Oleh : MOHD. SYAHRIL ROSDI AHMAD ZAHUDI
“Saya gembira dan berbesar hati kerana usaha gotong-royong dan ziarah yang dilakukan ini patut menjadi contoh kepada masyarakat,” kata Wong.
Lelaki berbangsa Cina yang lebih dikenali Wong Kim Ha, 61, berkata, ia merupakan julung kali diadakan di mana penglibatan organisasi Islam bersama masyarakat di sini.
Wong merupakan Ketua Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Bukit Siput berterima kasih kepada Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) di atas penganjuran tersebut dan walaupun jumlah sumbangan yang diberikan tidak seberapa tetapi sedikit sebanyak ia membantu meringankan dan menceriakan penerima bantuan.
Perkim Kebangsaan telah mengadakan Program Khidmat Masyarakat Bersama Kaum Cina Kampung Bukit Siput di Segamat, Johor baru-baru ini.
Program itu mendapat kerjasama PERKIM Bahagian Negeri Johor, PERKIM Cawangan Daerah Segamat, PERKIM Cawangan Muar, Pejabat Kadi Segamat, Badan Kebajikan Saudara Kita Daerah Segamat, Jawatankuasa Masjid Al-Muhajirin Bukit Siput dan Persatuan Penyokong Perayaan Yu Lan Bukit Siput.
Beliau turut memuji program tersebut kerana ia membuka mata masyarakat ke arah lebih positif tanpa ada sentimen perkauman, rasis, berpuak-puak, pecah-belah, memandang status atau warna kulit.
“Sekurang-kurangnya dengan sumbangan tersebut dapat mengurangkan bebanan 30 penerima bantuan yang terdiri daripada penduduk kampung yang susah dan kurang berkemampuan,” ujar Wong yang mengetuai rombongan ziarah.
Turut bersama Pegawai Unit Perancangan, Penyelarasan dan Pelaksanaan PERKIM, Sulaiman Ding Yu Zhong, Muhammad Farhan Tee Abdullah dan Siti Munirah Sayed Mohd. Hamdan.
Program tersebut dirasmikan oleh Penolong Setiausaha Agung Kehormat PERKIM, Datuk Hasbullah L. Isa.
Hasbullah dalam ucapannya berkata, mesej keprihatinan ziarah ini dapat membuka mata masyarakat betapa pentingnya amalan dan budaya menziarahi mereka yang memerlukan bantuan.
Perasaan gembira, syukur dan terharu akan timbul apabila kita menjadi salah seorang penerima yang diziarahi dan diberikan sumbangan oleh pihak-pihak tertentu,” jelas Hasbullah.
Ia bertujuan merapatkan ikatan hubungan silaturahim serta perpaduan antara PERKIM dan mereka yang memerlukan tanpa mengira agama, bangsa dan keturunan di mana mereka memerlukan kasih dan belas ihsan.
Ini adalah kerana Islam sentiasa menyuruh umatnya hidup berkasih sayang, suruhan itu pula bukan setakat kasih sayang sesama Muslim tetapi kepada manusia yang lain.
Jelasnya, pembabitan 35 mahasiswa dari Kelab PERKIM Universiti (KPU) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) cawangan Pagoh itu sekurang-kurangnya membantu sekali gus memberi pendedahan kepada mereka mengenai khidmat masyarakat.
Selain itu, aktiviti kemasyarakatan adalah satu cara menerapkan nilai murni KPU terutama membabitkan pelajar supaya dapat diseimbangkan antara kecemerlangan akademik dan kemantapan rohani.
Rombongan ziarah dibahagikan kepada enam kumpulan untuk mengagihkan 30 sumbangan berbentuk makanan seperti beras, biskut, minyak, teh, gula, tepung, koko, susu dan lain-lain kepada penerima bantuan.
Rata-rata masyarakat di sini menggunakan bahasa Hokkien, Mandarin, Hakka sebagai dialek perantaraan utama selain mahir berbahasa Melayu dan Inggeris.
Jelas Hasbullah, pihaknya berpuas hati dengan penganjuran program terbabit kerana mendapat kerjasama dan komitmen semua pihak terutama sokongan daripada penduduk kampung.
Kerjasama yang baik dan kemesraan antara mereka telah menyebabkan kerja yang mencabar menjadi mudah dan menyeronokkan serta semangat ukhuwah dan gotong-royong telah dapat diterapkan.
Ia dapat melihat dari dekat kehidupan masyarakat kampung dan menyelami sendiri kegiatan penduduk kampung terbabit.
Selain daripada mempunyai perniagaan sendiri, ada di antara mereka bekerja sebagai kontraktor, buruh, mekanik, petani, pesara dan pemungut barangan terpakai dan kitar semula.
