelah bahagi Saidina Abu Bakar As-Siddiq dalam mempercayai Rasulullah SAW ketika diisrakkan bahkan sekiranya baginda diperjalankan lebih jauh daripada itu tetap akan beliau percaya kerana baginda seorang al-Amin.

Menurut Nicholas Sylvester, pelbagai metodologi dan teknik digunakan bagi memudahkan perlaksanaan kerja dakwah supaya lebih efektif dan berkesan.

Atas usaha pendakwah, kadar pengislaman berlaku begitu cepat di United Kingdom yang dahulunya dibimbangi kerana ia dikuasai oleh golongan aties dan agnostik.

Teknik dakwah berkesan ialah memperkenalkan Tuhan dengan memberi keyakinan bahawa segala penciptaan bumi dan alam semesta diciptakan oleh Allah Yang Maha Berkuasa serta mendalaminya dengan surah al-Ikhlas.

Sekiranya perkara yang asas dapat diperjelaskan bermakna dakwah akan menjadi lebih mudah dan mereka akan mengikutinya kerana mereka telah beriman.


Menurut Jasni pula, ketika Siti Khadijah berpesan: “Seandainya suatu hari aku tidak mampu untuk membantu dakwahmu dan sudah tiada lagi harta untuk agama, duhai Rasulullah, galilah kuburku serta ambillah tulang belulangku kemudian juallah dan gunakanlah duit itu untuk kau menegakkan kalimah La ila ha illallah.”

Solat itu ubat, solat itu tempat berkomunikasi kita dengan Allah dengan melaksanakan ibadah solat dan mendekatkan diri sepenuhnya kepada Allah SWT.

Sebagai saudara Muslim, kita mesti mempunyai indeks prestasi dalam hidup di mana selama 10 tahun memeluk Islam sekurang-kurangnya telah menyampaikan Islam kepada ahli keluarga, mengerjakan ibadah umrah kerana telah ditetapkan masa di dalam kehidupan.

Ia manjadi suatu disiplin dalam kehidupan ini dan sentiasa bersedia dalam pelbagai perkara dan apabila azan dikumandangkan bersegera menunaikan solat.

Begitu juga dengan ilmu, kalau setakat memeluk Islam tetapi tidak mendalami ilmu agama mereka tidak akan ke mana-mana dan akan berada di tahap yang sama.

Pada zaman Nabi, untuk pergi dari Mekah ke Baitulmaqdis dengan menunggang unta sejauh 1221 kilometer memakan masa perjalanan selama 30 hari dan apatah lagi untuk ke langit. Tetapi dengan kuasa Allah SWT, Rasulullah diperjalankan semalaman sahaja.

Nabi Muhammad bersama malaikat Jibrail naik dari langit pertama hingga ke tujuh dan bertemu dengan Allah SWT di Istawa’ di atas Arasy dengan menunggang seekor buraq.

Buraq adalah seekor haiwan daripada syurga dan ia lebih besar daripada baghal serta mempunyai empat kaki dan tidak bersayap.

Malaikat Jibrail mempunyai 600 sayap dan Nabi Muhammad meminta izin Allah untuk melihat rupa bentuk asal serta mendapati kaki malaikat tersebut di bumi kepala di langit. Sekiranya Jibrail membuka ke semua sayapnya seluruh sistem cakerawala akan tertutup.

Turut diadakan sesi soal dan jawab bersama peserta.

Forum berakhir dengan jamuan makan tengah hari dan solat zohor berjemaah.


Tetamu kehormat berdiri dan berselawat bersama-sama di awal permulaan majlis.


Majlis dimulakan dengan bacaan doa pembukaan oleh saudara Muslim.


Peserta menadah tangan ketika doa dibacakan.


Dr. Yusof Noor selaku Setiausaha Agung Kehormat PERKIM menyampaikan ucapan perasmian.


Israk Mikraj: Signifikan dan Impak di dalam Kehidupan Muslim Secara Menyeluruh’ merupakan tajuk yang dikupas oleh barisan panelis (dari kiri:) Zamri, Dr. Ann, Nicholas dan Jasni.


Antara peserta yang hadir di forum tersebut.


Forum Israk Mikraj disampaikan oleh barisan kalangan saudara Muslim.


Muhammad Zamri Vinoth Kalimuthu mempengerusikan forum dengan lebih bertenaga.


Dr. Ann Wan Seng menyarankan supaya peserta meneguhkan keimanan dan menjadi Muslim bertakwa.


Nicholas Sylvester Muhammad Abdullah memberikan beberapa tips kepada peserta supaya melakukan dakwah dengan lebih efektif dan berkesan.


Jasni Ajom mengajak saudara Muslim mempertingkatkan diri dengan mempunyai indeks prestasi dalam hidup.


Peserta yang hadir turut menimba ilmu yang disampaikan oleh penceramah.


Dr. Ann (kanan) turut menerima cenderahati daripada Tan Sri Dr. Mohd. Yusof Noor (kiri).


Petugas mengagihkan makanan kepada peserta program.


Peserta mengambil makanan tengah hari yang disajikan.

The post Israk Mikraj Lahirkan Muslim Bertakwa appeared first on Perkim.

PERKIM Mengucapkan Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak

Tun Mahathir Gesa Umat Islam Elak Pepecahan

$
0
0

oleh: MOHD. SYAHRIL ROSDI AHMAD ZAHUDI

“Jika kita kembali kepada ajaran Islam seperti yang terdapat di dalam al-Quran dan hadis yang sahih, kita akan dapat mengatasi segala permusuhan sesama kita dan secara tidak langsung ia mendamaikan negara kita serta pemerintahan tersebut akan membawa kebaikan, kesejahteraan kepada semua rakyat dan terutamanya orang-orang Islam di negara kita,” ucap Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Beliau berucap ketika menyampaikan ucaptamanya di Majlis Iftar Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Bersama Yang DiPertua PERKIM bertempat di The Everly Putrajaya pada 25 Mei 2018 lalu.

Majlis tersebut dihadiri seramai lebih 800 tetamu terdiri daripada Ahli Majlis Kebangsaan PERKIM, PERKIM Bahagian-bahagian, Wanita PERKIM, Jabatan Perdana Menteri (JPM), MyEG Service Berhad, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia  (JAKIM), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Universiti Islam Malaysia (UIM), Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Yayasan Taqwa, Persatuan Arkitek Malaysia, Jabatan Imigresen Malaysia, Bank Rakyat, Kedutaan Turki, Kedutaan Iran, Kedutaan Arab Saudi dan Mesir serta saudara Muslim PERKIM.

Tambah Tun Dr Mahathir, beliau berasa gembira dan bersyukur kerana bukan sahaja mendapat kemenangan di pilihanraya umum lalu tetapi ianya berjalan dengan baik serta peralihan kuasa berlaku tanpa sebarang unsur keganasan.

“Peralihan kuasa seperti di Malaysia jarang berlaku di negara di dunia kerana adakalanya berlaku keganasan sehingga ramai terbunuh sekiranya kerajaan yang terdahulu tidak menerima kekalahan.

Beliau melahirkankan rasa terima kasih dan bersyukur kepada Allah SWT kerana memelihara keamanan di negara ini.

Faktor utama berlakunya perpecahan di kalangan orang Islam di Malaysia ialah perbezaan fahaman politik.

Di Malaysia orang Islam kebanyakannya terdiri daripada orang Melayu dan telah termaktub dalam perlembagaan negara bahawa orang Melayu itu adalah orang Islam, jika seseorang itu bukan Islam maka dia bukan Melayu.

Sepatutnya orang Islam tidak berpecah kerana masing-masing mengamalkan fahaman Islam yang sama tetapi malangnya perpecahan berlaku.apabila Islam dipolitikkan.

Islam itu adalah bersaudara tetapi fahaman politik telah memecah belahkan orang Islam sehingga berlaku permusuhan yang ketara.

Tun berharap umat Islam di Malaysia dapat bersatu dan tidak sepatutnya berpecah belah hanya disebabkan oleh  fahaman politik yang berbeza.

Inilah sesuatu yang harus kita ingat selain daripada kita bersyukur kerana di dalam negara kita ini, pilihanraya boleh berjalan dengan aman dan baik.

Bahkan pertukaran kerajaan juga tidak menyebabkan huru-hara berlaku dalam negara kita.

Kalau kita lihat beberapa negara di timur tengah yang bertukar dari sistem monarki kepada sistem demokrasi dan mengadakan pilihanraya. Tetapi pilihanraya tidak berjaya untuk menubuhkan kerajaan yang berwibawa.

Kita harus ingat di Malaysia terdapat 60 peratus penduduk yang beragama Islam, selebihnya iaitu 40 peratus adalah penganut agama yang lain. Tetapi hari ini dengan sedihnya kita lihat ramai orang Islam berhijrah daripada negara Islam untuk tinggal di negara bukan Islam.

Ini memberi pengajaran kepada kita bahawa perlunya sebuah kerajaan yang baik iaitu tidak bermusuhan sehingga berperang dan akhirnya rakyat terpaksa mencari perlindungan di negara bukan Islam. Justeru apabila golongan tersebut  berada di negara bukan Islam, mereka pastinya terikat dengan sistem perundangan negara terbabit.

Islam secara jelas adalah agama yang mencegah kemungkaran tetapi malangnya ada juga umat Islam yang memilih jalan permusuhan sesama sendiri.

Saya berharap kita dapat teruskan ibadat puasa pada tahun ini dalam keadaan yang selamat dan tenang supaya kita mendapat pahala daripada amalan ini.

Turut hadir ialah pimpinan PERKIM, Naib Yang DiPertua, Datuk Dr. Mustapha Ma, Datuk Mohd. Nakhaie Ahmad, Prof. Dr. Ridhuan Tee Abdullah; Bendahari Kehormat, Tan Sri Dato’ Dr. Muhammad Rais Abdul Karim; Penolong Setiausaha Agung Kehormat, Datuk Hasbullah L. Isa; Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Kemboja, Datuk Othsman Hassan; isteri Perdana Menteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali dan isteri Naib Yang DiPertua, Datin Seri Shamsiah Mohd. Yassin.

Majlis turut disertai oleh Kelab PERKIM Universiti (KPU) yang terdiri daripada Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Universiti Tun Abdul Razak (UniRAZAK), Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS), Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) dan Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KUIPSAS).

Sebelum itu Setiausaha Agung Kehormat PERKIM, Tan Sri Dr. Mohd. Yusof Noor dalam ucapannya mewakili kepimpinan PERKIM mengucapkan tahniah kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad di atas pelantikan sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-7. Kemenangan ini telah memberi makna yang cukup besar buat rakyat Malaysia sekaligus mengangkat kembali martabat negara di persada antarabangsa.

Beliau turut menyampaikan tiga rangkap pantun khusus kepada Perdana Menteri yang berbunyi,

Pulau Langkawi indah dipandang menambah rindu,
Sepanjang hari ia menjadi idaman kalbu,
Malaysia kini bukan lagi Malaysia dahulu,
Bernakhodakan Mahathir demi menuju Malaysia baharu.

Di sana buah celagi di sini kuih muruku,
Si dara menjeling teruna yang merindu,
Usahlah Tun merasa ragu-ragu,
Warga PERKIM seluruhnya kan tetap bersamamu.

Minyak zaitun dicampur minyak kelapa muda,
Pergelangan tangan dihiasi emas dan permata,
Sebanyak mana pun halangan bakal melanda,
Pertolongan dari Allah jualah untuk Tun yang kita pinta.

“Saya merasakan suasana hari ini menggambarkan wajah sebenar warga PERKIM dan pastinya tradisi ini perlu dikekalkan sebagai acara tahunan yang utama sekaligus berjaya menghimpunkan rangkaian PERKIM dari seluruh negara,” kata Dr. Yusof Noor.

Beliau berharap, mudah-mudahan Tun Mahathir terus kekal bersama setelah 12 tahun bersama menerajui kepimpinan PERKIM sebagai Yang Dipertua.

Majlis disajikan dengan alunan ayat suci al-Quran oleh Pengerusi PERKIM Cawangan Ehsan, Mohd. Noor Hamim Suntong.

Tun Dr. Mahathir diiringi Dr. Yusof Noor menyampaikan trofi, wang tunai dan sijil penghargaan kepada pemenang Anugerah Kecemerlangan Pengurusan Program, Urus Tadbir dan Kepimpinan Kelab PERKIM Universiti (KPU).

