Quantcast
Channel: Aktiviti Dakwah – Perkim
Viewing all 99 articles
Browse latest View live

Tautan Ukhwah Tahun Baru Cina

$
0
0

Oleh: MOHD. SYAHRIL ROSDI AHMAD ZAHUDI

Bolehkah orang Islam merayakan Tahun Baru Cina? Soalan yang sering bermain di fikiran umat Islam bagi merayakan perayaan tersebut. Tahun Baru Cina adalah perayaan menyambut kedatangan hari baru untuk tahun baru dalam kalender Cina dan perayaan ini tidak ada kena mengena dengan ritual mana-mana agama.

“Tidak ada halangan bagi Muslim merayakan Tahun Baru Cina dengan tidak ada unsur yang bertentangan dengan akidah Islam” petikan laman sesawang Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Bayan Linnas (siri 48) bertajuk Islam dan Tahun Baru Cina karangan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Betulkah orang Cina yang memeluk Islam menjadi orang Melayu? Tidak, mereka tidak akan sesekali menjadi orang Melayu dan mereka tetap akan menjadi Cina Muslim hingga akhir hayat kerana sekiranya orang di negara China memeluk Islam, adakah mereka menjadi Melayu? Sudah tentu tidak, mereka tetap orang China.

Bertepatan itu, Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Bahagian Negeri Sembilan menganjurkan Malam Tautan Ukhwah Tahun Baru Cina 2017 bertempat di City Park Oriental, Seremban 2, Negeri Sembilan pada 7 Februari 2017 lalu.

Program yang mendapat kerjasama Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) itu disertai seramai 150 saudara Muslim berketurunan Cina dan PERKIM cawangan-cawangan di Negeri Sembilan.

Tan Sri Datuk Dr Muhammad Rais Abdul KarimsPengerusi PERKIM Bahagian Negeri Sembilan, Tan Sri Dato’ Dr. Muhammad Rais Abdul Karim mengalu-alukan kehadiran tetamu bagi meraikan perayaan sambutan Tahun Baru Cina sambil mengucapkan Gong Xi Fa Cai.

“Bahasa Cina seperti Mandarin dan Kantonis merupakan antara bahasa yang penting pada masa kini, jika diberi pilihan waktu dahulu, saya akan belajar bahasa Cina kerana pada waktu itu mata pelajaran utama ialah Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris,” katanya.

Sambutan Tahun Baru Cina yang dilakukan oleh kebanyakan pemimpin masyarakat Cina dan juga disertai oleh pemimpin negara yang beragama Islam dan ia masih tidak bercanggah dengan hukum Islam.

Tahun kalender ayam jantan pada tahun 2017 membawa makna setia, pintar, berani dan berbakat.

Tan Sri Dr Mohd Yusof NoorsSementara itu, Setiausaha Agung Kehormat PERKIM, Tan Sri Dr. Mohd. Yusof Noor berkata, dalam Islam adat itu menjadi sandaran perundangan.

Jelasnya, waktu dahulu sekiranya menyebut Islam di Malaysia, mereka akan memandang orang Melayu.

Kita adalah sama pada pandangan manusia tetapi yang membezakan kita hanyalah keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT.

Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Ahmad dan al-Baihaqi:“Ketahuilah! Tiada kelebihan orang Arab ke atas ‘ajam (yang bukan Arab), atau ‘ajam ke atas Arab.”

Dr. Yusof turut menyampaikan cek berjumlah RM25,000 kepada Dr. Muhammad Rais selaku Pengerusi PERKIM Negeri Sembilan.

Datuk Ismail LasimsMajlis diserikan lagi dengan ucapan perasmian oleh EXCO Kerajaan Negeri Sembilan merangkap ADUN Senaling, Datuk Ismail Lasim.

Ismail dalam ucapannya turut mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada mereka yang menyambutnya serta tahun itu juga merupakan tahun pertama beliau menghadiri jamuan anjuran PERKIM dan Macma.

“Tidak dinafikan lagi bahawa pelbagai perayaan yang ada di Malaysia merupakan satu keunikan kerana sambutan hari perayaan di negara kita tidak seperti di negara lain yang mempunyai masyarakat berbilang kaum dan agama,” ujar Ismail.

Walaupun bersama pelbagai kaum, kita telah dilatih untuk menyambut kepelbagaian perayaan sejak merdeka.

Kelainan pada malam Tahun Baru Cina ialah walaupun berlainan keturunan tetapi kita adalah satu agama kerana sesungguhnya orang Mukmin itu adalah bersaudara.

“Saya yakin dan pasti PERKIM dan Macma menyediakan yang terbaik dalam konteks kebajikan kepada umat Islam khususnya saudara Muslim,” jelasnya.

Kita maktubkan di dalam perlembagaan Malaysia dengan meletakkan agama Islam sebagai agama persekutuan. Ini satu fasal dalam perlembagaan benar-benar perlu kita fahami dan harus berasa bertuah.

Kita tidak meletakkan Islam Melayu, Islam Cina, Islam India mahupun Islam Inggeris tetapi kita meletakkan Islam itu sebagai agama persekutuan. Walaupun apa pun keturunan kita, walau apa pun warna kulit meski pun putih, hitam, sawo matang kita adalah orang Islam yang bersaudara.

Beliau berharap PERKIM dan Macma boleh mainkan peranan yang berterusan untuk menjaga kebajikan saudara Muslim dan siapa pun yang menjadi orang Islam.

Walaupun mereka baru memeluk agama islam, mereka dapat merasakan mereka tidak ada bezanya dengan orang yang sudah lama Islam.

Turut hadir pimpinan PERKIM, Penolong Setiausaha Agung Kehormat, Datuk Hasbullah L. Isa; Timbalan Pengarah Unit Perancangan, Penyelarasan dan Perlaksanaan, Datuk Abdul Hanif Harun; Penyelaras Unit Komunikasi dan Media Baru, Datuk Ahmad Mustafa; Naib Pengerusi Negeri Sembilan, Datuk Ali Ab. Majid; Pegawai Dakwah Negeri Sembilan, Zafri Ismaiskandar Abd. Ghani dan Lee Chee Boon dari Dewan Perhimpunan Cina Negeri Sembilan.

Presiden MACMA, Prof. Dr. Taufiq Yap Yun Hin dalam ceramahnya menjelaskan, satu budaya satu agama adalah dua perkara yang berbeza. Kalau seseorang itu lahir sebagai seorang Cina dan dia juga akan mati sebagai seorang Cina dan dia tidak boleh ubah menjadi bangsa lain. Begitu juga dengan bangsa Melayu, mereka lahir sebagai seorang Melayu dan mereka tidak boleh mati sebagai bangsa Cina kerana ianya mustahil dan tidak akan berlaku.

Sebab itu, di dalam Surah al-Hujurat, ayat 13 di mana Allah berfirman yang bermaksud: Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).

“Makan malam tahun baru dinamakan Makan Perpaduan merupakan makan malam besar yang sangat penting di mana ianya menghimpunkan seluruh ahli keluarga untuk menikmati juadah bersempena menyambut ketibaan tahun baru Cina,” jelas Dr. Taufiq selaku Pensyarah Kanan Universiti Putra Malaysia (UPM).

Program makan berjemaah itu juga merupakan salah satu yang dituntut dalam Islam kerana menurut hadis riwayat Abu Daud bermaksud: “Sesungguhnya para sahabat Rasulullah SAW pernah mengadu, wahai Rasulullah sesungguhnya kami makan namun tidak merasa kenyang. Nabi bersabda, “Mungkin kalian makan sendiri-sendiri?” “Benar ya Rasulullah,” kata para sahabat. Nabi lantas bersabda, “Makanlah bersama-sama dan sebutlah nama Allah sebelumnya tentu makanan tersebut akan diberkati.”

Angpau merupakan simbolik yang penting dalam perayaan Tahun Baru Cina dan ia membawa persamaan di dalam Islam iaitu tuntutan bersedekah kepada kanak-kanak dan mereka yang lebih memerlukan iaitu orang tua, orang miskin serta orang kelainan upaya (OKU), katanya.

Jelas Dr. Taufiq, konsep meja makan bulat merupakan salah satu perkara yang penting bagi menjalinkan ikatan kekeluargaan di mana mereka boleh berinteraksi bersama seluruh ahli keluarga mereka secara berhadapan serta jarak di antara makanan itu adalah sama dan tidak diskriminasi.

Yee sang merupakan makanan budaya yang hanya diadakan pada Tahun Baru Cina. Seremban, Negeri Sembilan merupakan negeri yang pertama mewujudkan makanan tersebut sejak tahun 1940 di mana kandungannya terdiri daripada bahan-bahan seperti ikan salmon mentah, hirisan sayur-sayuran seperti lobak merah, lobak putih, bijan, kekacang yang ditumbuk, halia, limau bali, jus limau, keropok rangup, madu, sos dan sirap.

Dalam bahasa Cina, perkataan yee bermaksud ikan dan perkataan sang bermaksud mentah serta acara yang sering dinanti-nantikan ialah menggaul ke semua ramuan yee sang dengan menggunakan penyepit oleh mereka yang berkumpul di meja bulat. Menurut kepercayaan mereka, semakin tinggi yee sang itu diangkat dan digaul, maka lebih banyak kedamaian yang dinikmati sepanjang tahun.

Kepelbagaian merupakan unsur yang istimewa terdapat di Malaysia dan kita harus menerima kepelbagaian bangsa serta agama supaya kita dapat menghormati, memahami dan hidup dalam aman damai di Malaysia.

Majlis berakhir dengan acara menggaul yee sang, penyampaian angpau dan buah limau kepada setiap tetamu dan nyanyian lagu ‘Gong Xi Fa Cai’ beramai-ramai.

001
Tetamu kehormat PERKIM memeriahkan majlis tautan ukhwah Tahun Baru Cina.

009
Ahli Dewan Perhimpunan Cina Negeri Sembilan yang turut hadir.

002
Ucapan perasmian oleh Datuk Ismail Lasim selaku EXCO Kerajaan Negeri Sembilan.

003
Prof. Dr. Taufiq menyampaikan takzirah mengenai Tahun Baru Cina.

005

Setiausaha Agung Kehormat Dr. Yusof Noor (kanan) menyampaikan cek kepada Pengerusi PERKIM Negeri Sembilan, Dr. Muhammad Rais.

004
Kegembiraan terserlah di setiap wajah ketika acara menggaul yee sang.

007
Dr. Yusof  (kanan) menyampaikan ang pau kepada tetamu yang hadir.

006
Tetamu menerima ang pau daripada Dr. Taufiq Yap.

008
Tetamu yang hadir turut menyanyikan lagu ‘Gong Xi Fa Cai‘.

The post Tautan Ukhwah Tahun Baru Cina appeared first on Perkim.

Majlis Anugerah Kecemerlangan Kelas Pengajian Islam PERKIM 2016

$
0
0

oleh: FLT

Kuala Lumpur, 18 Feb 2017: Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Kebangsaan telah menganjurkan Majlis Anugerah Kecemerlangan Kelas Pengajian Islam PERKIM 2016 bertempat di Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Bukit Damansara, di sini.

Majlis tersebut merupakan acara tahunan wajib kepada PERKIM sebagai tanda penghargaan kepada pelajar Kelas Pengajian Islam PERKIM terutama mereka yang bergelar Muallaf.

ridwanMajlis telah dimulakan dengan bacaan doa yang diketuai oleh Encik Mohamed Ridzwan Abdullah, seorang Muallaf yang juga merupakan pelajar Kelas Pengajian Islam PERKIM.

abdul azizY.Bhg. Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman, selaku Pengerusi Jawatankuasa Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Bukit Damansara dalam ucapan aluan beliau berkata, pihak Masjid mengalu-alukan program seperti ini diadakan selalu di situ. “Usaha untuk berdakwah terutamanya kepada non-muslim amat penting kerana ia bukan sahaja menyampaikan ‘hak’ mereka kepada Islam walaupun hidayah itu milik Allah, tetapi juga untuk memberi kefahaman terhadap mereka tentang Islam agar kita semua dapat hidup dalam keadaan yang harmoni” kata beliau dalam ucapan aluannya.