Kesempatan ini membolehkan Perkim memupuk semangat persaudaraan dengan penduduk kampung terbabit selain beramah mesra dengan kanak-kanak dan warga emas.
Selain itu, PERKIM turut menziarahi lapan penghuni Rumah Orang Tua Bukit Siput untuk bertanyakan khabar, bergotong-royong membersihkan kawasan dan memberikan sumbangan makanan.
Ujarnya, ia bukan sahaja mengeratkan lagi hubungan dan mewujudkan kemesraan di antara PERKIM, KPU serta penduduk kampung, malah ia meningkatkan usaha memupuk perpaduan antara kaum dalam apa sahaja aktiviti dan program yang diadakan selain membina jambatan dialog yang positif.
Hasbullah turut mengajak masyarakat bersatu dan bersama dalam membangunkan pelbagai perkara yang mendatangkan manfaat dan mengenepikan segala perkara-perkara negatif sekali gus menanamkan budaya saling memahami antara satu sama lain.
Beliau turut menasihatkan supaya umat Islam menunjukkan akhlak terpuji dan menyematkan sifat belas kasihan, tolong-menolong tanpa kira agama dan bangsa supaya cara tersebut dapat menangkis persepsi negatif mereka terhadap agama Islam.
Turut hadir ialah Pengerusi Perkim Cawangan Daerah Segamat merangkap Pengerusi Tetap PERKIM Bahagian Negeri Johor, Datuk Osman Jais; Ahli Majlis Perbandaran Segamat, Abdul Hamid Omar mewakili ADUN Kemelah YB Dr. Sulaiman Mohd. Nor; Pegawai PERKIM Bahagian Negeri Johor, Ghazali Ismail; Setiausaha Kehormat PERKIM Cawangan Daerah Segamat, Saim Idris; Ketua Kampung Sedeng Bukit Siput, Aminuddin Ali dan Pegawai Dakwah Pejabat Kadi Daerah Segamat, Ismail Salam.
Aktiviti lain ialah bergotong-royong membersihkan kawasan dalam dan luar Dewan Raya Bukit Siput dilakukan bersama penduduk kampung dan Majlis Perbandaran Segamat.
Klinik Kesihatan Segamat turut mengadakan pemeriksaan kesihatan secara percuma seperti ujian kolestrol, kencing manis, darah tinggi dan lain-lain manakala Klinik Pergigian Segamat mengadakan pemeriksaan gigi secara percuma kepada penduduk kampung.
Perkim Johor turut berkesempatan mengadakan pameran halal dan penyampaian risalah Islam manakala Perkim Cawangan Batu Pahat mengadakan infak baju terpakai secara percuma.
Selain itu, diadakan aktiviti senaman taici dan senam robik serta aktiviti sukaneka yang melibatkan pelbagai lapisan sama ada kanak-kanak, remaja dan dewasa seperti bawa bola guna sudu, tiup belon sampai pecah, isi air dalam botol, kerusi berirama dan bawa bola guna gelung.
Pada sebelah malam pula diadakan ceramah sempena sambutan Maulidur Rasul bertajuk ‘Menyantuni Umat Membawa Berkat’ disampaikan oleh Juara Imam Muda 2011, Mohd. Hassan Adli Yahaya atau lebih dikenali sebagai Imam Muda Hassan anjuran Masjid Al-Muhajirin, Bukit Siput.
Turut diadakan Program Mentor Mantee di mana penyerahan di antara 35 mahasiswa KPU kepada 15 keluarga angkat mualaf di kawasan kampung terbabit.
Program itu pula bertujuan untuk mewujudkan hubungan secara langsung di antara KPU dan mualaf yang berhampiran universiti mereka supaya mahasiswa KPU mempunyai fokus dalam membantu PERKIM menjalankan kerja dakwah melaksanakan aktiviti-aktiviti yang dirancang, bertanggungjawab untuk mengambil berat sekali gus mengadakan program susulan ke atas keluarga angkat mualaf.
Turut diadakan majlis penyampaian hadiah sukaneka kepada pemenang dan plak penghargaan PERKIM kepada wakil-wakil penganjur.
Majlis berakhir dengan menikmati jamuan makanan tengahari bersama penduduk kampung.
Petugas PERKIM bergotong-royong membersihkan kawasan dalam dan luar Dewan Raya Bukit Siput.
Petugas PERKIM turut mencuci dan membersihkan dalam kawasan dewan.
Dewan yang jarang digunakan telah dibersihkan oleh petugas PERKIM secara bergotong-royong.
Sulaiman Ding (berbaju hijau) mengedarkan risalah Islam berbahasa Cina kepada penduduk kampung.
Salah seorang penduduk kampung membaca risalah yang disampaikan.
Osman Jais (tengah) bersama rombongan PERKIM dan mahasiswa KPU UIAM Pagoh menziarahi dan menyampaikan sumbangan kepada Ting Chin Poh.