UIAM merangkul kategori emas menerima sebuah trofi, sijil anugerah dan wang tunai, manakala kategori perak dimenangi oleh UniSZA berserta trofi, sijil anugerah dan wang tunai manakala UniRAZAK menerima trofi, sijil anugerah dan wang tunai bagi gangsa bagi Anugerah Kecemerlangan Pengurusan Program KPU.

Manakala Anugerah Kecemerlangan Tadbir Urus KPU kategori emas diterima oleh UniSZA, kategori perak UIAM dan gangsa kepada KUIPSAS.

Anugerah Kecemerlangan Kepimpinan KPU pula disandang oleh Ahmad Zulaini Makinud-din dari UIAM.

Turut diadakan penyampaian sumbangan duit raya kepada Asrama Darul Falah (ASDAF) PERKIM, Rumah Perlindungan dan Anak-anak Yatim Raudhatul Jannah dan Rumah Kasih Amal Bestari.

Tun Mahathir bersama isterinya berkesempatan memotong kek penghargaan tahniah menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-7.

Majlis berakhir dengan solat Isyak, solat sunat tarawih, witir berjemaah dan moreh.

 


Warga PERKIM menyambut ketibaan Yang DiPertua PERKIM, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

 


Mahathir meraikan tetamu kehormat di Majlis Iftar PERKIM.

 


Dr. Yusof Noor menyampaikan ucapan aluan sambil berpantun.

 


YAB Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyampaikan amanat kepada tetamu yang hadir.

 


Tun Dr. Mahathir meminta umat Islam bersatu tanpa mengira fahaman politik.

 


Antara 800 tetamu yang hadir di majlis tersebut.

 


Tetamu mengambil juadah untuk berbuka puasa.


Tetamu menunaikan solat Maghrib berjemaah diketuai Imam Besar Masjid Putra, Putrajaya, Datuk Haji Abdul Manaf Haji Mat.

 


Jemaah mengaminkan doa setelah selesai menunaikan solat.

 

 


Tun Dr. Mahathir menyampaikan Anugerah Kecemerlangan Pengurusan Program kepada KPU UniRAZAK.

 


UniSZA menerima kategori perak bagi Anugerah Kecemerlangan Pengurusan Program dari Tun Dr. Mahathir.

 


Anugerah Kecemerlangan Pengurusan Program kategori emas dimenangi oleh KPU UIAM.

 


Perdana Menteri menyampaikan Anugerah Kecemerlangan Tadbir Urus KPU kategori gangsa kepada KPU KUIPSAS.

 


KPU UIAM menerima Anugerah Kecemerlangan Tadbir Urus KPU dari Tun Dr. Mahathir.

 


Tun Dr. Mahathir menyampaikan trofi, sijil penghargaan dan wang tunai kepada KPU UniSZA selaku pemenang Anugerah Kecemerlangan Tadbir Urus KPU kategori emas.

 


Ahmad Zulaini Makinud-din (kanan) dari UIAM menerima Anugerah Kecemerlangan Kepimpinan KPU daripada Dr. Mahathir.

 


Dr. Mahathir menyampaikan sumbangan kepada wakil Rumah Perlindungan dan Anak-anak Yatim Raudhatul Jannah.

 


Dr. Yusof Noor (tiga dari kiri) menyampaikan cenderamata kenang-kenangan kepada Tun Dr. Mahathir.

 


Tun Dr. Mahathir dan isteri, Tun Dr. Siti Hasmah berkesempatan memotong kek penghargaan tahniah sebagai Perdana Menteri Malaysia.

 


Tetamu menunaikan solat Isyak, tarawih dan witir berjemaah.

 


Tetamu kehormat menikmati juadah hidangan yang disediakan.

The post Tun Mahathir Gesa Umat Islam Elak Pepecahan appeared first on Perkim.

Pendakwah PERKIM Timba Ilmu Tangkis Fahaman Ateis, Murtad

$
0
0

oleh: MOHD. SYAHRIL ROSDI AHMAD ZAHUDI

“Satu fahaman yang menolak akan kewujudan Allah telah membimbangkan sejak akhir-akhir ini di mana majoriti daripada mereka terdiri daripada anak-anak muda dan remaja yang tidak mempercayai kewujudan tuhan atau disebut sebagai ateis,” kata Tuan Haji Mamat Che Chik.


“Ia merupakan pemikiran dan corak kehidupan remaja masa kini yang lebih menjurus kepada konsep universal iaitu bebas daripada ikatan budaya atau tradisi kaum dan agama. Malangnya ini juga adalah musibah kepada umat Islam di Malaysia sekiranya semakin berkembang dari sudut kekuatan pengaruh.

Menyedari fenomena tersebut, Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Kebangsaan menganjurkan Bengkel Dakwah Kepada Ateis dan Murtad bertempat di Sani Hotel, Kuala Lumpur pada 27 hingga 29 April 2018 lalu.

Bengkel berjaya menghimpunkan seramai 60 pendakwah terdiri daripada kakitangan PERKIM Bahagian Negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan dan Sarawak, saudara Muslim berketurunan Cina, India, Bidayuh, Iban, Kadazan dan Dusun serta mahasiswa Kelab Perkim Universiti Tun Abdul Razak (UniRazak).

“PERKIM memandang serius dan mengambil tindakan dengan melaksanakan bengkel bagi membendung penularan fahaman ateis dan memastikan doktrin berkenaan tidak berleluasa di negara ini sehingga di luar kawalan,” kata Haji Mamat selaku Pengarah Unit Perancangan, Penyelerasan dan Pelaksanaan Perkim.

Katanya lagi, jika dibiarkan adalah tidak mustahil ia akan menjadi barah pada suatu masa nanti dan pastinya bakal mendatangkan malapetaka yang besar terhadap pegangan akidah umat Islam di negara ini.

Pemikiran yang keliru, celaru, menjalani kehidupan bebas, kurang pendidikan agama dan perhatian keluarga atau sikap ibu bapa yang tidak menerapkan akhlak dan moral merupakan punca lahirnya fahaman ateis. Akhirnya golongan ini memilih untuk meninggalkan pegangan agama sekaligus menambah bilangan golongan murtad.

Bengkel tersebut diadakan bertujuan melengkapkan diri pendakwah dengan ilmu bagi memantapkan keyakinan serta persediaan berhadapan dengan golongan ateis  dan murtad terhadap kebenaran Islam.

Ia dapat menimbulkan kesedaran dakwah kepada orang bukan Islam dan sesama Islam sekaligus memberikan pendedahan ilmu asas perbandingan agama dan cara berdakwah.

“Pendakwah berpeluang mendalami teknik, strategi dan kemahiran berdakwah kepada golongan belum Islam, ateis, murtad, misionari Kristian, mualaf serta sesama orang Islam,” tambah Haji Mamat.

Program sebelumnya, PERKIM telah melaksanakan lima siri program dakwah jalanan di zon utara, selatan, pantai timur dan zon tengah dengan meletakkan pendakwah Perkim dan Kelab Perkim Universiti di barisan hadapan dalam gerakan dakwah kepada bukan Islam.

Beliau berharap bengkel tersebut bukan sahaja dapat melahirkan ramai pendakwah yang efektif dan efisyen malah membanteras gejala serta musibah itu dengan cara yang berhikmah dan berkesan.

Tegas Mamat, semua pihak perlu mengambil peranan serta berganding bahu antara satu sama lain dan tidak perlu menuding jari atau saling menyalahkan kepada mereka yang terlibat dengan kumpulan tersebut tetapi membawa mereka kembali kepada ajaran akidah Islam yang sebenar.

Bengkel tersebut dikendalikan sepenuhnya oleh konsultan dan pakar Yayasan Maklumat dan Khidmat Islamik (IIS), Mas Yuri Mahyiddin.

Mas Yuri menyampaikan 13 slot sepanjang bengkel tersebut iaitu Daie Moden: Amanah dan Cabaran; Ateis dan Murtad: Punca; Skil Dakwah: Ateis dan Murtad; Skil Dakwah: Sesama Islam; Skil Dakwah: Bukan Islam; Skil Dakwah: Misionari; Teknik dan Strategi: 19 Situasi; Dai dan Akhlak: Misi Utama; Latihan: Tajuk dan Isi; Latihan: Skrip dan Dialog serta Latihan: Susunan dan Strategi.

Beliau turut menyusun strategi khas dan skil dakwah kepada para daie bagi mematahkan hujah golongan tersebut memandangkan telah berleluasa tertubuhnya pasukan kumpulan mereka di media sosial seperti di facebook, twitter dan Instagram.


Majlis diserikan lagi dengan ucapan perasmian Ahli Majlis Kebangsaan PERKIM, Ustaz Haji Muhammad Fitri Abdullah.

Fitri dalam ucapannya turut mengucapkan penghargaan dan tahniah kerana mengadakan program khusus kepada pendakwah untuk berhadapan dengan golongan tersebut dengan bantuan dan kepakaran IIS.

“Isu tersebut dipandang serius dan saya secara peribadi terlibat dengan isu murtad lebih 15 tahun bermula sebagai perunding cara di Jabatan Mufti Negeri Sembilan yang memberikan khidmat kaunseling bagi kes permohonan keluar dari agama Islam,” ujarnya.

Beliau turut dilantik sebagai penasihat akidah di Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) bagi menangani kes murtad.

Fitri yang juga merupakan Pengerusi PERKIM Bahagian Negeri Selangor berkata, murtad boleh dibahagikan kepada tiga kategori iaitu murtad di kalangan mualaf, anak mualaf dan Islam asal.

Kita sebagai pendakwah perlu berhadapan dan membantu golongan tersebut kembali kepada Islam dengan cara bil hikmah.

Kalau kita hendak luaskan skop dakwah, kita kena latih lebih ramai lagi daie kerana banyak program, bengkel, seminar dan forum PERKIM yang dihadiri oleh ribuan peserta di seluruh negara tidak diundang untuk menjadi ahli PERKIM.

“Kita latih mereka dakwah tetapi kita gagal ikat mereka bersama Perkim,” kata Fitri yang juga selaku Pengerusi Jawatankuasa Dakwah PERKIM Kebangsaan.

Kalau di Selangor, kita banyak laksanakan program dengan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS). Bila selesainya mana-mana kursus, saya ambil peluang untuk mengedar borang keahlian Perkim untuk mereka menyertai PERKIM.

Bercakap mengenai dakwah, kita kena ada visi dan misi. Hari ini dakwah perlu proaktif dan tidak boleh buat macam cara dahulu.

Jelas Fitri lagi, PERKIM merupakan satu pusat perniagaan yang menjana ganjarannya untuk akhirat sepertimana memetik firman Allah dalam surah As-Saf, ayat 10 dan 11 bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang pedih? Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan RasulNya serta kamu berjuang di jalan Allah dengan harta benda dan jiwa raga kamu, yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu  mengetahui (hakikat yang sebenarnya).”

Selain itu, diadakan sesi soal jawab, kuiz, dan latihan dalam kumpulan mengenai murtad dan ateis kepada peserta.

Fitri turut menyampaikan sijil penyertaan kepada setiap peserta di akhir majlis.

 


Antara pendakwah yang menyertai program Bengkel Dakwah Kepada Aties dan Murtad baru-baru ini.

 


Muhammad Jais membacakan doa pembukaan di awal bengkel.

 


Farhan Tee mengemudikan majlis dengan tersusun dan teratur.

 


Tuan Haji Mamat berucap ketika menyampaikan ucapan aluan di majlis tersebut.

 


Antara pendakwah PERKIM yang menyertai program.

 


Amanat dan nasihat disampaikan kepada pendakwah untuk dijadikan panduan.

 


Mas Yuri membentangkan 13 slot pengisian Aties dan Murtad kepada pendakwah sepanjang 3 hari berlangsung.


Pendakwah mengambil input yang diberikan oleh pembentang.

 


Turut diadakan kuiz kepada pendakwah.

 


Pendakwah berbincang secara berkumpulan mengenai cara menangkis golongan ateis dan murtad.

 


Pendakwah bersama-sama melontarkan buah fikiran dalam sesi latihan dalam kumpulan.

 


Kesepakatan ahli kumpulan bersetuju menerima idea-idea yang diberikan untuk dibentangkan.

 


Pendakwah membentangkan hasil idea daripada perbincangan dalam kumpulan.

 


Ustaz Fitri berkongsi kisah pembabitan beliau dalam usaha dakwah dan kaunseling golongan murtad.