Tambahnya, “Islamophobia dilihat semakin meruncing walaupun terdapat perkembangan positif di negara barat terutamanya kerana jumlah mereka yang memeluk Islam semakin meningkat. Ketakutan terhadap peningkatan ini jelas dapat dilihat dikalangan golongan atasan pihak barat dan buktinya, Presiden Amerika Syarikat terbaharu, Donald Trump menggunakan pendekatan untuk menyekat kemasukan warga asing ke sana terutamanya dari 7 buah negara Islam!” jelas beliau panjang lebar. Beliau juga berharap agar kerjasama PERKIM dan Masjid Saidina Umar dapat diteruskan pada masa hadapan sebelum mengakhiri ucapan aluannya.

dr mohd yusof noorSementara itu, Y.Bhg. Tan Sri Dr. Mohd Yusof Noor dalam ucapan perasmiannya berkata, PERKIM amat bersyukur kepada Allah dan berterima kasih kepada pihak Masjid Saidina Umar Al-Khattab kerana sudi bekerjasama dengan PERKIM dalam menjayakan program tersebut. “Pihak PERKIM akan berusaha dengan lebih giat lagi dalam menyampaikan dakwah islamiah dan saranan Y.Bhg Tan Sri Abdul Aziz untuk meneruskan usahasama antara pihak PERKIM dan Masjid Saidina Umar amatlah dihargai” katanya.

“PERKIM ini ditubuhkan oleh mantan pemimpin nombor satu negara iaitu Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra dengan visi agama Islam di Malaysia dapat dikembangkan dan agar penduduk di negara ini dapat hidup dalam keadaan lebih harmoni kerana mereka memahami dan menghormati pegangan agama masing-masing” tambahnya.

Tidak seperti kebiasaan di mana aktiviti pengisian majlis disulam dengan ceramah ringkas oleh penceramah jemputan, aktiviti majlis pada kali ini telah diisi dengan persembahan ‘koir’ oleh kumpulan ‘Ikhwanul Muslimin PERKIM’ yang dianggotai para Pelajar Kelas Pengajian Islam PERKIM secara acapella dan menggunakan alat muzik kitar semula seperti baldi, gayung, kayu lama dan sebagainya.

Majlis juga turut diserikan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran yang telah disampaikan oleh Pemenang Pertandingan Tilawah Al-Quran Peringkat Kelas Pengajian Islam PERKIM. Uniknya, pemenang bagi Pertandingan Tilawah tersebut dibahagikan kepada dua iaitu Kategori Saudara Muslim dan Kategori Muslim Asal (Islam sejak lahir). Ia menunjukkan bahawa dakwah PERKIM bukan hanya terhad kepada mereka yang bergelar non-muslim dan ‘saudara baru’(sekarang dikenali sebagai Saudara Muslim), seperti tanggapan masyarakat di Malaysia. Pada majlis tersebut juga, Pemenang Pertandingan Azan Peringkat Kelas Pengajian Islam PERKIM juga turut mengalunkan Azan sebagai simbolik kemenangan beliau.

Manakala bagi pertandingan Pengetahuan Islam, pemenang atau Johan ketagori tersebut dimenangi oleh seorang wanita yang masih belum lagi memeluk agama Islam. Inilah keunikan yang terdapat di PERKIM, para pelajarnya bukan sahaja terdiri dari golongan Saudara Muslim dan Muslim Asal, malah mereka yang masih belum memeluk Islam juga turut mengikuti kelas agama PERKIM. Berbeza dengan sekolah, para pelajar bebas untuk belajar mana-mana subjek melainkan subjek teras, kerana mereka berada di dalam sekolah kebangsaan di mana terdapat semua kaum yang belajar di sana. Namun PERKIM sebagai NGO Islam yang jelas berteraskan agama, masih menerima pelajar bukan Islam untuk belajar di sana.

Majlis telah diakhiri dengan penyampaian hadiah berbentuk trofi, wang tunai dan sijil kepada Pelajar Cemerlang dan pemenang pelbagai pertandingan ilmu Islam serta Jamuan tengah hari dan solat zohor berjemaah.

Berikut adalah senarai nama pelajar cemerlang dan pemenang pertandingan Kelas Pengajian Islam PERKIM 2016:

Senarai Nama Pelajar Cemerlang Tahap Asas

  1. Cemerlang : Mariam Joceline Gongora Lumiwan
  2. Terbaik : Haslinda Binti Bar
  3. Baik : Mohamad Ali Kuberan

Senarai Nama Pelajar Cemerlang Tahap Pertengahan

  1. Cemerlang : Ros An’nureleena Chong Binti Abdullah
  2. Terbaik : Bainah Binti Abdullah
  3. Baik : Nur Iman Ruiz Daniel

Senarai Nama Pelajar Cemerlang Tahap Lanjutan

  1. Cemerlang : Saiful Sim Bin Abdullah
  2. Terbaik : Rasidah Begum Binti Abdullah
  3. Baik : Nur Aisyah Dairit Binti Abdullah

Pertandingan Azan

  1. Johan : Muhammad Jauharul Arifin
  2. Naib Johan : Muhammad Zaini Wong
  3. Ketiga : Mohd Abu Bakar Bin Abdullah

Pertandingan Tilawah Al-Quran (Muslim Asal)

  1. Johan : Fauziah Binti Haji Ibrahim
  2. Naib Johan : Azizah Binti Musa
  3. Ketiga : Noor Salmah Binti Lebai Yusof

Pertandingan Tilawah Al-Quran (Saudara Muslim)

  1. Johan : Dahlia Binti Abdullah
  2. Naib Johan : Mohd Abu Bakar Bin Abdullah
  3. Ketiga : Aisha Acuna

Pertandingan Pengetahuan Islam

  1. Johan : Wong Yiew Kwan (Jasmine)
  2. Naib Johan : Fatimah Binti Yunus
  3. Ketiga : Siti Sarah Binti Abdullah

001
Persembahan ‘koir’ oleh kumpulan ‘Ikhwanul Muslimin PERKIM’ yang dianggotai para Pelajar Kelas Pengajian Islam PERKIM.

002
Barisan Pelajar Cemerlang dan Pemenang Pertandingan Kelas Pengajian Islam PERKIM

003
Dr. Yusof Noor, Setiausaha Agung Kehormat menyampaikan sijil penghargaan kepada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) yang diwakili oleh Ustaz Kamarunnizam Suhaimi (berbaju batik biru).

004
Muhammad Jauharul Arifin merangkul johan Pertandingan Azan, Kelas Pengajian Islam PERKIM 2016

005
Dahlia Abdullah, Johan, Pertandingan Tilawah Al-Quran kategori Saudara Muslim

006
Fauziah Haji Ibrahim, Johan, Pertandingan Tilawah Al-Quran kategori Muslim.

007
Wong Yiew Kwan @ Jasmine, Johan, Pertandingan Pengetahuan Islam.

008
Pelajar menunjukkan isyarat ibu jari menandakan kelas PERKIM terbaik ketika bergambar beramai-ramai di akhir program.

The post Majlis Anugerah Kecemerlangan Kelas Pengajian Islam PERKIM 2016 appeared first on Perkim.

Lebih 700 Saudara Muslim Sertai Tadarus

$
0
0

LEBIH 700 SAUDARA MUSLIM SERTAI TADARUS

Oleh: MOHD. SYAHRIL ROSDI AHMAD ZAHUDI

“Semua manusia tidak lari dari melakukan kesalahan dan kesilapan, oleh itu pohonlah kepada Allah SWT supaya kita akan diampunkan oleh Tuhan Yang Maha Pengampun di pertengahan bulan Ramadan yang mempunyai maghfirah (keampunan),” ucap Tan Sri Dr. Mohd. Yusof Noor.

Ia bersandarkan hadis dari Abu Hurairah r.a “Awal bulan Ramadan adalah rahmah, pertengahannya maghfirah, dan akhirnya ‘itqun minan nar (pembebasan dari api neraka).”

Tan Sri Dr Mohd Yusof NoorsDr. Yusof Noor selaku Setiausaha Agung Kehormat PERKIM berucap ketika menyampaikan ucapan perasmian di Majlis Tadarus Al-Quran Saudara Muslim sempena Sambutan Nuzul Quran 1438H bertempat di Masjid Wilayah, Jalan Sultan Abdul Halim, Kuala Lumpur pada 12 Jun 2017 lalu.

Program anjuran Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) itu menghimpunkan 700 peserta terdiri daripada kalangan Saudara Muslim berketurunan Cina, India, Sikh, Iban, Kadazan, Indonesia dan Filipina serta kaum Melayu turut tidak ketinggalan menyertainya.

Ia diadakan bersempena tarikh turunnya al-Quran iaitu pada 17 Ramadan yang melibatkan peserta dari negeri Perak, Pahang, Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Melaka.

“Pada hari ini, masyarakat Islam pelbagai latar belakang dan kumpulan yang berbeza berhimpun untuk menyertai program tadarus al-Quran yang meningkatkan lagi kekuatan umat,” katanya.

Tambah beliau, program yang mulia tersebut diadakan untuk menghidupkan bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan.

Selain menghubungkan silaturrahim program hari ini memberi peluang untuk kita saling berkenalan sesama muslim dan saudara baru.

Rugi jika sepanjang berpuasa kita tidak banyak berdoa. Sedangkan doa orang yang sedang berpuasa itu dimakbulkan Allah.

Seperti mana kita dianjurkan berdoa seberapa banyak doa yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah, Tirmidzi yang bermaksud: “Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan Engkau mencintai orang yang memohon keampunan, oleh itu maafkanlah aku.”

Begitu juga jika kita menghabiskan masa dengan membaca al-Quran serta faham tafsirnya sekaligus mengamalkannya.

Tegas Dr. Yusuf Noor, kita perlu bersungguh-sungguh dalam mengejar ganjaran pahala ini seolah-olah ini tahun terakhir kita menyambut Ramadan.

Peserta dibahagikan kepada 30 kumpulan yang diketuai oleh munabbih bagi setiap kumpulan ditugaskan memperbetulkan bacaan peserta dari segi huruf, makhraj dan tajwid.

Setiap peserta diberi peluang untuk membaca beberapa helai mukasurat sekaligus mengkhatamkan 30 juzuk al-Quran di majlis tersebut.

Majlis diserikan lagi dengan penyampaian sumbangan saguhati kepada munabbih disampaikan oleh Bendahari Kehormat PERKIM, Tan Sri Datuk Dr. Muhammad Rais Abdul Karim.

Turut hadir ialah kepimpinan PERKIM, Penolong Setiausaha Agung Kehormat, Datuk Hasbullah L. Isa; Penyelaras Unit Aset dan Pembangunan, Datuk Ahmad Mustafa; Penyelaras Unit Penerbitan, Zuber Zain; Pegawai Unit Perancangan, Penyelarasan dan Perlaksanaan (UPPP), Muhammad Farhan Tee Abdullah, Muhammad Jais Abdullah, Siti Munirah Sayed Mohd. Hamdan; Naib Pengerusi Negeri Sembilan, Datuk Ali Ab. Majid; Pegawai Dakwah Wilayah Persekutuan, Mohd. Jogi Maruli Panjaitan Maruli dan Pegawai Dakwah Negeri Sembilan, Zafri Ismaiskandar Abd. Ghani.

Selain itu, peserta berpeluang berbuka puasa, menunaikan solat Maghrib dan solat sunat tarawih bersama imam jemputan Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Syeikh Rami Al-Badawi dari Syria.

Sepanjang bulan Ramadan, PERKIM Kebangsaan turut menganjurkan ceramah Ramadan, majlis berbuka puasa, solat sunat tarawih dan jamuan moreh di Bangunan PERKIM, Jalan Sultan Azlan Shah, Kuala Lumpur bersama Saudara Muslim.

001
Peserta memeriksa nama dalam penyertaan Majlis Tadarus Al-Quran Saudara Muslim.

002
Dr. Yusuf Noor mengajak para tetamu memohon keampunan kepada Allah SWT di 10 malam kedua yang dipenuhi dengan maghfirah.