Hasbullah (berkopiah) bersama penduduk kampung menyampaikan sumbangan kepada mereka yang memerlukan.
Pemuda orang kelainan upaya (OKU), Yew Kian Wei turut diziarahi dan diberikan sumbangan daripada rombongan PERKIM.
Osman Jais (dua dari kiri) turut menyampaikan sumbangan berbentuk makanan kepada penduduk kampung yang memerlukan.
Mahasiswa KPU UIAM Pagoh turut didedahkan mengenai aktiviti ziarah PERKIM.
Pengutip barang-barang terpakai dan kitar semula turut diberikan sumbangan dari PERKIM.
Farhan (kiri) dan Sulaiman mengutip rumput-rumput kering yang telah ditebas untuk dibersihkan kawasan sekitar dewan.
Petugas Majlis Perbandaran Segamat bersama-sama PERKIM turut bergotong-royong membuang perabot-perabot yang tidak digunakan di Rumah Orang Tua Bukit Siput.
Mahasiswa KPU turut bergotong-royong membersihkan kawasan sekitar rumah orang tua.
Munirah (kiri) menyampaikan sumbangan kepada penghuni rumah orang tua.
Hamidah (kanan) turut menyampaikan sumbangan kepada penghuni rumah orang tua.
Penghuni rumah orang tua menerima sumbangan daripada Umizah (kanan).
Innda (tengah) menyampaikan sumbangan makanan kepada penghuni wanita.
Mahasiswa KPU bergembira setelah selesai membersihkan kawasan Rumah Orang Tua Bukit Siput.
PERKIM turut menyertai ceramah sempena Maulidur Rasul disampaikan oleh Imam Muda Hassan.
Imam Muda Hassan menyampaikan ceramah Maulidur Rasul bertajuk ‘Menyantuni Umat Membawa Berkat’ di Masjid Al-Muhajirin, Bukit Siput, Segamat.
Hasbullah (kiri) menyampaikan taklimat mengenai Mentor Mentee kepada mahasiswa KPU.
Mahasiswa KPU bersama-sama keluarga angkat mualaf semasa sesi penyerahan dilakukan.
PERKIM dan mahasiswa KPU bersama-sama penduduk kampung menyertai senaman taici.
Penduduk kampung turut menyertai pemeriksaan kesihatan dan pergigian secara percuma.
Wong turut mendaftar pemeriksaan pergigian.
Hasbullah (kanan) menerima maklumbalas daripada petugas PERKIM Cawangan Batu Pahat mengenai pengendalian pemberian sedekah baju terpakai percuma.
Pameran maklumat makanan halal daripada PERKIM Johor.
Acara sukaneka tiup belon sampai pecah menjadi tarikan kanak-kanak kampung.
Kanak-kanak memeriahkan suasana sukaneka dalam acara isi air dalam botol.
Acara kerusi berirama turut menjadi tarikan kanak-kanak kampung.
Acara tarik bola guna gelung menjadi salah satu acara yang disertai golongan dewasa.
Hasbullah (kiri) berkesempatan berswafoto bersama mahasiswa KPU dan kanak-kanak kampung.
Farhan mengacarakan majlis perasmian penutup Program Khidmat Masyarakat.
Wong selaku ketua MPKK Bukit Siput turut menyampaikan ucapan di majlis tersebut.
Ahli Majlis Perbandaran Segamat, Abdul Hamid Omar mewakili ADUN Kemelah YB Dr. Sulaiman Mohd. Nor turut menyampaikan ucapan.
Osman Jais selaku Pengerusi Perkim Cawangan Daerah Segamat merangkap Pengerusi Tetap Perkim Bahagian Negeri Johor turut menyampaikan ucapan aluan.
Penolong Setiausaha Agung Kehormat PERKIM, Datuk Hasbullah L. Isa menyampaikan ucapan perasmian di majlis tersebut.
Hasbullah turut mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara langsung dalam program yang dianjurkan.
Osman (kiri) menyampaikan hadiah sukaneka kepada pemenang kanak-kanak.
Pemenang sukaneka dewasa turut menerima hadiah daripada Osman (kiri).
Hasbullah (kiri) menyampaikan plak penghargaan PERKIM kepada Abdul Hamid (kanan).
Wong (kanan) turut menerima plak penghargaan PERKIM daripada Hasbullah (kiri).
Imam Masjid Al Muhajirin Bukit Siput (kanan) menerima plak penghargaan PERKIM daripada Hasbullah (kiri).
Pimpinan PERKIM dan mahasiswa KPU bergambar kenang-kenangan bersama penduduk kampung.
The post PERKIM Hulur Bakti Di Bukit Siput appeared first on Perkim.