 


Fitri (kanan) menyampaikan sijil penyertaan kepada Firdaus (kiri) sambil disaksikan oleh Mamat (tengah).

 


60 pendakwah bersama tetamu kehormat bergambar kenang-kenangan di akhir bengkel tersebut.

The post Pendakwah PERKIM Timba Ilmu Tangkis Fahaman Ateis, Murtad appeared first on Perkim.


Raih Malam Seribu Bulan Dengan Ibadah Tadarus

$
0
0

Oleh: MOHD. SYAHRIL ROSDI AHMAD ZAHUDI

Nuzul al-Quran bermaksud diturunkan al-Quran pada malam lailatul qadar yang penuh dengan keberkatan iaitu  berdasarkan firmah Allah SWT di dalam surah Al-Baqarah, ayat 185 bermaksud: “(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah,” kata Tan Sri Dr. Mohd. Yusof Noor.

Beliau berucap ketika menyampaikan ucapan perasmian di Majlis Tadarus Al-Quran Saudara Muslim sempena Sambutan Nuzul Quran 1439H bertempat di Surau Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM), Jalan Sultan Azlan Shah, Kuala Lumpur pada 2 Jun 2018 lalu.

Program anjuran PERKIM Kebangsaan itu menghimpunkan lebih 200 peserta terdiri daripada kalangan Saudara Muslim berketurunan Cina, India, Sikh, Iban, Kadazan, serta warga dari negara Indonesia, Thailand, Filipina, Nigeria dan kaum Melayu turut tidak ketinggalan menyertainya.


“Tidak sesiapa pun tahu bilakah malam lailatul qadar kerana malam diturunkan al-Quran itu boleh berlaku pada bila-bila masa dari awal hingga akhir Ramadan,” ujar Dr. Yusof Noor.

“Sama ada sudah terlepas atau pun tidak, diharap kita dapat bersua dengan malam tersebut dan sekiranya belum lagi kita mendoakan diketemukan pada malam yang lebih baik dari 1,000 bulan.

Ia bersandarkan hadis Riwayat Bukhari & Muslim di mana Rasulullah SAW turut memberi petunjuk yang lebih terperinci untuk kita mencari lailatul qadar sebagaimana di dalam sabda baginda SAW: “Carilah malam Al-Qadar pada malam ganjil di sepuluh malam terakhir bulan Ramadan.”

Menurut Dr. Yusof Noor, kalau kita beribadat dan melaksanakan dari awal hingga akhir Ramadan pasti kita akan ditemukan pada malam al-Qadar.

Warga PERKIM bertuah kerana Yang DiPertua PERKIM, Tun Dr. Mahathir Mohamad sekali lagi telah ditabalkan menjadi Perdana Menteri Malaysia dan setinggi-tinggi tahniah diucapkan.

Kita doakan mudah-mudahan beliau dapat melaksanakan tugasan negara di dalam pentadbiran Malaysia baharu dan diharap PERKIM terus gemilang di bawah kepimpinan Tun Dr. Mahathir.

Pingat yang dikejar Tun Dr. Mahathir ialah pingat KSM yang tidak terdapat di mana-mana negara iaitu membawa maksud ‘kerja sampai mati’.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada semua peserta dan saya dengar bacaan tadarus mereka adalah baik serta sekiranya hendak memperbaiki bacaan al-Quran kita mestilah mendengar dan merujuk kepada pakar al-Quran,” ujarnya.

Dr. Yusof Noor berkesempatan mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada semua peserta dan berpesan supaya tidak boros ketika berbelanja dan mengamalkan konsep kesederhanaan.

Turut hadir ialah Bendahari Kehormat PERKIM, Tan Sri Dato’ Dr. Muhammad Rais Abdul Karim; Penolong Setiausaha Agung Kehormat PERKIM, Datuk Haji Hasbullah L. Isa.

Peserta tadarus dibahagikan kepada 15 kumpulan diketuai oleh munabbih untuk memperbetulkan bacaan peserta dari segi huruf, makhraj dan tajwid.

Setiap peserta diberi peluang untuk membaca beberapa helai muka surat sekaligus mengkhatamkan 30 juzuk al-Quran di majlis tersebut.

Dr. Yusof Noor turut menyampaikan cenderamata seperti sejadah, kain pelikat, telekung, kurma dan sumbangan saguhati kepada munabbih.

Beliau turut mengajak peserta menyumbang selepas melancarkan Tabung Harapan Malaysia bagi menyahut seruan Perdana Menteri untuk membantu memulihkan kewangan negara.

Selain itu, peserta berpeluang berbuka puasa, menunaikan solat Maghrib, Isyak dan solat sunat tarawih bersama qari jemputan dari Mesir, Al-Qari Sayyid Amru Jumaah Abduh.

Sepanjang bulan Ramadan, PERKIM turut menganjurkan ceramah Ramadan, majlis berbuka puasa, solat sunat tarawih dan jamuan moreh di Bangunan PERKIM bersama Saudara Muslim.

 


Seorang demi seorang saudara baru bertadarus al-Quran secara bergilir-gilir sambil diperhatikan bacaan mereka oleh munabbih.

 


Datuk Hasbullah (berjubah putih) mengetuai kumpulan tadarus sebagai munabbih.

 


Jais (berbatik ungu) selaku munabbih memperbetulkan bacaan mualaf dari segi huruf, tajwid dan makhraj.

 


Saudara baru berbilang bangsa menghidupkan ibadah tadarus al-Quran.

 


Sulaiman Ding (Al-Quran berrehal) membaca al-Quran bersama-sama saudara baru.

 

 


Peserta tadarus Melayu turut dibimbing oleh Ustaz Yus Ondri (kiri).

 


Dr. Yusof Noor (tengah) berkesempatan menyertai  bacaan tadarus al-Quran bersama-sama peserta.

 


Mualaf dari negara Nigeria turut mengalunkan bacaan al-Quran dihadapan munabbih.

 


Dr. Yusof Noor menyampaikan ucapan dan amanat kepada peserta tadarus.

 


Dr. Yusof Noor (tengah) menyampaikan cenderahati kepada munabbih, Sulaiman Ding.

 


Qari jemputan dari Mesir, Al-Qari Sayyid Amru Jumaah Abduh mengalunkan bacaan ayat suci al-Quran iaitu surah Taha, Al-Naba’ dan Al-Qadr.

 


Dr. Yusof Noor (kiri) memasukkan sejumlah wang ke dalam tabung tanda pelancaran Tabung Harapan Malaysia bagi menyahut sokongan dan bantuan kepada kerajaan.

 


Peserta tadarus berkesempatan memasukkan wang ke dalam Tabung Harapan Malaysia.

 


Al-Qari Sayyid Amru Jumaah Abduh memimpin solat Maghrib, Isyak dan tarawih.

The post Raih Malam Seribu Bulan Dengan Ibadah Tadarus appeared first on Perkim.

PERKIM Mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir Batin

PERKIM Latih Daie Dakwah Jalanan Zon Selatan

$
0
0

oleh: MOHD. SYAHRIL ROSDI AHMAD ZAHUDI

“Bukan mudah untuk berinteraksi secara terbuka dengan seseorang mengenai Islam kepada individu apatah lagi berdakwah kepada mereka yang belum Islam. Seseorang penyampai itu perlu diberi pendedahan ilmu agama dan asas berkomunikasi secara efektif,” kata Jais.

Mengambil pendekatan yang sama seperti yang dilakukan oleh Rasulullah SAW dan ianya sesuai dilaksanakan di negara ini, Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Kebangsaan menganjurkan Bengkel Latihan Street Da’wah  Peringkat Zon Selatan bertempat di Hotel Orkid, Kampung Bukit Cina, Melaka pada 8 hingga 10 Disember 2017 lalu.

MUHAMMAD JAIS MARIAPPAN ABDULLAHPenyelaras program, Muhammad Jais Mariappan Abdullah atau lebih dikenali sebagai Jais berkata, Street Da’wah atau dakwah jalanan telah dimulakan oleh para nabi yang menyeru umat mereka untuk mentauhidkan diri kepada Allah SWT termasuk Nabi Muhammad SAW, walaupun ramai yang beranggapan aktiviti ini adalah baru.

Sebagai umat Nabi Muhammad SAW, kita seharusnya meneruskan perjuangan dakwah Baginda kerana, dakwah merupakan sunnah terbesar yang ditinggalkan oleh Baginda untuk kita melakukannya agar setiap manusia di dunia ini mendapat tahu kebenaran tauhid yang sebenar. Seperti sabda Rasulullah SAW iaitu; “Sampaikanlah dariku walau satu ayat.”  (Riwayat Al-Bukhari)

Program yang mendapat kerjasama daripada PERKIM Bahagian Negeri Melaka itu disertai seramai 60 peserta terdiri daripada Kelab PERKIM Universiti Tun Hussien Onn Malaysia (UTHM), Kelab PERKIM Universiti Kuala Lumpur Institut Kimia dan Teknologi Bio-Kejuruteraan Malaysia (UniKL-MICET), saudara Muslim berketurunan Cina, India, Iban, Kadazan serta ahli PERKIM Melaka, Johor dan Negeri Sembilan.

Ia diadakan bagi memperkasakan para daie dengan pengetahuan dan kemahiran sebagai pendakwah untuk berdakwah kepada belum Islam.

Bengkel tersebut melahirkan pendakwah yang berketerampilan dan secara profesional untuk menyebarkan risalah Islam kepada masyarakat belum Islam.

Jelas Jais, ini merupakan kali keempat dianjurkan oleh PERKIM di mana ia telah dilaksanakan sebelum ini di zon tengah bertempat di Wangsa Maju, Kuala Lumpur manakala zon utara di Pulau Pinang dan zon timur di Kuantan, Pahang.

Program tersebut melatih dan melengkapkan pendakwah dengan pengetahuan dan kemahiran berdakwah melalui dakwah jalanan.

Tambahnya, ia mewujudkan penggerak kepada rancangan dakwah masyarakat belum Islam melalui program khidmat masyarakat serta dapat mengumpul dan menambah daie sukarelawan Perkim.

Selain itu, ia dapat memberi keyakinan kepada bakal daie dan sukarelawan untuk membantu menyampaikan dakwah dalam program dakwah melalui khidmat masyarakat secara langsung.

“PERKIM memilih Mutilracial Muslims Malaysia (MRM) untuk dakwah jalanan adalah kerana MRM merupakan satu-satunya organisasi Islam yang mempunyai modul dakwah jalanan diiktiraf oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan merupakan kajian tesis dari Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA),” kata Jais selaku Pengawai Unit Perancangan, Penyelarasan dan Pelaksanaan PERKIM Kebangsaan.

FIRDAUS WONG WAI HUNGProgram tersebut dikendali sepenuhnya oleh Pengerusi MRM, Firdaus Wong Wai Hung atau lebih mesra dikenali Saudara (Bro) Firdaus Wong merupakan seorang pendakwah bebas dan pengasas awal program dakwah jalanan.

Menurut Firdaus Wong, ia merupakan jalinan ukhwah yang baik antara Perkim dan MRM dalam menggiatkan usaha dakwah bagi melahirkan pendakwah dan pelatih berbakat.

Kata bekas penganut Buddha lagi, yang utama ialah semua umat Islam perlu bersedia berdakwah serta menyeru kemudian terserah kepada Allah SWT kerana Dia yang memberikan hidayah dan Allah SWT tidak akan tanya berapa ramai sudah kita Islamkan.

Antara pengisian program yang dijalankan ialah suai kenal, pembahagian kumpulan, solat dan pembentangan kumpulan.

Sepanjang tiga hari dua malam Firdaus Wong menyampaikan ceramah kepada pendakwah bertajuk Dakwah atau Didakwa?, Apa itu Street Da’wah’, ‘Adakah Street Da’wah Efektif, Do and Don’ts, Jenis-Jenis Dakwah, Teknik Dialog dan Penyampaian Berkesan Mengenai Islam Bersama Prospek, Adakah Street Dakwah Efektif, Jenis-jenis Prospek, Dialog Dakwah, Praktikal Dialog serta Taklimat  Perancangan dan Persiapan Untuk Praktikal Street Da’wah.

Pendakwah turut melaksanakan program one to one dakwah dalam sesi soal jawab bersama prospek belum Islam bagi memberi peluang kepada mereka menanyakan soalan yang hangat, sinis, dan sensitif bagi menjawab salah tanggapan mereka terhadap Islam.