003
Beliau menyeru agar memperbanyakkan membaca al-Quran di bulan Ramadan yang mulia.

004
Antara 700 Saudara Muslim yang menyertai tadarus sempena Nuzul Quran.

005
Ishak Othman (tengah) selaku munabbih memperbetulkan bacaan peserta.

006
Saudara Muslim membaca al-Quran bersama-sama munabbih.

007
Peserta dibahagikan kepada 30 kumpulan di dalam majlis tadarus tersebut.

008
Dr. Muhammad Rais (dua dari kiri) menyampaikan sumbangan saguhati kepada munabbih tadarus.

009
Munirah selaku munabbih menerima saguhati daripada Bendahari Kehormat, Dr. Muhammad Rais (dua dari kiri)

010
Fauziah Ibrahim selaku johan tilawah al-Quran kelas pengajian Islam PERKIM, menyampaikan bacaan ayat-ayat suci al-Quran sebelum berbuka puasa.

011
Muhammad Sulhi (berbaju hijau) mengetuai bacaan doa berbuka puasa.

012
Saudara Muslim mengaminkan doa ketika doa berbuka puasa dibacakan.

013
Saudara Muslim menadah tangan ketika doa dibacakan.

014
Imam jemputan Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Syeikh Rami Al-Badawi dari Syria mengetuai solat tarawih.

The post Lebih 700 Saudara Muslim Sertai Tadarus appeared first on Perkim.

Makna Puasa Saudara Muslim

$
0
0

MAKNA PUASA SAUDARA MUSLIM

Oleh: MOHD. SYAHRIL ROSDI AHMAD ZAHUDI

Kebiasaannya umat Islam telah dibimbing berpuasa oleh ibu bapa seawal usia lima atau enam tahun. Keterujaan melaksanakan puasa terbayar saat berbuka puasa dengan juadah kegemaran mereka. Malah pemberian saguhati bagi setiap ibadah yang mereka kerjakan berperanan sebagai penyuntik semangat.

Namun, bagi individu yang baru memeluk Islam atau mualaf terutama pada usia lewat remaja, ibadat puasa tetap wajib mereka laksanakan mengikut kemampuan.

Pun begitu hikmah daripada kecintaan menebal kepada ajaran Islam, semua kesukaran itu mampu diharungi. Ini juga hasil daripada siri puasa percubaan sebelum syahadah.

Justeru, Majlis Iftar Bersama Saudara Muslim anjuran Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Kebangsaan dapat memberi pendedahan kepada golongan tersebut selain mengukuh silaturahim dan membina akidah melalui aktiviti yang diadakan seperti tazkirah, berbuka puasa, tadarus al-Quran, solat Maghrib dan Isyak berjemaah serta solat sunat tarawih.

Acara tahunan sempena Ramadan itu telah bermula sejak 15 tahun lalu. Bagi tahun ini diadakan dari 28 Mei lalu dan berakhir pada 24 Jun 2017.

“Sebelum memeluk Islam, saya berpengalaman berpuasa dengan hanya memakan buah-buahan dan minum susu sahaja tanpa makan nasi berlauk”.

Ia merupakan cabaran buat saya ketika pertama kali berpuasa sebagai seorang Islam kerana tidak boleh makan dan minum bermula waktu imsak hinggalah ke Maghrib.

“Enam hari saya belajar berpuasa tetapi gagal. Saya berbuka pada waktu petang kerana tidak mampu untuk menahan lapar dan dahaga. Malah tidak dapat mengawal nafsu ketika mengikuti rakan membeli juadah di bazar Ramadan memandangkan saya baru belajar berpuasa pada usia 51 tahun.

Puasa ini mengajar saya erti sebuah keimanan kerana puasa dan tarawih menguji diri kita dengan penuh kesabaran dan ketaatan sebagai seorang Muslim.

Azim Sivasalams“Pelbagai dugaan dan rintangan telah ditempuhi, akhirnya saya berjaya berpuasa penuh pada hari ketujuh Ramadan dengan penuh rasa syukur dan gembira kerana dapat menunaikan rukun Islam ketiga,” kata Azim Sivasalam dari Pantai Dalam, Kuala Lumpur.

Dia yang juga bertugas sebagai pemandu di Perkim Bahagian Wilayah Persekutuan gembira dengan aktiviti dan program yang dianjurkan Perkim Kebangsaan kerana dapat menjalinkan ukhuwah bersama rakan-rakan berbeza kaum semasa berbuka puasa serta menunaikan solat tarawih berjemaah.

Tambah pula dengan tazkirah yang disampaikan oleh penceramah jemputan, sedikit sebanyak dapat memberikan ilmu dan pengetahuan agama kepada saya yang sememangnya menyukai majlis ilmu,” jelas lelaki berketurunan India itu.

Azim bertekad Ramadan kali ini dapat memperbanyakkan amalan ibadah lain seperti berdoa, berselawat, qiamullail, bertadarus al-Quran dan membuat kebajikan, apatah lagi mengetahui akan ganjaran pahalanya yang berlipat kali ganda.

Jasmine Wong Lan EngsSementara bagi Jasmine Wong Lan Eng, 74, yang memeluk Islam pada 12 September 2016 yang jatuh pada Hari Raya Aidiladha tahun lalu, , turut mengakui melaksanakan ibadah puasa di hujung usia adalah begitu sukar kerana beliau tidak pernah berpuasa kecuali disebabkan menjalani rawatan atau perkara-perkara tertentu.

Katanya, saya merupakan di antara ahli keluarga yang terakhir memeluk Islam setelah melihat ketiga-tiga anak menunjukkan akhlak yang baik setelah memilih menjadi seorang Muslim.

Warga emas berketurunan Cina itu menjelaskan bahawa pengalaman berpuasa sebenarnya bukan sahaja menahan lapar dan dahaga, tetapi perlu mengawal nafsu dan menjauhkan diri daripada sifat-sifat mazmumah.

Bercerita pengalaman bersahur, kata ibu kepada selebriti Shila Lama, dia akan bangun seawal 4 pagi untuk membersihkan diri supaya berasa segar dan memasak makanan yang mudah dimasak.

Waktu berbuka merupakan saat yang paling gembira dan seronok bagi Jasmine kerana masa berpuasa telah tamat dimulai dengan kunyahan kurma dan buah-buahan serta dibasahi tekak dengan air sejuk yang menghilangkan segala kedahagaan.

Jasmine berhasrat meningkatkan amalan dengan bersedia menyambut dan menghayati 10 malam terakhir Ramadan iaitu lailatulqadar, malam kemuliaan yang dinantikan oleh setiap umat Islam kerana malam tersebut adalah lebih baik daripada 1,000 bulan.

001
Azim (tengah) bersama rakannya Amran (kiri) membeli juadah kegemarannya di bazar Ramadan.

002
Azim menyertai kumpulan tadarus bagi meraih ganjaran pahala di bulan Ramadan.

003
Azim bersama-sama rakan mualaf berdoa selepas selesai melaksanakan ibadah solat sunat tarawih berjemaah.

004
Azim turut hadir di majlis berbuka puasa Saudara Muslim anjuran agensi swasta.

005
Jasmine (kanan) bersama rakan mualaf berbuka puasa bersama-sama di Bangunan Perkim.

The post Makna Puasa Saudara Muslim appeared first on Perkim.

KPU UIAM Rangkul Anugerah YDP PERKIM

$
0
0

KPU UIAM RANGKUL ANUGERAH YDP PERKIM

 Oleh: MOHD. SYAHRIL ROSDI AHMAD ZAHUDI

Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Kebangsaan baru-baru ini telah menganjurkan Majlis Berbuka Puasa Yang DiPertua PERKIM, Tun Dr. Mahathir Mohamad bertempat di The Everly, Putrajaya pada 16 Jun 2017.

Majlis berbuka puasa anjuran PERKIM Kebangsaan merupakan acara rasmi tahunan sebagai menghargai jasa dan bakti Kelab PERKIM Universiti (KPU) kepada PERKIM selama ini. KPU dilihat sebagai tenaga penggerak yang berpotensi untuk mengembangkan dakwah di dalam dan di luar kampus.

Majlis yang menghimpunkan 300 tetamu terdiri daripada Ahli Majlis PERKIM, ahli-ahli PERKIM, ahli KPU dan tokoh agama, dermawan dan korporat itu bertujuan mengeratkan ukhuwah dan ramah mesra sempena meraikan Ramadan dengan aneka juadah berbuka puasa dan ibadah tarawih.

Wan Shahir AzrisTimbalan Pengerusi Kelab Universiti Kuala Lumpur (UniKL) MIIT, Wan Shahir Azri dalam ucapannya melahirkan rasa syukur yang tidak terhingga kerana diberi peluang untuk berucap mewakili kelab PERKIM seluruh Malaysia.

KPU begitu sinonim melalui penglibatan ahli daripada mahasiswa dan mahasiswi seluruh Malaysia. Sehingga kini terdapat 17 buah KPU terdiri dari institut pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS).

Kami amat bertuah kerana terlibat melaksanakan aktiviti KPU di dalam dan di luar kampus termasuklah ke perkampungan Orang Asli dan program Operasi Khidmat Masyarakat (OPKIM) selaras dengan misi PERKIM.

PERKIM merupakan salah satu pertubuhan kebajikan yang kukuh di Malaysia telah mencatat sejarah yang tidak ternilai melalui pengislaman dan melakukan kerja kebajikan sejak zaman Al Marhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.

Sehingga kini, PERKIM dilihat semakin utuh dan diterima oleh pelbagai lapisan masyarakat. Kami yakin dan percaya bahawa PERKIM amat sesuai dengan kehendak kami yang menginginkan aktiviti kemasyarakatan, kebajikan serta khidmat sosial walaupun pada masa yang sama kami masih menuntut ilmu di IPT.

Pada fikiran saya, KPU merupakan platform yang sesuai untuk melahir generasi yang memahami, menghayati dan mengamalkan ilmu agama dalam masa yang sama mempunyai akhlak yang mulia.

KPU juga bertindak sebagai agen pemupuk keharmonian kaum di kalangan belia Islam khususnya.

Tenaga serta pemikiran belia harus diserapkan bagi mengimbangi golongan muda dan barisan kepimpinan PERKIM.

Melalui kepimpinan PERKIM oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, kami sentiasa menyokong dan membantu Perkim dalam melaksanakan aktiviti bagi mencapai misi PERKIM.

Kami bersyukur dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada PERKIM yang banyak mendidik dari sudut ilmu, nasihat dan kewangan dalam mengadakan program dan aktiviti.

Program diadakan tidak lain tidak bukan adalah kerana ingin menonjolkan kebaikan yang ada dianjurkan Islam menerusi pendamaian dan perpaduan.

Maka masyarakat non-muslim boleh menerima Islam tanpa prejudis dan diskriminasi terhadap Islam. Bahkan ada beberapa program KPU berteraskan perpaduan, kedamaian dan persefahaman berjaya mengislamkan mereka yang bukan Islam.

Diharapkan KPU dapat diperkasakan lagi kedudukannya di PERKIM sebagai pemangkin penggerak aktiviti PERKIM. Sokongan dan dorongan dari semua pihak amatlah diharapkan.

Sekaligus menjadi penyumbang jalan kebaikan kepada banyak pihak dalam membantu sesama insan tanpa mengira bangsa di atas satu misi iaitu mencari keredaan Allah SWT.

Turut hadir ialah pimpinan PERKIM, isteri kepada Yang DiPertua Tun Dr Siti Hasmah Mohd. Ali; Naib Yang DiPertua, Prof. Dr. Mohd. Ridhuan Tee Abdullah, Dato’ Dr. Mustapha Ma, Dato’ Mohd. Nakhaie Ahmad; Bendahari Kehormat, Tan Sri Dato’ Dr. Muhammad Rais Abdul Karim; isteri Bendahari Kehormat, Prof. Rohaty Majzub; Penolong Setiausaha Agung Kehormat, Datuk Hasbullah L. Isa.

Tan Sri Dr Mohd Yusof NoorsSetiausaha Agung Kehormat PERKIM, Tan Sri Dr. Mohd. Yusof Noor dalam ucapan aluannya berkata majlis pada kali ini diadakan pada 10 hari terakhir Ramadan. Merupakan antara hari-hari teristimewa di mana ia mempunyai keberkatan di dalamnya yang lebih baik daripada 1,000 bulan iaitu lailatul qadar.

Beliau turut mengalu-alukan kehadiran tetamu khas iaitu Archbishop Kuala Lumpur, Julian Leow Beng Kim.

PERKIM sukar untuk menterjemahkan penghargaan kepada mantan Perdana Menteri yang sudi bersama PERKIM. Walaupun kita tahu keadaan yang dialami oleh Yang DiPertua PERKIM telah melepaskan kesemua jawatannya, namun beliau tetap diundang dari dalam dan luar negara bagi memberikan pandangan, idea dan pembangunan negara.

Kita akan terus berusaha untuk menentukan dan memainkan peranan yang berterusan terutamanya dalam kerja-kerja kebajikan walaupun terdapat kekangan kewangan.

Ramai lagi rakyat Malaysia yang masih memerlukan pertolongan namun kita tidak dapat menolong semua atas nama PERKIM. Bagaimana pun, kita memilih untuk menumpukan perhatian pada mangsa lumpuh atau strok yang dikendalikan oleh Pusat Pemulihan Komuniti Strok PERKIM (SCORE) terletak di Bandar Baru Sentul.

Sumbangan van SCORE adalah tajaan daripada Yayasan PERKIM. Mudah-mudahan urusan untuk membantu mereka yang mengalami kesukaran, akan direstui oleh Allah SWT.

Saya percaya semangat yang diberikan oleh Yang DiPertua PERKIM kepada kita, akan kita manfaatkan sebagai meneruskan amanah penubuhan dan pengasasan PERKIM pada zaman Al-Marhum Tunku Abdul Rahman.

Saya turut mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada KPU yang datang dari beberapa perwakilan universiti merupakan generasi baru yang akan menyambung misi PERKIM di masa akan datang.

KPU pada masa ini sedang mempelajari pengorbanan orang-orang lama dan terdahulu seterusnya akan diterapkan kepada generasi muda PERKIM di kampus.

Tun Dr Mahathir MohamadsYang DiPertua PERKIM, Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam ucaptamanya melahirkan terima kasih kepada PERKIM kerana menjemputnya di dalam majlis tahunan tersebut.

“PERKIM menyediakan generasi muda melalui KPU untuk mengambil alih pimpinan yang sedia ada,” ucap Dr. Mahathir selepas merasmikan upacara penyerahan kenderaan SCORE beberapa minit lalu di perkarangan hotel tersebut.

Tambahnya, generasi yang sedia ada sanggup meletakkan jawatan bagi digantikan oleh generasi-generasi baru selari dengan fitrah manusia yang perlu dipimpin.

Kita berpandukan kepada ajaran agama Islam dan sebagai orang Islam kita sedia maklum dan berbangga bahawa Islam bukan sahaja satu agama tetapi ianya juga satu cara hidup.

Tetapi kita dapati cara hidup yang kita alami sekarang ini nampak seolah-olah tidak begitu baik bagi kita umat Islam.

Rata-rata kita dapati mereka bermusuh, berperang sesama sendiri, tidak dapat mendirikan kerajaan yang baik, tekanan-tekanan terhadap rakyat dan sebagainya.

Kita lihat keadaan di Timur Tengah umpamanya, di mana beberapa buah negara sudah hancur lebur kerana peperangan dan mereka begitu menderita sehingga ramai daripada penduduk negara Islam yang duduk negara Islam, berhijrah ke negara bukan Islam untuk mencari keselamatan bagi diri mereka.

Apakah ini disebabkan cara hidup Islam? Iaitu cara hidup Islamkah yang mencetuskan huru-hara, peperangan, permusuhan, bunuh-membunuh dan sebagainya?

Apakah ini sebahagian daripada ajaran Islam sebagai cara hidup? Saya tidak boleh terima bahawa cara Islam ialah dengan bermusuh sesama sendiri bahkan di dalam al-Quran berkali-kali dilarang kita bermusuh kerana orang Islam disebut sebagai bersaudara.

Tetapi keadaan sekarang ini sudah menjadi begitu teruk sehingga mereka tidak sama sekali mempedulikan cara hidup Islam seperti yang terdapat dalam al-Quran.

Mereka yang bermusuh, berperang dan berlawan dengan Islam sahaja merupakan musuh Islam di mana umat Islam wajib pertahankan agamanya tetapi berlainan dengan mereka yang membunuh diri tanpa mengira orang di sekeliling yang tidak berdosa kerana apabila bom badan diletupkan, ramai yang tidak bermusuh dengan Islam turut terbunuh.

Bukan sahaja di negara Islam, tetapi di Eropah juga orang Islam meletupkan diri mereka dengan bom yang menyebabkan mereka yang tidak bermusuh dengan Islam turut menjadi mangsa.

“Kebanyakkan mangsa adalah mereka yang terdiri daripada kanak-kanak, wanita, orang sakit, warga emas, daif dan sebagainya,” ucapnya.

Mereka ini dibunuh dengan cara dengan cukup kejam, walhal ini bukanlah satu cara yang diajar sebagai ajaran cara hidup Islam. Kenapakah ini berlaku? Sebabnya ialah kerana kita sebenarnya mengaku diri kita sebagai orang Islam tetapi menolak cara hidup Islam.

Kita patuh dengan rukun Islam yang lima tetapi kita tidak mengamalkan Islam sebagai satu cara hidup.

Keburukan yang kita lihat di Timur Tengah disebabkan oleh kita yang sengaja memilih untuk bermusuh-musuhan, membunuh, mencedera, merosakkan harta dan sebagainya.

Hidup ini adalah pilihan. Kita menentukan sama ada kita mahu menjadi manusia yang baik dan memberi manfaat kepada orang lain atau sebaliknya.

Kita perlu kaji semula keislaman kita, apakah keislaman kita tertumpu kepada ibadat tertentu sahaja atau memilih untuk mengikuti cara hidup Islam seperti yang terdapat di dalam al-Quran.

Banyak sungguh ajaran al-Quran berkenaan dengan cara hidup orang Islam tetapi ramai yang tidak sama sekali mempedulikan apa yang diajar di dalam al-Quran berkenaan cara hidup Islam. Terdapat 43 petikan ayat dalam al Quran yang menekankan aspek keadilan; “Apabila kamu hukum, hukumlah dengan adil.”

Jika kita mengutamakan soal agama dan menghormati pandangan politik yang berbeza  pastinya kita tidak akan berpecah-belah malah tidak akan timbul isu pengaruh negatif terhadap pengikut masing-masing. Sebaiknya, kita perlu mencari jalan terbaik dan diredai oleh Allah SWT.

Diharapkan PERKIM dapat meneruskan legasi kepimpinan yang unggul tanpa dipengaruhi dengan anasir luar atau agenda yang tidak bermoral sebaliknya menumpukan kerja-kerja kebajikan seperti yang dianjurkan oleh agama Islam.

Perdana Menteri Malaysia keempat mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin kepada para hadirin di akhir ucaptamanya.

Beliau diiringi Dr. Yusof Noor dan Prof. Dr. Mohd Ridhuan Tee menyampaikan trofi dan wang tunai kepada pemenang Anugerah Yang DiPertua PERKIM kategori Program dan Aktiviti Cemerlang.

Kelab PERKIM Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Gombak merangkul kategori emas menerima sebuah trofi, sijil anugerah dan wang tunai RM2,000, manakala kategori perak dimenangi oleh Kelab PERKIM Universiti Kuala Lumpur (UniKL) berserta trofi, sijil anugerah dan wang tunai RM1,500 manakala Kelab PERKIM Universiti Utara Malaysia (UUM) menerima trofi, sijil anugerah dan wang tunai RM1,000 bagi gangsa.

Kelab PERKIM Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam, Universiti Tun Abdul Razak (UniRAZAK), Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), Kolej Universiti Islam Sultan Ahmad Shah (KUIPSAS) dan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) masing-masing menerima wang sumbangan sebanyak RM1,000 disampaikan oleh Dr. Mahathir.

Majlis diserikan dengan tazkirah ringkas Presiden Global Unity Network (Unity), Shahkirit Kakulal Govindji bertajuk Meraih Gandaan Pahala Ramadan.

Majlis ringkas dan sederhana tersebut berakhir dengan jamuan berbuka puasa, solat Maghrib, Isyak dan tarawih.

Hadir sama pimpinan PERKIM, Setiausaha Kerja, Zulkefli Arifin; Penyelaras Unit Perancangan, Penyelarasan dan Perlaksanaan (UPPP), Haji Mamat Che Chik; Timbalan Penyelaras UPPP, Datuk Abdu Hanif Harun; Penyelaras Unit Aset dan Pembangunan, Dato’ Ahmad Mustafa; Penyelaras Unit Komunikasi dan Media Baru, Haji Idris Mamat.

001
Dr. Mahathir (tengah) menyerahkan replika kunci kepada Dr. Fatimah (bertudung jingga) di Majlis Penyerahan Kenderaan SCORE.

002
Dr. Mahathir memotong reben tanda simbolik perasmian kenderaan SCORE.

003
Dr. Mahathir bersama kepimpinan PERKIM menyaksikan demonstrasi mesin angkut yang diubahsuai pada van SCORE.

004
Tun Dr Siti Hasmah turut bersama di dalam majlis berbuka puasa PERKIM.

005
Dr. Yusof Noor menyampaikan ucapan aluan di majlis berbuka puasa.

006
Yang DiPertua PERKIM menyampaikan ucaptamanya di majlis berbuka puasa anjuran PERKIM.

007
Dr Mahathir diiringi Dr. Yusof Noor menyampaikan trofi gangsa, sijil penghargaan dan replika cek berjumlah RM1,000 kepada KPU UUM.

008
KPU UniKL MIIT menerima trofi perak, sijil penghargaan dan replika cek berjumlah RM1,500 kepada pemenang anugerah YDP PERKIM.

009
Anugerah Emas YDP PERKIM  dinobatkan kepada KPU UIAM Gombak yang menerima trofi emas, sijil penghargaan dan replika cek berjumlah RM2,000 dari Dr. Mahathir sambil disaksikan Dr. Yusof Noor dan Prof. Ridhuan Tee.

010
17 Kelab PERKIM Universiti bergambar kenang-kenangan bersama kepimpinan PERKIM beserta hadiah yang dimenangi

011
Antara KPU yang hadir di majlis berbuka puasa anjuran PERKIM.

012
Shahkirit Kakulal Govindji menyampaikan tazkirah ringkas kepada tetamu yang hadir.

015
Tetamu kehormat menikmati juadah berbuka puasa.

013
Para tetamu menunaikan solat Maghrib, Isyak dan sunat tarawih yang diketuai Pengerusi PERKIM Ehsan, Mohd. Noor Hamim Suntong.

014
Bekas ahli KPU turut menikmati aneka juadah makanan di majlis berbuka puasa.

016
Para hadirin mengaminkan doa yang dibacakan selepas menunaikan solat sunat tarawih di The Everly Putrajaya.

The post KPU UIAM Rangkul Anugerah YDP PERKIM appeared first on Perkim.

Mesyuarat Agung Tahunan PERKIM Kebangsaan Kali Ke-56

$
0
0

Oleh: MOHD. SYAHRIL ROSDI AHMAD ZAHUDI

Bagi menyelaras dan membincangkan agenda-agenda dan usul-usul mengenai hal ehwal dakwah, kebajikan, pendidikan dan kewangan, Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) menganjurkan Mesyuarat Agung Tahunan PERKIM kali ke-56 bertempat di Hotel Grand Riverview, Kota Bharu, Kelantan pada 11 hingga 12 Ogos 2017 baru-baru ini.

Ianya selaras dengan firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan juga (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang-orang yang menyahut dan menyambut perintah Tuhannya serta mendirikan sembahyang dengan sempurna dan urusan mereka dijalankan secara bermesyuarat sesama mereka dan mereka pula mendermakan sebahagian dari apa yang Kami beri kepadanya.” (As-Syura: 38)

Ia dihadiri seramai 450 ahli mesyuarat terdiri daripada perwakilan dan pemerhati dari PERKIM Bahagian Negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan dan Sarawak.