Tambahnya, pendakwah perlu sentiasa senyum ketika bertemu prospek sambil menyampaikan risalah sekali gus menjawab segala soalan yang diajukan dengan penuh bijaksana.

Isu-isu yang sering diutarakan oleh masyarakat bukan Islam perlu dikenalpasti bagi memudahkan untuk menjawab segala ketidakfahaman yang ada. Hal ini penting bagi memastikan para pendakwah mempunyai persediaan mental dan emosi yang teguh semasa menjawab segala persolan yang akan diajukan oleh masyarakat bukan Islam atau prospek berkenaan.

Peserta juga disajikan tayangan video dakwah jalanan berdurasi 1:10:15 yang dilakukan oleh Firdaus Wong bersama kumpulannya di Bukit Bintang pada tahun 2014 yang berjaya menarik minat pelancong bukan Islam dari Australia sekali gus beliau melafazkan syahadah kerana komunikasi mereka yang penuh berhikmah.

Aktiviti dakwah jalanan dijalankan di kawasan tumpuan masyarakat bukan Islam mahupun Islam seperti di Christ Church, Jonker Street dan A’Famosa, Melaka. Pemilihan lokasi tersebut berdasarkan jumlah masyarakat bukan Islam yang lebih ramai mengunjungi kawasan tersebut dan hal ini akan memudahkan proses dakwah kepada golongan bukan Islam dan ramai di antara mereka merupakan pengunjung dari luar negara.

Jelasnya lagi, kebiasaan pendakwah yang telah menjalani latihan bengkel dakwah jalanan serta melakukan praktikal dakwah jalanan ini, mereka akan menghidapi kecanduan berdakwah (Da’wah Addict Disorder – DAD) yang bersifat seronok dan ingin terus menerus berjumpa prospek untuk menyampaikan dakwah.

Firdaus Wong berharap, pendakwah dapat meningkatkan ilmu komunikasi dalam berdakwah dan melaksanakan dengan cara berhikmah serta menambah ilmu dalam asas-asas komunikasi dan tauhid.

Sebelum itu, pendakwah dibahagikan kepada lima kumpulan iaitu Sheikh Abdul Qadir al-Jailani, Galaksi, In 2 Dakwah, Orkid Selatan dan Mahabbah.

Aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh pendakwah ialah mengedar risalah Islam pelbagai tajuk serta terjemahan Al-Quran kepada belum Islam serta menjawab persoalan-persoalan mengenai Islam yang dikemukakan oleh belum Islam.

Peserta-peserta telah dibahagikan kepada dua kumpulan di mana kumpulan pertama yang menjalankan latihan pratikal di Christ Church, Melaka manakala kumpulan kedua pula memberi tumpuan di Kota A’Famosa.

Para pendakwah juga mencadangkan supaya pihak PERKIM mengadakan bengkel susulan bagi memantapkan lagi kemahiran dan pengetahuan mereka.

Program berakhir dengan perasmian penutup serta penyampaian hadiah dan sijil penghargaan kepada pendakwah disampaikan oleh Pengerusi PERKIM Bahagian Negeri Melaka, Datuk Abu Pit.

Abu Pit turut menyampaikan piala trofi kepada Al-Nisha Vellakanoo yang dinobatkan peserta terbaik sepanjang program di atas kredibiliti dan keyakinannya bertemu dan bersoal jawab bersama 54 prospek belum Islam.

Turut hadir, Pegawai PERKIM Bahagian Negeri Melaka, Rukiah Sungip.

 

001
Antara pendakwah yang hadir menyertai bengkel dakwah jalanan anjuran PERKIM.

002
Pendakwah bekerjasama menyiapkan tugasan dalam kerja berkumpulan.

003
Peserta kumpulan In 2 Dakwah membentangkan tugasan yang diberikan dalam persembahan kumpulan.

004
Firdaus Wong menyampaikan beberapa tajuk berkenaan dakwah jalanan kepada pendakwah.

005
Firdaus Wong bersama pendakwah memberikan penerangan Islam kepada salah seorang pelancong.

006
Al-Nisha (berniqab) menyampaikan risalah dan menemubual prospek berbangsa India.

007
Pendakwah bersoal jawab mengenai Islam kepada prospek belum Islam.

 

008
Pendakwah bertanyakan salah seorang prospek mengenai Islam dan sejauh mana pengetahuan mengenai Islam.

009
Abu Pit (tengah) menyampaikan hadiah kepada kumpulan In 2 Dakwah.

010
Al-Nisha Vellakanoo (kiri) menerima piala kategori peserta terbaik daripada Abu Pit (tengah) sambil disaksikan oleh Firdaus Wong (kanan).

011
Keyakinan dan semangat terukir di setiap wajah para pendakwah untuk meneruskan tugas mereka membawa manusia ke jalan Allah SWT.

012
Para pendakwah bergambar kenang-kenangan bersama tetamu kehormat sambil menunjukkan isyarat syahadah di akhir program.

The post PERKIM Latih Daie Dakwah Jalanan Zon Selatan appeared first on Perkim.

PENAFIAN PERKIM! : Penajaan Bagi Majlis Sambutan Hari Raya & Majlis Perasmian IDIP Bersama YAB Perdana Menteri Malaysia

$
0
0

Pihak Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Kebangsaan menafikan sekeras-kerasnya berkenaan permohonan penajaan “Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri PERKIM beserta Majlis Perasmian Institut Dakwah Islam PERKIM Bersama Yang DiPertua PERKIM Merangkap Perdana Menteri Ke-7” yang tular di media sosial atau melalui kiriman pos baru-baru ini.

Sekiranya anda menerima surat tersebut, sila berhubung terus Ibu Pejabat PERKIM Kebangsaan di talian 03-4042 6224 atau 03-4041 2482. Terima kasih.

-Unit Komunikasi & Media Baru PERKIM

The post PENAFIAN PERKIM! : Penajaan Bagi Majlis Sambutan Hari Raya & Majlis Perasmian IDIP Bersama YAB Perdana Menteri Malaysia appeared first on Perkim.

Perasmian Pembukaan Institut Dakwah Antarabangsa PERKIM Kuala Lumpur (IDIP-KL)

Majlis Pelancaran Institut Dakwah Antarabangsa PERKIM (IDIP-KL)

$
0
0

Oleh: MOHD. SYAHRIL ROSDI AHMAD ZAHUDI

“Jika kita mahu berdakwah, kita semua perlu menyebarluaskan ajaran Islam,” kata Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata, kita hendaklah membantu diri sendiri kerana Allah berjanji akan menolong diri kita jika kita menolong diri sendiri.

Dr. Mahathir mengulas, Islam adalah agama yang membawa kepada kebaikan dan ia juga satu cara hidup tetapi terdapat pihak tertentu menonjolkan Islam sebagai agama yang tidak berjaya dan gagal dalam banyak cara.

Beliau berucap ketika merasmikan bangunan Institut Dakwah Antarabangsa Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Kuala Lumpur (IDIP-KL) atau dahulunya dikenali Balai Islam PERKIM bertempat di Jalan Sultan Azlan Shah di ibu negara pada 30 Ogos 2018 lalu.

Turut hadir ialah Menteri Besar Kelantan merangkap Pengerusi PERKIM Negeri Kelantan, Datuk Ahmad Yakob; Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr. Ismail Bakar serta pimpinan PERKIM, Naib Yang DiPertua, Prof. Dr. Mohd. Ridhuan Tee Abdullah, Dato’ Dr. Mustapha Ma, Dato’ Mohd. Nakhaie Ahmad; Bendahari Kehormat, Tan Sri Dato’ Dr. Muhammad Rais Abdul Karim; Penolong Setiausaha Agung Kehormat, Datuk Hasbullah L. Isa; Setiausaha Kerja, Zulkefli Arifin; Pengarah Unit Perancangan, Penyelarasan dan Pelaksanaan , Haji Mamat Che Chik; Pegawai Perhubungan Awam, Dato’ Haji Abdul Hanif Harun; Pengarah Unit Pembangunan dan Aset, Dato’ Ahmad Mustafa dan Penyelaras Unit Komunikasi dan Media Baru, Dato’ Haji Idris Mamat.

Dr. Mahathir yang juga Yang DiPertua PERKIM meminta umat Islam menilai semula tingkah laku dan cara hidup mereka samada mengikut ajaran yang sebenar.

Puncanya Islam dilihat gagal dilihat sebagai agama hebat kerana umatnya tidak menjalankan ajaran berlandaskan al-Quran.

Jesteru, beliau menyeru umat Islam supaya kembali mempelajari kitab suci itu.

Islam menekankan keadilan dan kesaksamaan, namun ia tidak diamalkan di negara Islam termasuk Malaysia. Difahamkan salah laku saudara Muslim lain jelasnya agama Islam mendapat imej buruk dan tidak akan menarik masyarakat mendekati agama Islam.

Jelasnya, kita lihat masa kini terdapat umat Islam hidup dalam masalah apabila mereka melakukan pergaduhan dan pembunuhan sesama sendiri.

“Mereka juga tidak mampu mentadbir negara sendiri, hidup miskin tanpa ilmu, kemahiran dan kemampuan untuk memajukan diri mereka sendiri.

“Apabila masyarakat bukan Islam melihat contoh tidak elok ditunjukkan oleh umat Islam, mereka terus tidak tertarik dan berminat dengan ajaran Islam sebagai agama yang baik, malah mereka menjauhkan diri dari Islam.

“Umat Islam perlu menyebarkan dakwah kepada semua komuniti serta menunjukkan kejayaan umat Islam serta cintakan kedamaian.

Beliau turut menyarankan supaya umat Islam menjadikan Al-Quran sebagai rujukan dan contoh agama yang sempurna.

Dr. Mahathir kemudiannya menyentuh skrin alat peranti tanda gimik pelancaran IDIP-KL dan majalah Islamic Herald.

Beliau dan Setiausaha Agung Kehormat, Tan Sri Dr. Mohd. Yusof Noor turut menyampaikan penghargaan sijil dan rompi kepada 10 sukarelawan saudara baru Perkim dari dalam negeri dan luar negara.

Antara penerimanya ialah Dr. Athiroh Masya’il Tan Ai Po, Dr. Mansoor Marican, Firdaus Wong Wai Hung, Shah Kirit Kakulal Govindji, Mohd. Farhan Abdullah, Muhammad Roger James Arnold, Julien Drolon, Dr. Fatimah Abdullah, Gwendolyn Khan, Pa Mail Anduwai @ Anduyo dan Takaaki Matsumoto.

Dr. Yusof Noor dalam ucapannya berkata, pada tahun 1963, IDIP telah diperkenalkan di Kuala Lumpur untuk menempatkan pembelajaran kepada saudara baru sama ada dalam dan luar negara.

Tahun 1978, IDIP kemudiannya telah dipindahkan pengoperasinya ke Kota Bharu, Kelantan sehingga sekarang.

“Berlakunya peningkatan di sepanjang penubuhan IDIP terhadap saudara baru dari aspek taraf pendidikan, ekonomi dan sebagainya.

Jelasnya, PERKIM di bawah pimpinan Tun Mahathir telah meletakkan IDIP di tempat asalnya semula iaitu di Kuala Lumpur sebagai pusat yang memperkenalkan Islam kepada golongan profesional dalam dan luar negara di bawah pimpinan ilmuan Islam yang pakar dalam pelbagai bidang dan berpengalaman dalam bidang perkaderan untuk melahirkan para pendakwah yang sesuai dengan cabaran masyarakat dan teknologi dunia masa kini.

Di samping IDIP di Pengkalan Chepa, Kelantan yang telah beroperasi pada Februari 1991 sebagai pusat pendidikan sepenuh masa yang menawarkan pembelajaran kursus sijil asas pengajian Islam dan sijil pengajian Islam kepada saudara baru.

Dr. Yusof mengucapkan terima kasih kepada Dr Mahathir kerana sudi merasmikan majlis pelancaran IDIP-KL yang menjadi pusat kegiatan PERKIM dalam bidang dakwah dan kebajikan.

“Saya yakin versi dua ini (IDIP) akan memulihkan imej yang telah tercalar akibat rasa tidak malu dengan kelemahan, kemiskinan serta kesalahan yang dilakukan dan memulihkan imej dakwah menjadi komplimentari kepada usaha ini,” ujarnya.

Dr. Mahathir turut berkesempatan menandatangani plak pada pelancaran PERKIM Centre bersebelahan Pejabat IDIP-KL di akhir majlis.