Turut bersama, badan gabungan PERKIM seperti Persatuan Cina Muslim Malaysia (Macma), Harakah Islamiah Sarawak (HIKMAH), Persatuan Islam Seluruh Sabah (USIA) dan Persatuan Darul Fitrah Malaysia.

Program dimulakan dengan Mesyuarat Majlis Kebangsaan Bil. 3/55 dipengerusikan oleh Yang DiPertua PERKIM, Tun Dr. Mahathir Mohamad bagi membincang dan membentangkan pelbagai agenda dan usul berkenaan laporan mesyuarat agung tahunan PERKIM bersama 70 Ahli Majlis Kebangsaan dari seluruh Malaysia.

Program diserikan lagi dengan Majlis Santapan Malam bagi memuliakan keberangkatan Yang Maha Mulia Pemangku Raja Kelantan, Dr. Tengku Muhammad Fa’iz Petra Ibni Sultan Ismail Petra.

Majlis anjuran Kerajaan Negeri Kelantan itu dihadiri seramai 500 orang bagi meraikan para perwakilan dan pemerhati bersempena Mesyuarat Agung Tahunan PERKIM Kebangsaan yang menjadi tradisi pada setiap tahun.

YMM Tengku FaizYMM Pemangku Raja Kelantan, Dr. Tengku Muhammad Fa’iz Petra berkenan untuk menyampaikan titah perasmian sekaligus merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PERKIM Kebangsaan Kali Ke-56 dan Pelancaran Tabung Khas Kompleks Saudara Baru PERKIM selepas menyentuh bola kristal tanda gimik perasmian.

YMM Pemangku Raja Kelantan turut berkenan menerima cenderahati daripada PERKIM disampaikan oleh Dr. Mahathir.

Sementara tetamu menikmati hidangan makanan kebudayaan Cina, diadakan persembahan beberapa buah lagu dari kumpulan nasyid Nurfans dan dikir barat pula disampaikan oleh Halim Yazid.

Ahmad YakobSebelum itu, Menteri Besar Kelantan, Datuk Seri DiRaja Dr. Ahmad Yakob dalam ucapannya mengucapkan selamat datang dan mengalu-alukan kedatangan semua tetamu dan ahli PERKIM ke ‘Negeri Serambi Mekah’ serta berterima kasih kerana telah memilih Kelantan untuk mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan pada kali ini.

Katanya, selain elemen dakwah, elemen lain turut diberi perhatian oleh PERKIM dalam agenda pendidikan serta kebajikan dan menjalankan amalan-amalan jariah yang lain kepada orang sakit, miskin dan dhaif.

Selain itu, PERKIM juga memberi perkhidmatan kauseling kepada saudara baru yang bermasalah dalam rumahtangga atau masalah individu serta bekerjasama dengan badan-badan Islam yang lain dalam usaha memberi kefahaman kepada masyarakat.

Jelas Dr. Ahmad, peranan PERKIM perlu ditingkatkan daripada semasa ke semasa, kerana situasi pada masa kini dari aspek akidah dan juga akhlak semakin terancam bukan sahaja berlaku kepada anak saudara baru bahkan anak orang Islam sendiri. Maka sangat tepat, kewujudan program-program dakwah PERKIM akan menyelamatkan kembali akidah Islam.

Turut berkenan hadir di majlis santapan ialah Tengku Temenggong Kelantan, Datuk Tengku Muhammad Rizam Tengku Aziz dan isteri Tengku Puan Temenggong Kelantan,  Yang Mulia Dato’ Tunku Noor Hayati Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.

Yusof NoorSetiausaha Agung Kehormat PERKIM, Tan Sri Dr. Mohd. Yusof Noor dalam ucapan aluannya turut mengucapkan terima kasih kepada yang hadir dan memberi komitmen serta sumbangan kepada urusan agama menerusi dakwah PERKIM.

Mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Kelantan kerana sudi menjadi tuan rumah mesyuarat kali ini serta menaja jamuan makan malam.

Katanya, telah menjadi kewajipan kita untuk sentiasa menghargai kepada mereka yang memberi seperti mana di dalam PERKIM sendiri , tugas kita adalah untuk memberi dan bukan menerima semata-mata kerana itulah dakwah yang kita pupuk selama ini.

Katanya, beliau turut mengagumi kepimpinan Tun Dr Mahathir menerajui PERKIM dan telah melaksanakan hasratnya untuk  terus berkhidmat kepada negara sehingga akhir hayat dan mendoakan agar Dr Mahathir diberi kesihatan dan kekuatan untuk terus berkhidmat.

Dr. Yusof Noor Mengajak semua untuk sama-sama mendengar serta menghalusi setiap amanat Tun Dr Mahathir kerana ia akan menentukan perjalanan organisasi PERKIM ini.

Tun MahathirMajlis diserikan lagi dengan ucapan dasar oleh Yang DiPertua PERKIM, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kerana seluruh ahli majlis kebangsaan, perwakilan dan pemerhati kerana menjayakan mesyuarat agung tahunan buat kali ke-56.

Dr. Mahathir dalam ucapan dasarnya berpendapat bahawa apa yang dilihat pada masa kini ialah umat Islam dihina, dicerca, dicaci serta direndah-rendahkan sehingga orang Islam dan agama Islam dilabel sebagai pengganas serta agama Islam dipandang sebagai agama yang kasar sekaligus ia tidak mengambil kira akan nasib manusia lain.

Kita lihat umat Islam berperang sesama sendiri walaupun ia adalah dilarang sehingga tidak nampak kebaikan dalam agama Islam.

“Jadi bagaimanakah kita hendak menarik lebih ramai penganut agama Islam dengan berdakwah sedangkan sesama Islam pun bermusuhan? Kita perlu tunjukkan kepada manusia termasuk diri kita sendiri bahawa kita menganut satu agama yang baik tuntutannya dan baik buat seluruh manusia.

“Bagi menggambarkan kebaikan umat Islam dan agama Islam, kita harus memberi perhatian kepada cara hidup Islam yang telah digariskan oleh al-Quran dan sunnah malah Islam bukan sahaja satu kepercayaan malah satu tatacara hidup yang cukup sempurna.

Ujarnya, tiada manusia yang sempurna, yang tiada cacat cela. Namun kekurangan ini bukan penghalang atau alasan untuk kita mengamalkan  hidup secara Islam.

“Harus diingat juga bahawa dalam Islam kita semua adalah bersaudara dan sesungguhnya perpecahan sesama Islam itu adalah ditegah,” katanya.

Orang Islam sepatutnya berupaya mempertahankan diri mereka dengan senjata masa kini. Zaman ini, kita perlukan senjata yang lebih canggih iaitu kebolehan tertentu untuk mempertahankan diri dan umat Islam, bukan dengan meminta perlindungan dan pertolongan dari orang bukan Islam.

Perwakilan dari setiap bahagian turut diberi kesempatan membentangkan usul-usul dan agenda pada persidangan mesyuarat itu berlangsung.

Turut hadir ialah pimpinan PERKIM, Bendahari Kehormat, Tan Sri Dato’ Dr. Muhammad Rais Abdul Karim; Pengarah Unit Perancangan, Penyelidikan dan Perlaksanaan (UPPP), Mamat Che Chik; Penyelaras Unit Komunikasi dan Media Baru, Dato’ Idris Mamat; Penyelaras Aset dan Bangunan, Dato’ Ahmad Mustafa; Setiausaha Kerja, Zulkefli Arifin.

Dr. Mahathir di dalam ucapan penggulungannya turut mengucapkan penghargaan dan tahniah kepada Kerajaan Negeri Kelantan kerana tidak mengambil kira dan tidak membezakan siapa yang memimpin PERKIM asalkan orang itu menjalankan kerja dakwah untuk Islam.

Jelasnya, Kerajaan Negeri Kelantan menaikkan peruntukan kepada PERKIM Kelantan dari 25,000 kepada 50,000 semasa zaman pemerintahan mantan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat dan diharap amalan diteruskan.

 “Kita mesti bertoleransi dalam memaafkan kesalahan kerana Allah SWT mempunyai nama Ghaffur yang bersifat pemaaf. Sedangkan Tuhan boleh mengampun, kenapakah kita tidak boleh memaafkan?” kata Dr. Mahathir.

Katanya lagi, saya melihat dan mendapati bahawa adat resam serta budaya kita lebih keras dan melebihi kehendak agama Islam.

Beliau menyeru kepada hadirin dan umat Islam sekiranya kamu menjatuhkan hukum, hukumlah dengan adil dan saksama serta tepat pada tempatnya.

Tambah Dr. Mahathir lagi, kegagalan orang Islam adalah kerana mereka tidak mengikut ajaran agama Islam sepenuhnya seperti tidak menunaikan fardhu ain dan fardhu kifayah.

Umat Islam perlu membetulkan imej Islam supaya dilihat tidak keras, bertimbang rasa bertoleransi dan adil kerana imej ini sendiri akan menarik orang bukan Islam kepada Islam dan sekurangnya menjadikan mereka lebih menghormati agama Islam

Beliau menasihatkan kepimpinan PERKIM dan umat Islam supaya menjadi seorang yang amanah dan tidak mengambil barang yang bukan hak milik kita.

“Apabila nilai hidup tidak sama dengan cara hidup Islam, kita akan gagal tetapi jika kita terus amalkan cara hidup Islam, inshaAllah kita sentiasa berjaya,” kata Dr. Mahathir mengakhiri ucapan penggulungannya.

Dr. Mahathir bersama Dr. Yusof Noor turut menyampaikan sijil penghargaan, trofi dan wang tunai kepada pemenang Anugerah Aktiviti Cemerlang PERKIM Cawangan di akhir majlis tersebut.

PERKIM Cawangan Manjung menjadi johan dan naib johan disandang oleh PERKIM Cawangan Daerah Kuantan manakala PERKIM Cawangan Kuala Muda di tempat ketiga.

Bagi Anugerah Pembangunan Keahlian pula, Wanita PERKIM Cawangan Johor Bahru merangkul johan manakala Wanita PERKIM Cawangan Hulu Klang meraih naib juara dan tempat ketiga diperoleh PERKIM Cawangan Besut Baru.

001
Doa dibacakan sebelum memulakan Mesyuarat Majlis Kebangsaan Bil 3/55.

002
Suasana Mesyuarat Majlis Kebangsaan yang dihadiri oleh Ahli Majlis Kebangsaan PERKIM.

003
Ahli Majlis Kebangsaan mengemukan cadangan dan pandangan serta persetujuan di dalam Mesyuarat Majlis Kebangsaan.

004
Ahli Majlis Kebangsaan dari seluruh Malaysia membincangkan untuk menaik tarafkan masa depan PERKIM.

005
Tengku Fa’iz Petra bersalaman ketika ketibaan di perkarangan hotel.

006
Pemangku Raja Kelantan, Tengku Fa’iz Petra merakamkan gambar bersama Ahli Majlis Kebangsaan PERKIM dan barisan Kerajaan Negeri Kelantan.

007
Ketibaan Pemangku Raja Kelantan di Majlis Santapan Malam bersama tetamu kehormat.

008
Ucapan aluan Majlis Santapan Malam disampaikan oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Seri Dr. Ahmad Yakob.

009
Antara perwakilan dan pemerhati PERKIM di Majlis Santapan Malam.

012
Titah perasmian YMM Pemangku Raja Kelantan, Dr. Tengku Muhammad Fa’iz Petra.

013
Tengku Fa’iz menyentuh bola kristal tanda gimik perasmian.

014
Tanda penghargaan, Dr. Mahathir menyampaikan cenderahati kepada Tengku Fa’iz Petra.

010
Ahli PERKIM menikmati hidangan makanan bangsa Cina.

011
Kumpulan nasyid Nurfans menyampaikan beberapa buah lagu kepada hadirin.

015
Halim Yazid bersama kumpulan dikir barat mendendangkan lagu ‘Daulat Tuanku’.

016
YMM Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Fa’iz Petra berangkat pulang selepas berkenan merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PERKIM.