Kehadiran tetamu kehormat daripada kedutaan Arab Saudi, Iraq, Libya, Iran, Turki, Sudan, Mesir, Pakistan, Brunei, Singapura, Thailand, Kemboja dan China serta Jabatan Perdana Menteri turut memberi sokongan pada program itu.

 

 

 
Perasmian bangunan IDIP-KL yang disambut dengan persembahan daripada kanak-kanak sekolah agama.

 


Tetamu kehormat PERKIM menyambut ketibaan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir.

 


Dr. Mahathir bersalaman bersama tetamu kehormat PERKIM.

 


Perdana Menteri diarak memasuki perkarangan Bangunan IDIP-KL.

 


Dr. Mahathir menandatangani buku pelancaran perasmian bangunan baharu IDIP-KL.

 


Barisan tetamu bersama-sama menyanyikan lagu Negaraku dan ‘PERKIM Pacu Kemajuan’.

 


Tan Sri Dr. Mohd. Yusof Noor menyampaikan ucapan aluan di majlis tersebut.

 


Amanat dan nasihat disampaikan oleh Yang Dipertua PERKIM, Tun Dr. Mahathir Mohamad khususnya kepada warga PERKIM dan umat Islam amnya.

 


Dr. Mahathir menyentuh pada skrin tanda gimik pelancaran IDIP-KL dan majalah Islamic Herald.

 


Dr. Mahathir dan Dr. Yusof Noor menunjukkan majalah Islamic Herald keluaran wajah terbaharu setelah dilancarkan.

 


Sukarelawan saudara baru PERKIM menerima sijil penghargaan dan rompi daripada Yang Dipertua.

 


Dr. Yusof Noor (kanan) menyampaikan cenderahati sebuah buku bertajuk Refleksi Kerjasama Malaysia – Libya Dalam dakwah.

 


Perdana Menteri, Dr. mahathir berkesempatan merasmikan pelancaran tapak Bangunan PERKIM Centre baharu.

 


Dr. Mahathir menandatangani pada plak pelancaran PERKIM Centre.

 


Tetamu menikmati juadah disediakan di akhir majlis.

 


Wanita PERKIM turut hadir dan menjamu selera.

 


Tetamu kehormat menikmati jamuan makan yang disediakan.

 


Tetamu menikmati juadah makanan yang disajikan oleh katering Warisan Baiduri.

 


Urus setia dan kakitangan turut tidak melepaskan peluang menikmati juadah yang lazat.

The post Majlis Pelancaran Institut Dakwah Antarabangsa PERKIM (IDIP-KL) appeared first on Perkim.

Salam Maal Hijrah 1440

$
0
0

Seluruh warga dan kepimpinan Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Maal Hijrah kepada semua Muslimin dan Muslimat.

The post Salam Maal Hijrah 1440 appeared first on Perkim.


Selamat Menyambut Hari Malaysia

Persidangan Mesyuarat Agung Tahunan PERKIM Kebangsaan Kali Ke-57

$
0
0

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERKIM KEBANGSAAN KALI KE-57

oleh : MOHD. SYAHRIL ROSDI AHMAD ZAHUDI


“Kalau kita berpegang dengan al-Quran dan hadis kita tidak akan berpecah belah dan bermusuhan kerana Al-quran sendiri menyatakan bahawa orang Islam adalah bersaudara, maka bermusuhan sesama Islam itu adalah mereka yang menolak ajaran Islam,” kata Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Berhimpunnya kita di sini dengan matlamat membawa PERKIM bersama-sama untuk berusaha mengembangkan ajaran Islam, kata beliau ketika menyampaikan ucapan dasar selaku Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM).

Dr Mahathir berucap di persidangan Mesyuarat Agung Tahunan PERKIM Kebangsaan Kali Ke-57 bertempat di Hotel Grand Seasons, Kuala Lumpur pada 7 dan 8 September 2018 lalu.

Ianya dihadiri seramai 250 ahli mesyuarat terdiri daripada perwakilan dan pemerhati dari PERKIM Bahagian Negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sarawak dan Kelab PERKIM Universiti (KPU).

Turut hadir ialah pimpinan PERKIM, Naib Yang DiPertua, Datuk Seri Dr. Shahidan Kassim, Prof. Dr. Mohd. Ridhuan Tee Abdullah, Datuk Mohd. Nakhaie Ahmad; Bendahari Kehormat, Tan Sri Datuk Dr. Muhammad Rais Abdul Karim; Pengerusi Tetap, Datuk Dr. Abu Bakar Shaari; Timbalan Pengerusi Tetap, Wan Abd. Halim Wan Ismail dan Penolong Setiausaha Agung Kehormat, Datuk Hasbullah L. Isa.

Hadir sama ialah isteri Perdana Menteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali.

Turut bersama, badan gabungan PERKIM seperti Persatuan Cina Muslim Malaysia (Macma), Harakah Islamiah Sarawak (Hikmah), Persatuan Islam Seluruh Sabah (Usia) dan Persatuan Darul Fitrah Malaysia.

Tambah Dr Mahathir lagi, kita berkumpul pada hari ini atas rasa tanggungjawab untuk menjelaskan agama Islam kepada orang Islam sendiri dan bukan Islam.

“Kita tidak akan berjaya mencapai matlamat jika kita terus tidak berusaha. Allah tidak akan memberi pertolongan kepada orang yang tidak berusaha.

“Kita masih tidak boleh berbangga dengan kejadian dalam dunia Islam. Sudah tidak ada kecermerlangan dalam tamadun seperti dahulu dan orang Islam kini suka berperang sesama Islam.

Menurut Dr Mahathir, majoriti negara Islam musnah dan hancur kerana peperangan dan anak-anak yang tidak berdosa dibom begitu sahaja serta segala kemudahan tidak dapat dilaksanakan malah bekalan makanan tidak dapat disalurkan dan penyakit berleluasa hingga membawa maut.

“Keadaan dalam dunia Islam seperti ini tidak seharusnya berlaku dan ia berlaku bukan kerana agama, tetapi kerana kita mengenepikan agama serta kita tidak berusaha untuk melakukan apa yang sebenarnya yang dituntut dalam Islam.

“Kenapa hal ini terjadi? Ini kerana kita tidak mendapat persepakatan dan persetujuan dalam sebuah kumpulan yang besar. Islam melarang penganutnya membunuh satu sama lain sebagai contoh, orang timur tengah berperang kerana mereka tidak bersetuju dengan pendapat ahli mereka sendiri,” ulas Dr. Mahathir.

Katanya, perpecahan berlaku kerana masing-masing mahukan kehendak dan pendapat mereka diterima serta dilaksanakan maka umat Islam tidak mampu untuk bergerak bersama secara serentak.

Jika kita kembali kepada ajaran al-Quran, sudah semestinya kita tidak akan berpecah malah bersatu hati dalam mengerjakan usaha dakwah Islamiyyah.

Bersyukur kerana Malaysia bersatu hati dan hanya berpegang kepada Ahli Sunnah Waljamaah.

Pelbagai agenda-agenda dan usul-usul telah dibentangkan oleh para perwakilan di mesyuarat tersebut serta diperdengar oleh pemerhati.


Sebelum itu, Setiausaha Agung Kehormat PERKIM, Tan Sri Dr. Mohd. Yusof Noor mengajak ahlinya merenung nikmat yang ada pada PERKIM yang telah ditakdirkan untuk dipimpin oleh seorang pemimpin yang diidamkan oleh pelbagai pihak, lapisan peringkat dan negara iaitu di bawah pimpinan Tun Mahathir.

Beliau turut mengajak para ahli PERKIM mendoakan agar Tun Mahathir di beri kekuatan, keselamatan, kesejahteraan, keimanan, kejayaan, kesabaran, kesihatan, keteguhan, kemenangan dalam perjuangan dan mendapat perlindungan Allah.

Dr. Yusof Noor melaporkan kehadiran ahli pada persidangan ini adalah seramai 51/70, perwakilan 136/182 dan pemerhati 53/90 termasuk Sabah dan Sarawak.

Katanya, memandangkan PERKIM telah berusia separuh abad, dua risiko yang besar yang dihadapi oleh PERKIM adalah kebergantungan yang keterlaluan kepada kerajaan untuk mendapat bantuan dan ketidakupayaan dalam mengukuhkan kegiatan yang disaingi oleh badan-badan yang yang sama seperti PERKIM.

“PERKIM perlu mengkaji risiko-risiko yang ditanggung bagi mengelak kelemahan-kelemahan pada masa akan datang,” ujarnya.

Beliau turut mengingatkan kepada ahli tentang pesanan yang bertubi-tubi oleh Yang Dipertua tentang pentingnya kita mengambil iktibar dari krisis yang melanda umat Islam.

“Pentingnya kita di PERKIM untuk mempamerkan Islam menerusi contoh kejayaan dan menggunakan pendekatan yang boleh menawan hati menerusi contoh yang baik dan bebas rasis sesama kita.

Tambahnya, kita perlu merasa malu jika dilihat oleh masyarakat awam khususnya generasi muda kalau kita tidak mengamalkan nilai yang boleh menarik perhatian mereka.

Dr. Mahathir bersama tetamu kehormat turut melancarkan buku berjudul Refleksi Kerjasama Kerajaan Libya dan Malaysia Dalam Dakwah di akhir majlis.

Hari sebelumnya telah diadakan Majlis Mesyuarat Kebangsaan PERKIM Bil 2/56 dan pada sebelah malamnya pula diadakan Majlis Makan Malam Mesyuarat Agung Tahunan PERKIM Kebangsaan Kali Ke-57.

Dr. Yusof Noor turut mengucapkan ucapan terima kasih kepada Kementerian Wilayah Persekutuan kerana menaja majlis makan malam.

Beliau turut mengingatkan kepada semua ahli PERKIM agar tidak terlalu bergantung kepada kerajaan, tetapi perlu berusaha bersama nusa bangsa.

Ujarnya, majlis itu mengingatkan kembali kepada semua ahli PERKIM tentang matlamat penubuhan PERKIM.

Dr. Yusof Noor berkongsi kisah dua kumpulan sukarelawan menceritakan pendekatan dakwah selama tiga tahun dalam mengIslamkan lebih 2,000 orang.


Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad
dalam ucapannya menyeru pendakwah supaya mementingkan kebijaksanaan dengan melaksanakan kerja dakwah dalam menzahirkan kehebatan Islam dan perlu mewujudkan sikap keikhlasan dalam diri.

Jelasnya, PERKIM selaku badan yang menyampaikan kerja-kerja dakwah yang bersifat ‘Rahmatan Lil Alamin’ khususnya kepada orang bukan Islam.

Menurut Khalid, semua Muslim harus membuktikan bahawa Islam adalah agama yang membawa kepada keamanan, dan bukan satu agama yang membawa kebencian serta permusuhan kerana Islam merupakan agama keamanan, kejujuran, kesaksamaan dan keadilan.

Amat malang bagi umat Islam, apabila agama digunakan sebagai alat untuk melagakan sesama islam dan bukan Islam.

Beliau turut memetik firman Allah di dalam surah An-Nahr, ayat 125 yang bermaksud: “Serulah ke jalan tuhanmu dengan hikmah kebijaksaan nasihat, pengajaran yang baik. Berbahaslah dengan mereka dengan cara yang lebih baik sesungguhnya Tuhan yang lebih mengetahui akal orang yang sesat dan mengetahui orang yang mendapat hidayah.”

“Pada 1960 lagi, PERKIM menjadi jambatan yang menghubungkan antara orang bukan Islam dengan agama Islam dan mendirikan pusat-pusat penerangan Islam yang dikenali sebagai Panjar Islam di kawasan majoriti bukan Islam seperti di Klang, Kepong, Petaling Jaya, Ipoh dan lain-lain.

“Kemuncak kepada usaha ini adalah pembinaan Bangunan PERKIM 23 tingkat yang menjadi ikon kepada saudara baru dan semua orang untuk mendapatkan maklumat mengenai Islam,” kata Khalid yang juga merupakan Ahli Parlimen Shah Alam.

PERKIM telah bekerjasama dengan pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam menjayakan projek kebajikan iaitu Pusat Pemulihan Komuniti Strok PERKIM (SCORE).

Jelasnya, pihak DBKL sentiasa bersedia memberi bantuan kepada PERKIM dan organisasi Islam yang lain yang berhajat kepada bantuan kerana menyedari pihak kerajaan tidak mampu untuk melakukan semua kerja serta memerlukan kerjasama agar semua rakyat memperolehi manfaat daripada aktivit-aktiviti kebajikan dan kemasyarakatan.