017
Barisan perwakilan dan pemerhati merakamkan kenangan manis di atas pentas Majlis Santapan Malam.

018
Para perwakilan mengaminkan bacaan doa ketika di persidangan Mesyuarat Agung Tahunan PERKIM Kebangsaan Kali Ke-56.

019
Setiausaha Agung Kehormat PERKIM, Tan Sri Dr. Mohd. Yusof Noor menyampaikan ucapan aluannya.

020
Ucapan dasar Yang DiPertua PERKIM, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada persidangan Mesyuarat Agung Tahunan PERKIM Kebangsaan Kali Ke-56.

021
Tekun…para perwakilan mendengar amanat dan nasihat yang disampaikan oleh Yang DiPertua PERKIM.

022
Barisan kepimpinan tertinggi Mesyuarat Agung Tahunan PERKIM Kebangsaan Kali Ke-56.

023
Wanita PERKIM menyatakan pandangan dan pendapat mereka di dalam persidangan tersebut.

024
Khairudin Abdullah daripada PERKIM Bahagian Negeri Sembilan menyampaikan beberapa usul di persidangan tersebut.

025
Perwakilan Kelantan, Taufiq menyampaikan beberapa pandangan dan usul serta pantun.

026
Sesi ucapan penggulungan disampaikan oleh Tun Dr. Mahathir.

027
Wakil PERKIM Cawangan Manjung menerima penghargaan Anugerah Aktiviti Cemerlang PERKIM Cawangan daripada Yang DiPertua PERKIM.

028
Datin Paduka Hajah Hapipah Endot mewakili Wanita PERKIM Cawangan Johor Bahru menerima penghargaan Anugerah Pembangunan Keahlian daripada Yang DiPertua PERKIM.

029
Zakaria (dua dari kiri) mewakili Yayasan PERKIM menyerahkan replika cek berjumlah RM30,000 kepada Yang DiPertua bagi Tabung Khas Kompleks Saudara Baru PERKIM.

030
Dr. Mahathir menerima replika cek berjumlah RM10,000 daripada Pengerusi PERKIM Cawangan Bukit Damansara, Abdul Hanif (dua dari kiri) untuk disumbangkan ke Tabung Khas Kompleks Saudara Baru PERKIM.

032
Yang DiPertua PERKIM berkesempatan melancarkan buku ‘Who’s Who Saudara Muslim PERKIM’ di akhir majlis tersebut.

The post Mesyuarat Agung Tahunan PERKIM Kebangsaan Kali Ke-56 appeared first on Perkim.

Ibadah Korban Bersama Mualaf PERKIM

$
0
0

Oleh: MOHD. SYAHRIL ROSDI AHMAD ZAHUDI

Aidiladha adalah perayaan istimewa bagi umat Islam dalam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dan anaknya, Nabi Ismail dalam mentaati perintah Allah SWT selain umat Islam yang berkemampuan menyempurnakan ibadah haji yang merupakan rukun Islam yang kelima.

Mengambil semangat itu, Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Kebangsaan menganjurkan Majlis Ibadah Korban Bersama Saudara Muslim, Minoriti Islam Rohingya dan Melayu Champa bertempat di Kompleks Darul Hidayah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Sentul, Kuala Lumpur pada 4 September 2017 lalu.

Program mendapat kerjasama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) itu dihadiri seramai 300 saudara Muslim terdiri daripada kaum Cina, India, Kadazan, Iban, Bidayuh, Indonesia dan Filipina.

MUHAMMAD JAIS MARIAPPAN ABDULLAHsPenyelaras program, Muhammad Jais Mariappan Abdullah berkata, ibadah suci ini menekankan perpaduan Islam yang dibina atas dasar takwa bagi mengharmoni dan memantapkan hubungan sesama saudara Muslim yang terdiri daripada pelbagai kaum sejajar dengan moto PERKIM iaitu “Islam Itu Persaudaraan’.

Katanya, ibadah itu secara tidak langsung dapat memupuk semangat berkorban sesama Muslim  dengan menjaga hubungan persaudaraan, bersatu hati, menghindari sikap mementingkan diri agar membentuk kekuatan yang perlu difahami dan dijunjung oleh setiap Muslim.

“Sebanyak lima ekor lembu dan empat ekor kambing disumbangkan kepada PERKIM untuk dikorbankan serta diagihkan kepada saudara Muslim,” kata Jais selaku Pegawai Perancangan, Penyelarasan dan Pelaksanaan PERKIM Kebangsaan.

Program dimulakan dengan solat tahajud dan disusuli dengan solat Subuh bersama peserta di Surau PERKIM, Jalan Sultan Azlan Shah, Kuala Lumpur. Sejurus itu, sebahagian peserta dan urus setia dibawa ke Ladang Agro Batu 8½, Gombak bagi melihat sendiri binatang korban disembelih sekaligus bergotong-royong membantu untuk memotong dan melapah daging.

 Ia bersandarkan dengan firman Allah SWT di dalam surah al-Hajj, ayat 36 bermaksud: “Dan Kami jadikan unta (yang dihadiahkan kepada fakir miskin Mekah itu) sebahagian dari syiar agama Allah untuk kamu; pada menyembelih unta yang tersebut ada kebaikan bagi kamu; oleh itu sebutlah nama Allah (semasa menyembelihnya) ketika ia berdiri di atas tiga kakinya maka apabila ia tumbang (serta putus nyawanya), makanlah sebahagian daripadanya dan berilah (bahagian yang lain) kepada orang-orang yang tidak meminta dan yang meminta. Demikianlah Kami mudahkan ia untuk kamu (menguasainya dan menyembelihnya) supaya kamu bersyukur.

Sesungguhnya Allah mensyariatkan ke atas Nabi Ibrahim ketika Allah menebus anak Nabi Ibrahim dengan seekor binatang sembelihan yang besar. Dalam hadis riwayat Zaid bin Arqam, dikatakan kepada Rasulullah SAW:

Maksudnya: ”Apa itu korban?.” Baginda bersabda, ”Ia sunnah bapa kamu, iaitu Nabi Ibrahim,” Beliau bertanya lagi, ”Apakah padanya kebaikan kepada kami wahai Rasulullah ?” Baginda bersabda,”Setiap helai rambut adalah pahala.” Katanya lagi, ”Bagaimana pula dengan bulunya?” Baginda bersabda, ”Setiap helaian rambut daripada bulunya ialah pahala.” (Riwayat Imam Ahmad, al-Baihaqi, Ibnu Majah)

Jais turut mengajak saudara Muslim menghayati kesusahan, keperitan dan kesempitan hidup yang dihadapi leh mereka yang berada di Palestin, Kemboja, Somalia dan Afrika yang jauh lebih derita berbanding di Malaysia.

Daging korban kemudiannya dibawa ke Kompleks Darul Hidayah untuk dimasak dan diagihkan kepada saudara Muslim.

Peserta turut menikmati makanan segar istimewa seperti sup tulang lembu, kari daging lembu, kambing masak masala dan rebung paru masak lemak.

TAN SRI DR MOHD YUSOF NOORsMajlis diserikan dengan ucapan perasmian oleh Setiausaha Agung Kehormat PERKIM, Tan Sri Dr. Mohd Yusof Noor.

Beliau dalam ucapannya berkata, Aidiladha merupakan hari kemenangan umat Islam dalam menyambutnya sama ada dengan melaksanakan ibadah korban atau menunaikan haji bagi yang berkemampuan dan wajib bagi setiap umat Islam berniat untuk mengerjakannya apabila tiba masanya.

Dr. Yusof Noor bersama saudara Muslim berkesempatan melaungkan takbir raya beramai-ramai bagi mengimarahkan suasana Aidiladha.

Beliau turut berterima kasih kepada penderma yang telah memberikan sumbangan binatang korban untuk diagihkan kepada mualaf.

Jelasnya, haiwan merupakan binatang yang kita sayang dan apabila tibanya Aidiladha, kita korbankan binatang yang kita sayang untuk diberikan kepada golongan susah semata-mata mentaati perintah Allah.

Kita hendaklah bersyukur kepada Allah SWT di atas pelbagai kurniaan kepada kita dan kita perlu mendoakan kepada penderma supaya diberikan rezeki yang berlipat kali ganda serta dapat menderma lagi.

“Pada hari ini kita menerima, mungkin pada suatu hari nanti kita pula menjadi salah seorang penderma,” kata Dr. Yusof Noor sebelum mengagihkan daging korban kepada 300 saudara Muslim.

Yang turut hadir ialah Penolong Setiausaha Agung Kehormat PERKIM, Datuk Hasbullah L. Isa; Penyelaras Unit Aset dan Bangunan PERKIM, Dato’ Ahmad Mustafa  dan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI, Maizura Shamsuddin.

001
Saudara Muslim bersama Muslim Rohingya bersedia untuk menumbangkan lembu untuk disembelih.

002
Saudara Muslim memegang lembu yang diikat untuk disembelih sambil bertakbir bersama-sama.

003
Saudara Muslim bersama-sama bertakbir sambil memegang lembu korban untuk disembelih.

004
Lembu korban yang telah disembelih diasingkan kulit terlebih dahulu untuk mendapatkan tulang dan daging.

005
Peserta bekerjasama mengasingkan daging dengan tulang pada bahagian batang pinang.

006
Saudara Muslim bergotong-royong memotong daging dan tulang.

007
Petugas tidak melepaskan peluang menimba pengalaman untuk mengasingkan daging dengan tulang.

008
Korban lembu ketiga dilaksanakan dengan iringan takbir raya yang dilaungkan bersama-sama.

009
Sikap bekerjasama antara petugas dan saudara baru menambahkan ukhuwah sesama Islam.

010
Saudara baharu memotong daging bersama-sama sebelum dimasak.

012
Petugas gembira kerana masakan sup tulang dan kari lembu yang dimasak terserlah lazat rasa keenakannya.

011
Dr. Yusof Noor menyampaikan ucapan perasmian sambil ditemani Pegawai JAWI, Maizura.

013
Dr. Yusof Noor (tiga dari kiri) gembira ketika menyampaikan daging korban kepada saudara Muslim.

014
Hasbullah (kiri) turut menyampaikan daging korban kepada saudara Muslim.

015
Saudara Muslim menerima daging korban daripada Dr. Yusof Noor.

017
Mualaf turut mengambil makanan kari lembu dan kambing masala yang telah disajikan.

018
Saudara Muslim bersama-sama menikmati makanan daging segar yang telah dimasak.

019
Mualaf mengisyaratkan tanda lazat ketika menikmati jamuan makan tengahari.

The post Ibadah Korban Bersama Mualaf PERKIM appeared first on Perkim.

PERKIM Latih Daie Zon Timur Dakwah Jalanan

$
0
0

oleh: MUHAMMAD JAIS MARIAPPAN ABDULLAH
foto: MUHAMMAD JAIS MARIAPPAN ABDULLAH

Bagi melatih pendakwah dalam dakwah di jalanan, Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Kebangsaan telah menganjurkan Bengkel Street Dakwah bertempat di Hotel Grand Continental, Kuantan Pahang pada 25 hingga 27 September 2017 lalu.

Program yang mendapat kerjasama daripada PERKIM Bahagian Negeri Pahang itu disertai seramai 53 peserta terdiri daripada Universiti Sulatan Zainal Abidin (UniSZA), Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KUIPSAS), Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Majlis Ugama Islam Pahang (MUIP), Jabatan Mufti Pahang, pensyarah, pelajar Kelas Pengajian Islam PERKIM Pahang dan ahli PERKIM cawangan Kuantan Pahang.

Menurut penulis, objektif utama program itu adalah untuk melengkapkan bakal daie dengan pengetahuan dan kemahiran berdakwah melalui dakwah jalanan serta mendedahkan peserta kepada teori dan praktikal.

Program tersebut juga dapat memberi keyakinan kepada bakal daie dan sukarelawan untuk membantu menyampaikan dakwah dalam program dakwah melalui khidmat masyarakat secara langsung.

Program tersebut dikendali sepenuhnya oleh Pengerusi Mutilracial Muslims Malaysia (MRM), Firdaus Wong Wai Hung yang merupakan seorang pendakwah bebas dan pengasas awal program Street Dakwah.

Antara pengisian program yang dijalankan ialah suai kenal dan aktiviti kumpulan, ‘Dakwah atau Didakwah’, ‘Apa itu Street Dakwah’, ‘Teknik Penyampaian Berkesan Mengenai Islam Bersama Prospek’, ‘Adakah Street Dakwah Efektif’, ‘Jenis-jenis Prospek’, ‘Dialog Dakwah dan Praktikal Dialog’.

Peserta-peserta telah dibahagikan kepada dua kumpulan di mana kumpulan pertama diketuai oleh Firdaus Wong Wai Hung yang menjalankan latihan pratikal di UTC Kuantan manakala kumpulan kedua pula diketuai oleh Muhammad Azim Muhammad Suhaimi di Pantai Timur Mall, Kuantan.

Aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh peserta ialah mengedar risalah Islam pelbagai tajuk serta terjemahan Al-Quran kepada Non Muslim serta menjawab persoalan-persoalan mengenai Islam yang dikemukakan oleh Non-Muslim.

Pada keesokan harinya para peserta turut menjalankan praktikal, dan menggunakan kemahiran, pengetahuan yang dipelajari semasa dalam bengkel. Para peserta telah mencadangkan supaya pihak PERKIM mengadakan bengkel susulan bagi memantapkan lagi kemahiran dan pengetahuan mereka.

Kesimpulannya program ini telah dilaksanakan mengikut perancangan dan mendapat sambutan yang baik dari para peserta.

Turut hadir Setiausaha PERKIM Bahagian Negeri Pahang, Mahadi Deraman.

001
Muhammad Azim sedang memberi taklimat suai kenal dan aktiviti kumpulan.

002
Firdaus sedang menjelaskan makna ‘Street Dakwah’ kepada peserta.

012
Peserta terdiri daripada pensyarah MUIP, JAIP dan mahasiswa universiti mendengar taklimat yang disampaikan oleh Firdaus.

004
Firdaus yang berpengalaman dalam bidang dakwah jalanan menyampaikan ilmu dan kaedah berkesan kepada peserta.

005
Firdaus (kanan) dan penulis (kiri) menerangkan berkaitan Islam kepada Bala (tengah).

006
Peserta mendengar taklimat yang disampaikan.

007
Mahasiswa KUIPSAS menerangkan risalah Islam kepada non-Muslim.

009
Firdaus sedang menunjukkan teknik dan kaedah praktikal dakwah jalanan kepada peserta.

008
Majlis penutup Bengkel Street Dakwah Zon Timur.

010
Mahadi menyampaikan ucapan perasmian penutup.

003
Penulis bersama bekas Penyelaras Unit Aset dan Pembangunan PERKIM Kebangsaan, Datuk Yidris Abdullah.

011
53 peserta Bengkel Latihan Street Dakwah Zon Timur bergambar kenang-kenangan di akhir program.

The post PERKIM Latih Daie Zon Timur Dakwah Jalanan appeared first on Perkim.

Program Mendekati dan Melawat Saudara Muslim Zon Utara

$
0
0

oleh: MUHAMMAD FARHAN TEE ABDULLAH
susunan: MOHD. SYAHRIL ROSDI AHMAD ZAHUDI

“Sesungguhnya agama Islam inilah agama kamu, agama yang satu asas pokoknya, dan Aku-lah Tuhan kamu; maka sembahlah kamu akan Aku.” (Al-Anbiyaa’:92)

Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Kebangsaan dengan kerjasama PERKIM Bahagian Negeri Kedah, Perlis dan Pulau Pinang telah mengadakan Program Mendekati dan Melawat Saudara Muslim Zon Utara bertempat di Harvard Suasana Hotel Golf & Country Club, Bedong, Kedah pada 28 hingga 30 September 2017 yang lalu.

Program yang mendapat kerjasama PERKIM Cawangan Kuala Muda tersebut melibatkan seramai 74 peserta Saudara Muslim berketurunan Cina, India, Kadazan, Iban, Siam, Filipina dan Indonesia dari negeri Kedah, Perlis dan Pulau Pinang.

Antara tujuan utama program melawat atau menziarahi ini diadakan ialah untuk mendekati Saudara Muslim yang menghadapi masalah di dalam kehidupan. Ini juga adalah sebagai langkah bagi memberikan semangat dan motivasi kepada mereka untuk mengharungi kehidupan dengan tabah.

Ini juga adalah sebagai salah satu sunnah Nabi yang sangat digalakkan untuk mengeratkan silaturahim sesama manusia. Selain itu, tujuan bengkel Saudara Muslim diadakan pula adalah untuk memberikan ilmu pengetahuan berkenaan aqidah Islam di samping mempraktikkan amali solat dan bersuci di dalam kehidupan seharian.

Secara tidak langsung, peserta akan lebih meyakini kekuasaan Allah SWT dan beriman dengan-Nya. Ia juga memberikan mereka semangat untuk belajar dengan lebih tekun pada masa akan datang. Masalah kehidupan yang dihadapi juga dibincangkan dengan lebih lanjut di dalam Bengkel ini.

Seramai 20 keluarga telah diziarahi di kawasan Kuala Muda, Sungai Petani, Baling, Sungai Layar, Bedong, Tanjung Dawai, Permatang Gedong, dan Bakar Arang.

Turut hadir ialah Pengerusi PERKIM Cawangan Kuala Muda, Haji Abdul Hameed Abd. Kadir.

Golongan mereka yang diziarahi ialah fakir miskin, ibu tunggal, mempunyai ramai tanggungan, warga emas, orang kelainan upaya (OKU), keadaan rumah yang daif, tiada pekerjaan, dan sebagainya.

Sumbangan berbentuk makanan asas seperti beras, minyak masak, gula, teh, bihun, tepung gandum telah disalurkan kepada mereka. Selain itu, wang tunai juga diberikan kepada keluarga tersebut bagi menampung perbelanjaan harian sementara.

Pegawai Pendaftaran Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Cawangan Sungai Petani, Norashikin Nordin; Penolong Pengarah, Unit Ukhuwah, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah, Ustaz Syeikh Mohd. Naim Ahmad; dan Pensyarah Institut Latihan Perindustrian (ILP) Jitra, Kedah telah menyampaikan sesi Taklimat Peningkatan Saudara Muslim.

Sesi tersebut memberi maklumat tambahan berkenaan peranan dan tanggungjawab jabatan atau agensi berkenaan.

Turut diadakan empat slot ceramah iaitu ‘Kenapa Solat, Puasa, Zakat dan Haji?’ disampaikan oleh Dr. Haji Ann Wan Seng; ‘Etika dan Agenda Harian Seorang Muslim’ disampaikan oleh Ustaz Imran Kochim; ‘Apakah Erti Saya Seorang Muslim’ pula disampaikan oleh Ustaz Shah Shanmugam Abdullah serta ‘Bagaimana Saya Memajukan Diri Untuk Menghayati dan Mengamalkan Islam’ disampaikan oleh Muhammad Roger Arnold.

Peserta diagihkan kepada lima kumpulan dalam slot bengkel latihan dan interaktif diketuai Pegawai Dakwah PERKIM Negeri Kedah, Ustaz Muhammad Firdaous Saifuddin dan pemudah cara Ustaz Haji Amran Abdullah, Ustaz Ahmad Fauzi Siva Abdullah, Muhammad Farhan Tee Abdullah, Siti Nasyrah Rosli.

Bengkel tersebut mendedahkan peserta dengan pembelajaran aqidah Islam, praktikal solat dan bersuci.

Selain itu, diadakan mini forum bertajuk ‘Isu, Masalah, Cabaran dan Jalan Penyelesaaian Setelah Memeluk Islam’ dipengerusikan oleh Ustaz Shah Shanmugam Abdullah bersama tiga ahli panelnya iaitu Dr. Haji Ann Wan Seng, Ustaz Haji Mohd. Naim Islam Abdullah dan Muhammad Roger Arnold.

Forum tersebut memberikan semangat dan motivasi kepada peserta dalam menghadapi cabaran yang berlaku dan kaedah untuk mengendalikan masalah tersebut. Selain itu, isu berkaitan Saudara Muslim seperti penukaran nama, kehidupan di dalam keluarga bukan Islam, pandangan masyarakat terhadap Saudara Muslim dan sebagainya menjadi isi utama yang dibincangkan. Para peserta juga bebas untuk mengajukan soalan di dalam sesi soal jawab.

Majlis diserikan lagi dengan ucapan perasmian disampaikan Pengerusi PERKIM Bahagian Negeri Kedah, Dato’ Panglima Jaya Dato’ Wira Haji Ismail Hamid.

Beliau dalam ucapannya menganggap ia merupakan sebuah program yang berjaya dan mengakui bahawa begitu seronok dengan kehadiran peserta dari pelbagai kaum yang sanggup mengorbankan masa dan tenaga untuk hadir ke program tersebut.

“PERKIM Bahagian Negeri Kedah akan membantu dalam usaha memberi ilmu kepada Saudara Muslim,” katanya.

Ismail yang juga merupakan Pengerusi Pusat Bimbingan Islam Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (PUSBA) di Sungai Petani menyatakan Saudara Muslim perlu mempelajari Islam dengan lebih mendalam dan menjadi Muslim contoh kepada orang lain.

Beliau turut menyampaikan sijil penyertaan dan saguhati kepada peserta di akhir majlis tersebut.

001
Para sukarelawan PERKIM Cawangan Kuala Muda sedang mengagihkan hamper ziarah.

002
Pengerusi PERKIM Cawangan Kuala Muda, Haji Abdul Hameed Abd. Kadir (kanan) turut bersama untuk melakukan ziarah.

003
Agihan hamper ziarah telah selesai dilakukan.

004
Firdous (tiga dari kiri) menyampaikan sumbangan kepada Nur Asyikin Abdullah yang diterima oleh suaminya (tiga dari kanan). Turut bersama kakitangan PERKIM Bahagian Negeri Kedah dan AJK PERKIM Cawangan Kuala Muda.

005
Sumbangan kepada Puan Elida Fitriana Purba Abdullah.

006
Sumbangan disampaikan oleh Amran (kiri) kepada Siti Sarah Abdullah (dua dari kanan).

007
Sumbangan diterima oleh Rosnah Abdullah.

008
Normala Abdullah (dua dari kiri) menerima sumbangan daripada wakil PERKIM Kebangsaan.

009
Fadhil Lai Abdullah (berbaju merah) turut menerima sumbangan daripada PERKIM Kebangsaan.

010
Ustaz Abdullah dari PERKIM Cawangan Sungai Petani (kiri) turut menghulurkan bantuan.

011
Sumbangan diberikan kepada ibu tunggal Busyro Zahirah Abdullah.

012
Bantuan disampaikan kepada Nur Syakila Abdullah, yang diterima oleh adik perempuannya.

013
Sumbangan diberikan kepada Sakinah Abdullah, yang diterima oleh anak beliau yang masih kecil.

014
Norashikin Nordin, Pegawai Pendaftaran JPN Cawangan Sungai Petani menyampaikan taklimat.

021
Antara peserta mualaf yang hadir terdiri daripada pelbagai kaum.

015
Ustaz Syeikh Mohd. Naim Ahmad, Penolong Pengarah, Unit Ukhuwah,  Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah menyampaikan taklimat berkenaan peranan Jabatan Agama kepada peserta.

022
Peserta Saudara Muslim yang hadir daripada tiga buah negeri iaitu Kedah, Pulau Pinang dan Perlis.

016
Md. Isa Md. Latif selaku Pensyarah ILP Jitra menyampaikan taklimat berkenaan peluang pengajian dan kerjaya kemahiran yang boleh diperoleh melalui Institut Latihan Perindustrian.

017
Dr. Haji Ann Wan Seng yang membincangkan tajuk “Kenapa Solat, Puasa, Zakat dan Haji?” kepada peserta.

018
Ustaz Shah Shanmugam Abdullah membincangkan tajuk “Apakah Erti Saya Seorang Muslim”.

019
Muhammad Roger Arnod menyampaikan ceramah yang bertajuk “Bagaimana Saya Memajukan Diri Untuk Menghayati dan Mengamalkan Islam”.