Khalid menyeru kepada umat Islam dan khususnya warga PERKIM supaya berpegang teguh dengan cogankata ‘Islam itu persaudaraan’ serta sentiasa mempamerkan dan mengamalkan gaya hidup Islam yang aman damai kepada rakyat yang bukan Islam di Malaysia.

Majlis berakhir dengan penyampaian Anugerah Ahli Kehormat PERKIM kepada Pengerusi Jawatankuasa Tertinggi Hal Ehwal Islam Peringkat Persekutuan, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid dan Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad. Penerima anugerah masing-masing menerima pingat kehormat beserta plak penghargaan disampaikan oleh Pengerusi Tetap PERKIM, Datuk Dr. Abu Bakar Shaari dan Dr. Yusof Noor.

Tetamu menikmati juadah makan malam seperti udang goreng tepung, kambing lada hitam, daging salai, nenas masak lemak, filet masam manis, ayam masak merah dan buah-buahan sambil mendengar persembahan kumpulan gamelan Anjung Tradisi.


Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bermesyuarat bersama Ahli Majlis Kebangsaaan PERKIM.

 


Pelbagai agenda dibincangkan dan dipersetujui sebulat suara di dalam Mesyuarat Majlis Kebangsaan PERKIM Bil 2/56.

 


Prof. Nor ‘Azah Datuk Abdul Manaf (kanan) turut melontarkan idea dan memberikan pandangan.

 


Dr Mahathir (tengah) tersenyum apabila mendengar pandangan dan hujah daripada para ahli mesyuarat.

 


Saudara baru turut diraikan bersempena majlis makan malam.

 


Tetamu PERKIM diraikan di Majlis Makan Malam Mesyuarat Agung Tahunan PERKIM Kebangsaan Kali Ke-57.

 

 


Ucapan aluan Dr. Yusof Noor menegaskan kepada ahlinya supaya mengingatkan kembali mengenai matlamat penubuhan PERKIM.

 


Khalid menyampaikan ucapan selaku Menteri Wilayah Persekutuan dan menaja majlis makan malam tersebut.

 


Dr Abu Bakar (tengah) mengalungkan pingat Ahli Majlis Kehormat kepada Khalid (kiri) sambil disaksikan Dr. Yusof Noor (kanan).

 


Khalid (kiri) menerima plak penghargaan Ahli Kehormat PERKIM daripada Dr. Abu Bakar (tengah).

 


Tun Ahmad Sarji (dua dari kiri) menerima pingat Ahli Kehormat PERKIM daripada Pengerusi Tetap PERKIM, Dr. Abu Bakar Shaari (dua dari kanan).

 


Dr. Yusof Noor dan Dr. Abu Bakar menyampaikan plak penghargaan Ahli Kehormat PERKIM kepada Tun Ahmad Sarji.

 


Tetamu kehormat PERKIM bergambar bersama penerima Anugerah Ahli Kehormat PERKIM.

 


Ahli PERKIM Bahagian Negeri Sembilan berkesempatan bergambar kenangan bersama Menteri Wilayah Persekutuan.


Perdana Menteri menandatangani kehadiran Mesyuarat Agung PERKIM.

 


Kepimpinan tertinggi PERKIM menyanyikan lagu Negaraku dan PERKIM Pacu Kejayaan

 


Perwakilan menadah tangan ketika doa dibacakan.

 


Dr Mahathir menyampaikan ucapan dasar Mesyuarat Agung Tahunan PERKIM.

 

 


Ahli PERKIM mendengar amanat dan nasihat daripada Yang Dipertua PERKIM, Tun Dr Mahathir Mohamad.

 


Dr. Mahathir berkesempatan melancarkan buku berjudul ”Refleksi Kerjasama Kerajaan Libya dan Malaysia Dalam Dakwah

 


Ahli Majlis Kebangsaan PERKIM bergambar kenang-kenangan bersama Yang Dipertua PERKIM dan isteri.

 


Perwakilan menyampaikan perbahasan di Mesyuarat Agung Tahunan PERKIM.


Perwakilan Wanita PERKIM Kebangsaan turut menyampaikan perbahasan di mesyuarat tersebut.


Pentingnya usaha dakwah kepada saudara baru merupakan perbahasan yang diketengahkan oleh Muhammad Fitri Abdullah.

 


Pimpinan tertinggi PERKIM bersama ahli-ahlinya bergambar kenang-kenangan di akhir mesyuarat.

 

The post Persidangan Mesyuarat Agung Tahunan PERKIM Kebangsaan Kali Ke-57 appeared first on Perkim.

PERKIM Teruskan Dua Amanat AlMarhum Tunku Abdul Rahman

$
0
0

oleh: MOHD. SYAHRIL ROSDI AHMAD ZAHUDI

“Sekiranya pengasas Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM), Almarhum YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj masih ada bersama kita pada hari ini, saya tidak kekok untuk memaklumkan kepada Almarhum mengenai perkembangan dan kejayaan PERKIM yang berlaku sejak dari dahulu sehingga sekarang,” kata Tan Sri Dr. Mohd. Yusof Noor.

Dr. Yusof Noor selaku Setiausaha Agung Kehormat PERKIM berkata dalam ucapan aluannya sempena Sambutan Hari PERKIM Ke-58 bertempat di Yayasan Kepimpinan Perdana, Presint 8, Putrajaya pada 8 Februari 2018 lalu.

Seramai 250 tetamu terdiri daripada Ahli Majlis Kebangsaan PERKIM, Wanita PERKIM, PERKIM Bahagian Wilayah Persekutuan, Negeri Sembilan dan Saudara Muslim berketurunan Cina, India, Orang Asli, Siam, Filipina dan Indonesia.

Hari PERKIM dianjurkan bagi memperingati hari keputeraan Almarhum pada tanggal 8 Februari bersempena penubuhan PERKIM ke-58  didaftarkan pada 19 Ogos 1960.

Almarhum dilantik sebagai Yang Di-Pertua PERKIM bermula dari tahun 1971 sehingga 1989. Jasa dan pengorbanan beliau yang membangunkan PERKIM khususnya kegiatan dakwah tanpa mengira kaum dan agama.

“Saya percaya kejayaan PERKIM pada hari ini adalah hasil kerjasama yang erat antara ahli dan penggerak di setiap peringkat bahagian sehingga kebangsaan. Sempena sambutan Hari PERKIM ini, saya mengambil kesempatan merakamkan penghargaan khusus kepada Wanita PERKIM kerana sering memberi nafas baru dalam setiap perjuangan membantu melicinkan tugasan dakwah dan kebajikan,” ujar Yusof Noor.

Mengimbas sejarah PERKIM, pada masa dahulu kita memerlukan penglibatan tenaga luar terutama melibatkan urusan dakwah. Maka sesuai dengan keadaan ketika itu, Almarhum berusaha menjalin bekerjasama dengan bahagian dakwah Libya Republik di bawah pimpinan Muammar Gadaffi bagi menyelaras permulaan aktiviti dakwah PERKIM.

Hasilnya telah wujud Tabung Amanah Dakwah Islamiah Libya Malaysia Berdaftar (LMDF) sebagai institusi  pengurusan kewangan dan  pinjaman wang untuk membangunkan Bangunan PERKIM yang berdiri gah di tengah bandar Jalan Ipoh, Kuala Lumpur menjadi mercu tanda dan kebanggaan kita.

Ulasnya, terdapat dua usaha penting yang dilaksanakan ketika hayat Tunku mendapatkan sebuah bangunan untuk dijadikan sebagai markas utama PERKIM serta pendidikan Islam iaitu Institut Dakwah Islamiah PERKIM (IDIP) dan Tadika PERKIM.

Dua produk ini adalah amanah yang diilhamkan oleh pengasas PERKIM yang perlu diberi perhatian dan diteruskan. IDIP telah beroperasi sekian lama di Kota Bharu, Kelantan adalah saluran perkhidmatan pendidikan peringkat sijil khusus kepada remaja asnaf dan pedalaman yang berpotensi untuk menjadi pendakwah dan pemimpin setelah kembali ke halaman asal masing-masing.

IDIP Kuala Lumpur dijangka bakal beroperasi pada Julai 2018 setelah mendapat persetujuan bersama Mesyuarat Majlis Kebangsaan PERKIM dengan nama International Dakwah Institute PERKIM yang menyediakan kelas dan kursus profesional.

Tegasnya lagi, amanah kedua yang perlu diberi perhatian ialah tadika PERKIM yang terdapat di Pulau Pinang dan Perak. Selaras dengan perlembagaan PERKIM, tadika tersebut merupakan pusat perkembangan yang menerapkan nilai-nilai Islam kepada anak-anak di peringkat pra-sekolah tanpa mengira bangsa.

Misalnya di Kg. Koh, Manjung Perak terdapat ibubapa bukan Islam yang yakin dan percaya terhadap perkhidmatan pembelajaran yang disediakan dengan menghantar anak mereka ke pusat tersebut.

Harapan beliau, agar PERKIM berusaha dengan sedaya upaya meneruskan perjuangan dan amanat Almarhum untuk mengekalkan sistem pendidikan yang sedia di kedua-dua institusi tersebut meskipun keadaan ekonomi dan agihan dana begitu terhad.

“Saya bagi pihak PERKIM mengucapkan terima kasih kepada Yayasan Kepimpinan Perdana kerana memberi izin melangsungkan majlis yang bermakna pada hari ini sempena menyambut Hari PERKIM. Mudah-mudahan kehadiran ahli PERKIM dapat melahirkan idea yang lagi bernas dan mantap menerusi amanat yang disampaikan sebentar lagi,” akhir ucapan aluannya.

Turut hadir ialah pimpinan PERKIM iaitu isteri Yang DiPertua, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali; Naib Yang Dipertua, Datuk Mohd. Nakhaie Ahmad, Prof. Dr. Mohd. Ridhuan Tee Abdullah; Penolong Setiausaha Agung Kehormat, Datuk Hasbullah L. Isa; Pengarah Unit Perancangan, Penyelidikan dan Pelaksanaan (UPPP), Mamat Che Chik; Timbalan Pengarah UPPP, Datuk Abdul Hanif Harun; Penyelaras Unit Komunikasi dan Media Baru, Datuk Idris Mamat dan Penyelaras Unit Pembangunan dan Aset, Datuk Ahmad Mustafa.

Majlis diserikan dengan ucaptama Yang Dipertua PERKIM, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Dr. Mahathir dalam ucapannya berkata, penubuhan PERKIM pada dasarnya penuh dengan misi dan visi menjadi organisasi dakwah yang terunggul untuk memberi sokongan kepada institusi Islam yang lain di Malaysia.

“Sempena dengan ulangtahun penubuhan kita perlu mengkaji semula perjalanan PERKIM sama ada berjaya atau tidak melaksanakan misi dan visi tersebut dalam mencapai matlamat dakwah,” katanya.

Agama memainkan peranan yang penting dalam membentuk peribadi manusia sekaligus melahirkan sebuah masyarakat terunggul sebagaimana yang dilaksanakan oleh Rasulullah s.a.w dalam menyebarluaskan ajaran Islam pada ketika itu.

Dakwah adalah mengajak kepada kebaikan dan mencegah kepada kemungkaran. Islam agama yang dibawa oleh Rasulullah untuk mengajarkan kehidupan kepada masyarakat agar menjadi khalifah yang terbaik di muka bumi ini. Kejayaan Nabi Muhammad s.a.w menyebarkan agama Islam sehingga ke pelusuk dunia adalah suatu pencapaian yang cukup hebat dan luar biasa.

Tambah beliau lagi, jika dilihat masyarakat Islam pada hari ini sudah hilang dari panduannya. Mereka telah melakukan perkara yang ditegah oleh agama. Keadaan ini menjadikan imej Islam semakin buruk kerana tingkahlaku orang Islam itu sendiri. Sedangkan umat Islam harus menjadi contoh yang perlu diteladani oleh penganut agama yang lain.

“Hari ini kita lihat ramai orang Islam yang lari dari negara Islam. Seolah-oleh negara yang ditadbir oleh orang Islam itu tidak selesa seperti negara yang menjadi pilihan mereka mencari perlindungan. Ini adalah hakikat yang perlu kita terima,” jelasnya.

Islam mengajarkan tentang keadilan iaitu menghukum secara adil. Masyarakat di Malaysia terdiri daripada rakyat berbilang kaum dan agama. Kita berjaya menjaga akidah umat Islam menerusi penguatkuasaan undang-undang dari pelbagai usaha untuk menangkis anasir dan propaganda yang memainkan isu sentiment keagamaan.

Namun begitu orang Melayu dilihat masih ketinggalan dari pelbagai sudut yang bukan berpunca daripada ajaran Islam. Sedangkan agama menganjurkan umatnya perlu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.

Terdapat beberapa individu yang berani yang melakukan interprestasi agama kemudian mempengaruhi orang lain dengan kefahaman yang diterjemahkan oleh mereka sendiri. Islam digambarkan dengan pandangan yang negatif. Kita perlu bertegas atau mengambil tindakan terhadap mereka yang kembali kepada agama asal setelah memeluk Islam. Di Malaysia orang Islam hampir mencecah 60 peratus. Umat Islam perlu bersatu dan tidak berpuak-puak untuk mengelak perpecahan.

Menurutnya lagi, orang Islam harus berterima kasih khususnya orang Melayu kerana mendapat hak keistimewaan dalam perlembangaan Perkara 3 (1). Maka sebagai umat Islam kita perlu menjadi model yang terbaik seperti Rasulullah s.a.w.

Majlis diakhiri dengan bacaan surah Yasin dan tahlil dipimpin oleh Yus Ondre.

 


Yus Ondre (berdiri) mengalunkan bacaan ayat suci al-Quran al-Karim di awal majlis.

 


Antara tetamu yang hadir pada Majlis Sambutan Hari PERKIM Ke-58.


Dr. Yusof Noor menyampaikan ucapan aluan pada majlis tersebut.

 

 


Barisan tetamu yang hadir pada majlis tersebut mendengar ucapan aluan oleh Dr. Yusof Noor.

 


Dr. Yusof Noor menyampaikan perihal Bangunan PERKIM, Tadika PERKIM dan IDIP KL.

 


Yang DiPertua PERKIM, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyampaikan ucaptamanya di Majlis Sambutan Hari PERKIM Ke-58.

 


Antara barisan Wanita PERKIM yang hadir di majlis tersebut.

 

 


Barisan tetamu kehormat bersama-sama membaca Surah Yasin di akhir majlis tersebut dipimpin oleh Yus Ondre (kanan).

 


Tun Dr. Mahathir turut bersama-sama membaca Surah Yasin sekaligus menghadiahkan bacaan tersebut kepada AlMarhum Tunku.

 


Hadirin membaca Surah Yasin bermula dari ayat 1 hingga ayat 83 secara berjemaah diikuti dengan bacaan tahlil.

 


Semoga mendapat kerahmatan dan keberkatan daripada Allah SWT kepada pembaca dan orang yang dihadiahkan.

 


Suasana majlis bacaan Yasin dan Tahlil di dewan Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya.

 


(Dari kiri) Dr. Yusof Noor, Dr. Mahathir dan Dr. Ridhuan Tee bersama-sama membaca Surah Yasin.

 


Tetamu menadah tangan ketika doa selamat dibacakan.

 


Ahli Perkim turut berpeluang bergambar bersama Yang DiPertua PERKIM, Tun Dr. Mahathir (tengah).

 

 


Tetamu menikmati jamuan makan yang disediakan setelah majlis berakhir.

The post PERKIM Teruskan Dua Amanat AlMarhum Tunku Abdul Rahman appeared first on Perkim.

Majlis Jamuan Muhibah Sempena Tahun Baru Cina 2018

$
0
0

Oleh: MOHD. SYAHRIL ROSDI AHMAD ZAHUDI

“Kita perlu mengelak dari terus berfikir bahawa agama itu memisahkan kaum serta bangsa kerana agama adalah alat penyatuan semua kaum dan Islam adalah agama yang menerima segala unsur dari budaya lain selagi tidak bercanggah dengan syariatnya,” kata Tan Sri Dr. Mohd. Yusof Noor.

Beliau yang juga Setiausaha Agung Kehormat Perkim berkata demikian dalam ucapannya sempena Majlis Jamuan Muhibah Tahun Baru Cina 2018 di Masjid Al-Muhsinin, Taman Danau Desa, Kuala Lumpur pada 11 Mac 2018 lalu.

Program yang mendapat kerjasama Jawatankuasa Masjid Al-Muhsinin, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) itu dihadiri hampir 500 tetamu terdiri daripada saudara Muslim berbangsa Cina, India, Siam, Filipina, Indonesia, Sekretariat PERKIM Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), PERKIM Gerak dan penduduk Taman Danau Desa.

Menerusi petikan laman sesawang Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Bayan Linnas (siri 48) bertajuk Islam dan Tahun Baru Cina karangan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri: “Tidak ada halangan bagi Muslim merayakan Tahun Baru Cina dengan tidak ada unsur yang bertentangan dengan akidah Islam.”

Katanya, setiap agama perlu hormat-menghormati penganut agama yang lain supaya penerimaan ini mengukuhkan lagi tali silaturahim sesama kita.

Tambah Dr. Yusof Noor, kita tidak boleh lupa jasa Perdana Menteri pertama, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj kerana beliau merupakan pengasas PERKIM. Jika tiada beliau, maka tiada PERKIM dan tiadalah program dan aktiviti bersejarah seperti hari ini.

“Kita berdoa supaya Allah memberi rahmat kepada Almarhum kerana bakti beliau kita dapat bersama pada hari ini dan PERKIM adalah inisiatif dari Almarhum yang mahu melihat semua kaum di Malaysia ini bersatu-padu,” katanya.

Beliau berharap semoga perlaksanaan program seperti ini akan diteruskan pada masa hadapan dalam keadaan lebih harmoni.

Turut hadir ialah pimpinan PERKIM, Bendahari Kehormat, Tan Sri Dato’ Dr. Muhammad Rais Abdul Karim; Penolong Setiausaha Agung Kehormat, Datuk Hasbullah L. Isa; Pengerusi Bahagian Negeri Selangor, Ustaz Haji Muhammad Fitri Abdullah, Naib Pengerusi Negeri Sembilan, Datuk Ali Ab. Majid; Pengarah Unit Perancangan, Penyelarasan dan Perlaksanaan (UPPP), Haji Mamat Che Chik; Timbalan UPPP, Datuk Abdul Hanif Harun; Penyelaras Unit Pembangunan dan Aset, Datuk Ahmad Mustafa Penyelaras Unit Komunikasi dan Media Baru, Datuk Haji Idris Mamat; Pegawai Dakwah Negeri Sembilan, Zafri Ismaiskandar Abd. Ghani; Pegawai Penerbitan, Firdaus Lokman Tah; Pegawai UPPP, Muhammad Farhan Tee Abdullah dan Siti Munirah Sayed Mohd. Hamdan.

Sebelum itu diadakan forum perkongsian pengalaman dalam bahasa Mandarin dipengerusikan oleh Pembantu Mubaligh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Maisarah Leong serta ahli panelnya ialah hos rancangan Kembali Fitrah TV AlHijrah, Syafiq Raffiqin Liow dan tenaga pengajar Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Wan Ni Huang.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Masjid Al-Muhsinin, Haji Mohd. Fazlin Mohd. Yatim berkata, objektif program ialah mewujudkan silaturahim sekaligus melahirkan semangat perpaduan antara penduduk setempat tanpa mengira bangsa dan agama.

Beliau menambah, sejak akhir-akhir ini wujud persepsi masjid hanya untuk orang Islam sahaja. Hakikatnya masjid boleh dimasuk oleh sesiapa sahaja dengan syarat mereka mestilah memenuhi adab-adab yang tertentu.

Islam adalah agama yang mencintai perpaduan dan keamanan dan bukan agama pengganas seperti digambarkan oleh puak-puak tertentu.

Kata Mohd. Fazlin, melalui program seperti ini, pihak masjid mengambil kesempatan menerangkan kepada bukan Islam mengenai aktiviti masjid seperti tempat wuduk, dewan solat, mimbar dan cara ibadat dijalankan. Secara tidak langsung ia memberi mereka pengetahuan dan juga maklumat.

“Masjid seharusnya menjadi tempat tumpuan utama atau one stop centre untuk semua aktiviti kemasyarakatan dalam aspek ekonomi, kesihatan, sukan dan pendidikan selain beribadah semata-mata,” katanya.

Antara aktiviti diadakan ialah sukaneka kanak-kanak, tarian singa, pemeriksaan kesihatan percuma, pameran PERKIM, senaman taici dan persembahan mi tarik.

Wong Chan Choy selaku Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk Taman Danau Desa merangkap Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Danau Desa dalam ucapannya mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak masjid dan PERKIM kerana memberi maklumat dan pendedahan kepada beberapa penduduk setempat.

Penerangan mengenai masjid, cara menutup aurat, kiblat, wuduk dan fungsi-fungsinya yang telah disampaikan oleh pegawai Unit Antarabangsa PERKIM, Khadijah Dingjan.

“Ia merupakan pengalaman pertama saya apabila dibawa masuk ke ruangan dewan solat oleh petugas dan diberi penerangan bahawa kiblat setiap masjid akan menuju ke arah Mekah,” jelas Chan Choy.

Baru saya tahu, masjid bukan untuk Muslim sahaja tetapi ianya merupakan pusat hentian.

Majlis tersebut secara tidak langsung merupakan program yang berjaya membuka minda kepada masyarakat bukan Islam.

Sementara itu, kaum bukan Islam yang hadir menyambut baik inisiatif Perkim itu memandangkan perspektif mereka sebelum ini mengganggap masjid sebagai tempat eksklusif dan hanya untuk orang Islam sahaja.

Naib Yang DiPertua Perkim, Datuk Dr. Haji Mustapha Ma dalam ucapannya menjelaskan bahawa pada masa dahulu masyarakat Cina meraikan Tahun Baru Cina selama 15 hari sebagai masa untuk mereka berehat kerana sepanjang tahun mereka telah bekerja keras.

Manakala perayaan Cap Goh Meh akan diraikan selepas 15 hari perayaan Tahun Baru Cina.

“Majlis ini penuh bermakna kerana kita dihimpunkan bersama semua penduduk setempat di perkarangan Masjid Al-Muhsinin. Pada dua tahun lalu, kita pernah mengadakan program seperti ini tetapi diadakan pada waktu malam,” ujarnya.

Menurut Mustapha lagi, cara orang Cina meraikan tahun baru adalah dengan mengucapkan Gong Xi Fa Cai antara satu sama lain sambil menggenggam tangan kanan manakala tangan kiri diletakkan di atas genggaman dan menggoyangkan kedua-duanya.

Kemudahan di masjid banyak memberi manfaat termasuk kepada bukan Islam. Kita sangat mengalakkan orang bukan Islam masuk ke dalam masjid untuk melihat sendiri cara orang Islam melaksanakan ibadah solat dan mengambil wuduk.

Banyak masjid telah melakukan aktiviti seumpama ini dan ia adalah petanda positif bagi menyemai benih perpaduan di kalangan masyarakat pelbagai kaum dan agama.

Tetamu menikmati juadah makanan yang disediakan seperti bihun hailam, pau, itik panggang, sayur campur, kari ayam, ayam goreng berempah dan teh cina.

Majlis berakhir dengan acara menggaul yee sang, penyampaian hadiah cabutan nombor bertuah, angpau kanak-kanak dan nyanyian lagu Gong Xi Fa Cai beramai-ramai.

 


Petugas menyediakan borang bagi proses pendaftaran peserta.

 


Dr. Rais (tengah) dan Hanif (kanan) menyertai senaman taici di awal majlis.

 


Tetamu yang hadir berkesempatan menyertai senaman taici.

 


Antara tetamu yang mengunjungi pameran PERKIM.


Khadijah memakaikan tudung kepada salah seorang tetamu belum Islam.

 


Pengunjung belum Islam menunjukkan isyarat bagus setelah petugas memakaikan tudung kepada mereka.

 


Khadijah (kiri) memberi penerangan mengenai Islam kepada pengunjung.

 


Pengunjung diberi penerangan dan maklumat mengenai solat yang wajib ke atas setiap umat Islam.

 


Sofia (kanan) turut memberi penerangan mengenai masjid dan solat kepada wartawan yang hadir.

 


Pengunjung diberi tunjuk ajar mengenai kaedah dan cara solat yang betul oleh Khadijah.

 


Syukri (kiri) menyampaikan ceramahnya dalam sesi forum perkongsian dalam bahasa Mandarin bersama Maisarah (tengah) dan Wan Ni (kanan).

 


Kanak-kanak tidak melepaskan peluang menyertai acara sukaneka yang disediakan.

 


Mualaf turut membuat pemeriksaan darah di kaunter pemeriksaan kesihatan.

 


Jururawat memeriksa tekanan darah salah seorang mualaf.

 


Tetamu kehormat menyaksikan persembahan tarian singa.

 


Dr. Yusof Noor (tengah) menerima cenderahati setelah merasmikan majlis tersebut.

 


Wong menyampaikan hamper kepada pemenang cabutan hadiah nombor bertuah.

 


Antara tetamu bertuah menerima hamper hadiah cabutan nombor bertuah dari Dr. Yusof Noor (kiri).

 


Dr. Yusof Noor menyampaikan hadiah kepada pemenang sukaneka kanak-kanak.

 


Antara tetamu yang hadir di majlis tersebut.

 


Penduduk setempat tidak melepaskan peluang untuk menyertai program yang unik.

 


Dr. Ann Wan Seng (berbaju putih) mengucapkan Gong Xi Fa Cai kepada kenalan yang hadir.

 


Dr. Mustapha Ma (kanan) menyampaikan hamper kepada pemenang hadiah cabutan nombor bertuah.

 


Dr. Yusof Noor (dua dari kanan) teruja dengan persembahan mi tarik.

 


Kanak-kanak menerima sumbangan angpau daripada tetamu kehormat.

 


Tetamu kehormat turut menyertai acara menggaul yee sang.

 


Petugas mengagihkan makanan kepada jururawat bertugas dan tetamu yang hadir.

The post Majlis Jamuan Muhibah Sempena Tahun Baru Cina 2018 appeared first on Perkim.

Akhlak Terpuji Rasulullah, Ikon Saudara Muslim

$
0
0

Oleh: MOHD. SYAHRIL ROSDI AHMAD ZAHUDI

“Tidak kami utuskan (Nabi Muhammad SAW) melainkan membawa rahmat untuk sekalian alam.” (al-Anbiya’: 107)

“Kelahiran Rasulullah SAW di muka bumi pada 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bukan sahaja Allah memberi rahmat kepada semua manusia malah membawa rahmat kepada seluruh makhluk di pelusuk alam,” kata pendakwah.

 
Pendakwah lengkap berserban dikenali sebagai Mohd. Fadli Yusof berkata dalam ceramahnya, akhlak Nabi Muhammad SAW adalah seluruh kandungan al-Quran yang merupakan mukjizat terbesar kepada manusia yang teragung.

Beliau menyampaikan ceramah di Forum Perdana Sempena Sambutan Maulidur Rasul 1440H Bersama Saudara Muslim anjuran Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Kebangsaan bertempat di Surau Perkim, Kuala Lumpur pada 25 November 2018 lalu.

Forum tersebut dihadiri seramai lebih daripada 250 saudara Muslim berketurunan Cina, India, Iban, Kadazan, Bidayuh, Murut dan warga dari negara Indonesia, Filipina dan Thailand.

Mohd. Fadli selaku Pengasas Misi As-Syahadah bersama-sama rakan panel iaitu Kamarudin Abdullah dari Pertubuhan Penyebaran Islam Antarabangsa (IPSI) dan Firdaus Wong Wai Hung dari Multiracial Reverted Muslim (MRM) menyampaikan forum bertajuk ‘Contohi Cara Hidup Harian dan Akhlak Rasulullah SAW’ serta ia dipengerusikan oleh Mohd. Meeftah Anuar dari Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (Jawhar).

Turut hadir ialah pimpinan PERKIM, Bendahari Kehormat, Tan Sri Dato’ Dr. Muhammad Rais Abdul Karim; Penolong Setiausaha Agung Kehormat, Datuk Hj. Hasbullah L. Isa; Penyelaras Unit Komunikasi dan Media Baru, Datuk Hj. Idris Mamat; Pengarah Institut Dakwah Antarabangsa PERKIM Kuala Lumpur (IDIP-KL), Datuk Hj. Abdul Hanif Harun dan Setiausaha Kerja, Zulkefli Arifin.

Jelas Mohd. Fadli, Nabi Muhammad SAW adalah penutup bagi sekalian nabi dan baginda merupakan nabi akhir zaman dari 124,000 nabi, 312 Rasul dan termasuk dalam 25 Rasul pilihan yang disebut dalam al-Quran.

Jika kita hendak mencontohi akhlak Rasulullah, maka kita perlu tunjukkan kemuliaan Islam sebagai mana yang ditunjukkan oleh baginda kerana Islam adalah agama selamat dan mampu menyelamatkan.

Ulasnya, sebelum baginda dilantik menjadi Rasul, baginda telah mendapat gelaran al-Amin kerana kejujurannya dan dipercayai serta para sahabat adalah model ikutan akhlak nabi daripada setiap sudut.

“Rasulullah SAW mengajar kehidupan seharian dari sekecil-kecil perkara sehingga sebesar besar perkara dan itulah dinamakan sunnah,” ujar Mohd. Fadli.


Menurut Kamarudin Abdullah, Nabi Muhammad mempunyai akhlak yang tinggi dan tiada tolok bandingan sehinggakan pemikir-pemikir yang bukan Islam mengakui bahawa baginda seorang yang sangat pemaaf, menunjukkan kasih-sayang, suka tolong-menolong, bantu membantu, tidak berdendam dan bersama-sama umatnya ketika sakit.

Walau ditawarkan harta, pangkat, wanita dan darjat tetapi baginda tetap memilih untuk memperjuangkan Islam kerana Islam menjamin kebahagiaan di dunia dan akhirat.

Baginda turut mendidik sahabat dan umatnya meninggalkan harta benda serta keluarga dengan menginfakkan ke jalan Allah semata-mata untuk mendapat kecintaan Allah SWT dan hari akhirat.

Jelas Kamarudin, sifat kemuliaan yang terdapat pada baginda adalah apabila baginda memaafkan ke semua manusia yang menzalimi, mencerca dan membunuh sahabat baginda sewaktu menawan Kota Mekah. Rasulullah memaafkan mereka seperti mana Nabi Yusof AS memaafkan adik-beradiknya.

Sumber kesatuan adalah di rumah Allah iaitu masjid tempat di mana kita berkumpul kerana agama tidak melihat kepada bangsa dan keturunan kerana agama yang menyatukan kita semua.

Tambahnya, Rasulullah SAW bersabda: “Aku telah tinggalkan pada kamu dua perkara nescaya kamu tidak akan sesat selama berpegang kepada keduanya iaitu kitabullah (al-Quran) dan sunahku (hadis).” (Hadis Riwayat Malik, al-Baihaqi)

Kamarudin turut menegaskan peserta, punca utama yang menyebabkan manusia tidak melakukan perkara sunah ialah kerana mereka memikirkan agama hanya sebagai ikut-ikutan dan perkara rasmi sahaja seperti kelahiran anak, perkahwinan atau kematian.

Mereka lebih memuliakan adat istiadat dan resam masyarakat berbanding agama sebagai cara hidup.


Menurut Firdaus Wong Wai Hung pula, perjalanan hidup Rasulullah SAW hanya menjadi suri teladan yang terbaik untuk diikuti tetapi umat Islam kini hanya menceritakan sahaja tanpa mengikutinya.

Jika sayang kepada nabi bukan hanya sekadar di mulut kerana bapa saudara nabi, Abu Lahab yang menentang Islam pun mengakui menyayangi nabi.

Menurut Firdaus, Perlembagaan Madinah yang terdapat di zaman baginda merupakan perlembagaan pertama di dunia yang mengandungi hak beragama untuk orang yang bukan Islam.

Jelasnya lagi, yang terbaik di kalangan kamu adalah takwa, bukan kemuliaan keturunan dan pangkat kerana takwa itu terletak di dalam hati.

Tambahnya, berdakwahlah di jalan Allah dengan berhikmah, perkataan ‘hikmah’ itu bukan soal lemah lembut dalam berdakwah, tetapi ‘hikmah’ itu adalah perkataan sesuai pada masa yang sesuai untuk orang yang sesuai dengan mengetahui fiqh keutamaan.

Beliau mengajak peserta berjihad dengan harta dan nyawa seperti yang disebut Rasulullah SAW kerana sekiranya berjihad dengan harta pun sudah tidak sanggup untuk diinfakkan dan ditinggalkan apatah lagi nyawa yang hanya ada satu untuk dijihad.

Forum tersebut dirasmikan oleh Setiausaha Agung Kehormat Perkim, Tan Sri Dr. Mohd. Yusof Noor.


Dr. Yusof Noor dalam ucapannya mengharapkan peserta mendapat ilmu dan menjadikan akhlak terpuji baginda sebagai contoh ikutan terbaik dari penghayatan forum tersebut.

Jelasnya, tujuan himpunan ini ialah semata-mata untuk memperingati baginda Nabi Muhammad SAW bersempena hari Maulidur Rasul.

“Tidak ada seorang Islam pun di dunia ini menyatakan tidak sayang kepada Nabi Muhammad SAW.

“Kita semua perlu mengetahui walaupun kita tidak pernah bertemu baginda tetapi kerana ajarannya yang membuatkan lahirnya kasih sayang kepada baginda walaupun baginda telah wafat.

Beliau memetik berfirman Allah yang bermaksud : Katakanlah wahai Muhammad! “Jika kamu mengasihi Allah, maka hendaklah kamu mengikut aku, nescaya Allah mengasihi kamu dan mengampuni dosa kamu. Dan Allah Maha Pengampun lagi Penyayang.” (Ali-Imran: 31)

Selain daripada kita semua mencintai Nabi Muhammad SAW, hati kita juga mestilah mengasihi sesama Muslim ini adalah kerana menurut firman Allah dalam Surah al-Hujurat, ayat 10 bermaksud: “Sesungguhnya orang yang beriman itu bersaudara.”

Menurut Dr. Yusof Noor lagi, Perkim yang telah diasaskan pada tahun 1960 bukan sahaja untuk melaksanakan aktiviti Islam semata-mata tetapi juga untuk bukan Islam dan beliau turut mengalu-alukan yang masih belum Islam untuk menyertai pelbagai program Perkim.

Katanya, melalui program atau aktiviti tersebut berkemungkinan mereka mendapat hidayah dari Allah SWT dan yang belum Islam kita akan menerangkan kepada mereka tentang Islam.

Beliau turut menyampaikan hadiah cabutan nombor bertuah kepada peserta.

Majlis berakhir dengan acara berselawat dan salam ke atas Nabi Muhammad SAW serta persembahan nasyid daripada kumpulan Safiya.

 


‘Contohi Cara Hidup Harian dan Akhlak Rasulullah SAW’ merupakan tajuk yang disampaikan oleh (dari kiri:) Mohd. Meeftah, Mohd. Fadli, Kamarudin dan Firdaus Wong dalam forum perdana sempena Maulidur Rasul anjuran PERKIM baru-baru ini.

 


Peserta yang terdiri daripada saudara Muslim pelbagai keturunan menghadiri forum tersebut.

 


Peserta hadir mendengar majlis ilmu yang disampaikan oleh ahli panel.

 


Peserta turut terhibur dengan celoteh disampaikan penceramah.

 


Terdapat peserta mencatat ilmu-ilmu yang disampaikan dalam forum tersebut.

 


Dr. Muhammad Rais (kiri) turut menyampaikan hadiah cabutan nombor bertuah kepada peserta.

 


Mualaf turut menerima hadiah cabutan nombor bertuah disampaikan oleh Hasbullah (kiri).

 


Abdul Hanif (kiri) menyampaikan hamper cabutan nombor bertuah kepada mualaf.

 


Peserta berselawat beramai-ramai bagi memuji baginda Nabi Muhammad SAW.

 


Farhan Tee mengacarakan majlis perasmian.

 


Jais Mariappan membacakan doa perasmian majlis.

 


Peserta mengaminkan ketika doa dibacakan.

 


Dr. Yusof Noor menyampaikan ucapan perasmian sempena majlis sambutan Maulidur Rasul di Surau PERKIM.

 


Peserta mualaf menerima hadiah bertuah daripada Dr. Yusof Noor (kiri).

 


Kumpulan Safiya mempersembahkan beberapa buah lagu bersempena Maulidur Rasul di akhir majlis.

The post Akhlak Terpuji Rasulullah, Ikon Saudara Muslim appeared first on Perkim.

Viewing all 99 articles
Browse latest View live