020
Ustaz Imran Kochim dengan tajuk “Etika dan Agenda Harian Seorang Muslim”.

023
Sesi Praktikal dan Interaktif peserta diketuai oleh Haji Amran (berbaju batik hijau di hujung kanan).

024
Farhan Tee turut menjadi pemudah cara bagi sesi praktikal bersama peserta.

025
Fauzi Siva memberi penerangan mengenai modul Aqidah Islamiah kepada peserta.

026
Firdaous (berdiri) sedang memberi panduan ilmu pengetahuan kepada peserta.

027
Firdaous mengetuai penerangan praktikal solat kepada peserta.

028
Mini forum bertajuk “Isu, Masalah dan Cabaran Saudara Muslim : Bagaimana Jalan Penyelesainnya”. (Dari kiri:) Ustaz Shah Shanmugam, Dr. Ann Wan Seng, Ustaz Naim Islam dan Muhammad Roger.

029
Peserta mengajukan soalan kepada ahli panel.

030
Majlis penyampaian sijil dan saguhati yang disempurnakan oleh Dato’ Panglima Jaya Dato’ Wira Haji Ismail Hamid (tengah) selaku Pengerusi PERKIM Bahagian Negeri Kedah. Turut bersama, Abdul Hamid (kiri) dan Farhan Tee (kanan).

031
Dato’ Ismail menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan majlis tersebut.

032
Dato’ Ismail menyampaikan sijil penyertaan kepada peserta.

033
Peserta bergambar bersama-sama di akhir majlis bersama tetamu kehormat.

The post Program Mendekati dan Melawat Saudara Muslim Zon Utara appeared first on Perkim.

Sesi Penerangan Dakwah Bersama Yang DiPertua PERKIM

$
0
0

Oleh: MOHD. SYAHRIL ROSDI AHMAD ZAHUDI

“Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.” (an-Nahl: 125)

Bagi memberi kefahaman dakwah dan panduan kepada pucuk pimpinan Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) di bahagian-bahagian dan cawangan, PERKIM Kebangsaan menganjurkan Sesi Penerangan Dakwah Bersama Yang DiPertua PERKIM bertempat di Hotel Grand Season, Kuala Lumpur pada 1 hingga 2 November 2017 lalu.

Program tersebut dihadiri seramai 55 peserta terdiri daripada pimpinan PERKIM iaitu Setiausaha Kehormat dan Pegawai Kerja seluruh bahagian serta Pengetua Institut Dakwah Islamiah.

Turut hadir ialah Naib Yang DiPertua Perkim iaitu Prof. Dr. Mohd. Ridhuan Tee Abdullah, Dato’ Haji Mohd. Nakhaie Ahmad dan Dr. Mustapha Ma serta Setiausaha Kerja, Zulkefli Arifin.

YUSOF NOORSetiausaha Agung Kehormat PERKIM, Tan Sri Dr. Mohd. Yusof Noor dalam ucapan aluannya berkata, program tersebut diadakan kerana ingin menunaikan hasrat Yang DiPertua PERKIM untuk berjumpa pimpinan-pimpinan PERKIM bagi menyuarakan pandangan beliau mengenai dakwah yang kini perlu mendapat perhatian yang khusus.

“Ia diadakan bertujuan untuk memberi kefahaman mengenai perkara yang berkaitan dengan dakwah kepada pimpinan PERKIM sendiri supaya ia turut dijadikan panduan kepada PERKIM bahagian-bahagian dan berpeluang untuk bersoal jawab,” katanya.

Kata Dr. Yusof Noor lagi, Yang DiPertua PERKIM pernah membincangkan mengenai penerapan nilai-nilai Islam yang mana ia bukan perkara yang mudah dan harus diperkenalkan dasar nilai-nilai Islam

Jelasnya, melihat komitmen yang ditunjukkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad di dalam menaiktaraf pendidikan ketika Allahyarham Tan Sri Dr. Sulaiman Daud menjadi Menteri Pendidikan Malaysia, beliau telah menerima satu nota daripada Dr. Mahathir supaya melaksanakan penubuhan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) serentak dengan arahan untuk menubuhkan universiti di utara bagi menjadikan kawasan utara tidak ketinggalan dari memiliki institusi pengajian tinggi sendiri.

Tanpa komitmen dalam Islam, mustahil nota seperti itu dikeluarkan oleh seorang Perdana Menteri yang sibuk memimpin negara.

Melalui pengalaman Dr. Yusof Noor sendiri ketika memohon untuk menubuhkan masjid rasmi bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang telah mendapat persetujuan daripada Perdana Menteri keempat itu dengan syarat masjid itu harus dikelilingi dengan air untuk menarik para jemaah dengan keadaan masjid yang cantik dan selesa.

Sepanjang perkenalan, Dr. Mahathir adalah seorang yang tidak suka bercakap mengenai Islam semata-mata atau berretorik tetapi lebih kepada pengaplikasian.

Maka dari situlah wujudnya slogan “leadership by example”. Apa yang difahami dari slogan itu adalah untuk menarik non Muslim sebenarnya.

Ujarnya, Islam menitikberatkan cara memimpin dan bekerja bukan hanya kata-kata semata.

Dr. Yusof Noor berharap mudah-mudahan jentera PERKIM akan lebih fokus dalam menanggani isu dakwah dan mengikut panduan yang diberikan oleh Yang DiPertua.

MAHATHIRMajlis diserikan dengan ucaptama disampaikan Yang DiPertua PERKIM, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Mahathir dalam ucaptamanya berkata, penting bagi seseorang pendakwah untuk mengenali sifat-sifat yang ada pada manusia.

“Walaupun saya bukan ulamak, tapi ilmu yang saya belajar juga mampu memahamkan saya tentang sifat manusia, sifat pendakwah dan orang yang didakwah,” katanya.

“Kita tidak akan dapat mencapai hasil dalam usaha mengembangkan Islam jika kita menerangkan pendirian kita dengan cara yang keras dan menggunakan paksaan. Apa yang utama adalah tingkah laku, teladan yang kita tunjukkan adalah teladan yang baik akan menjadikan diri kita mudah didekati oleh orang lain kerana semua manusia sukakan kebaikan.

“Kini imej Islam, orang Islam dan negara Islam buruk disebabkan oleh kegiatan orang Islam sendiri yang bermasalah dan suka berperang. Islam datang adalah untuk memperbaiki akhlak dan amalan orang jahil seperti tanam anak perempuan hidup-hidup, samun dan sebagainya,” tambah Bapa Permodenan itu.

Tambah Dr. Mahathir lagi, Nabi Muhammad SAW menerangkan Islam dengan baik sehingga mampu menjadikan orang yang beramal dengan Islam membina sebuah tamadun yang dikagumi dunia.

“Kepimpinan melalui teladan perlu kembali kepada ajaran agama Islam kerana kita mesti memahami isi kandungan al-Quran kerana di dalamnya terdapat nilai-nilai hidup serta cara hidup yang betul,” ulasnya.

Menurutnya, tafsiran dalam bahasa yang kita fahami akan memandu kita hidup dengan lebih berjaya dan maju di dunia dan akhirat kerana al-Quran itu sendiri memberi panduan yang menyeluruh.

Ajaran Islam juga menyuruh kita untuk mencari ilmu dan apabila berdakwah, pendakwah yang baik perlu bersifat lemah lembut serta menunjukkan keyakinan dan kejayaan untuk mempengaruhi sekali gus menarik minat orang bukan Islam.

Masyarakat non Muslim akan memandang Islam pada diri pendakwah. Oleh yang demikianlah orang Islam dan pendakwah khususnya harus menunjukkan kejayaan diri di dunia lagi untuk menarik oraang bukan Islam dan sekurang-kurangnya menjadikan mereka mendekati agama Islam.

Turut diadakan sesi soal jawab bersama Yang DiPertua PERKIM.

Siapakah yang mencipta fahaman Daesh (ISIS) yang mengelirukan dunia Islam sekarang?

Siapa yang mencipta bukanlah satu masalah, tapi yang melaksanakan itulah yang menjadi masalah. Daesh adalah dari orang Islam sendiri. Tetapi amalan yang dilakukannya amat bertentangan dengan ajaran Islam yang sebenar dan menampakkan Islam itu agama yang ganas sepeti sembelih orang Islam hidup-hidup.

Bagaimanakah permulaan untuk mengaplikasikan dakwah?

Kerja dakwah kita kini lebih mengikut tradisi. Sebagai pendakwah kita harus mulakan dakwah dengan diri sendiri. Buang tabiat buruk kita yang tidak baik. Berusaha untuk menjayakan diri sendiri dan tunjukkan kejayaan itu. Dalam kerja contohnya, amalkan lah sifat-sifat yang dituntut oleh Islam seperti amanah dan jujur. Kegagalan kita untuk menjayakan diri sendiri pula adalah kerana kita tidak mengikut acuan ajaran Islam. Mereka yang lupa sejarah akan terus didera dengan mengulangi kesalahan yang sama berulang kali.

Bagaimanakah PERKIM memainkan peranan sebagai pendakwah untuk mengharmonikan dakwah di Malaysia?

Pendakwah mesti berjaya dari segi pencapaian, tingkahlaku, personality, pakaian, peribadi dan lain-lain aspek lagi kerana kejayaan amat penting selain dari petah berkata-kata.

Adakah harapan semua rakyat Malaysia untuk melaksanakan hudud dapat dicapai?

Permohonan untuk dilaksanakan hudud di Malaysia adalah kerana tujuan politik semata-mata sedangkan Islam mementingkan keadilan. Janganlah memperalatkan agama untuk kepentingan sendiri. Kalaulah cadangan hudud itu tidak ada kaitan dengan politik, mungkin ia akan dipertimbangkan.

Dr. Mohd. Yusof Noor juga turut membentangkan hal ehwal pengurusan dan pentadbiran PERKIM melalui slot bertajuk ‘Pengurusan dan Tadbir Urus’ kepada peserta.

Ia disusuli dengan pembentangan tajuk ‘Pembiayaan Projek Kompleks Saudara Baru (KOSBA) dan Sistem Kewangan’ disampaikan oleh Bendahari Kehormat PERKIM, Tan Sri Dato’ Dr. Muhammad Rais Abdul Karim.

‘Pembentangan Laporan Mengenai Pembangunan Aset’ pula disampaikan oleh wakil daripada setiap PERKIM bahagian-bahagian.

Pengarah Pembangunan dan Aset, Dato’ Ahmad Mustafa menyampaikan pembentangan bertajuk ‘Pembangunan Aset: Penambahan Sumber Kewangan’ kepada peserta.

Tajuk ‘Memenuhi Tujuan PERKIM dan Merintis Sumbangan Dakwah di Peringkat Antarabangsa’ pula disampaikan Pengarah Unit Perancangan, Penyelarasan dan Pelaksanaan PERKIM, Haji Mamat Che Chik.

‘Pembangunan Keahlian PERKIM dan Pelaksanaan elektronik Sistem Maklumat Keahlian PERKIM (eMIS)’ merupakan tajuk terakhir disampaikan oleh Penyelaras Unit Komunikasi dan Media Baru, Dato’ Haji Idris Mamat serta Pengarah EZ Park Solution, Jeffry Noor Ali.

001
Ketibaan Yang DiPertua PERKIM di Seasons 2, Hotel Grand Seasons, Kuala Lumpur.

002
Farhan mengacarakan majlis Sesi Penerangan Dakwah Bersama Yang DiPertua PERKIM.

003
Ghazali membuka majlis dengan bacaan doa.

004
Pimpinan kehormat PERKIM menadah tangan ketika doa dibacakan.

005
Peserta di kalangan pendakwah turut mengaminkan doa yang dibacakan.

006
Dr. Yusof Noor menyampaikan ucapan aluan pada majlis tersebut.

008
Peserta mendengar panduan dan amanat yang disampaikan.

009
Tun Dr. Mahathir selaku Yang DiPertua PERKIM menyampaikan ucaptamanya dalam Sesi Penerangan Dakwah kepada pimpinan PERKIM.

010
Dr. Sayyid (berdiri) bertanyakan soalan mengenai Daesh kepada Yang DiPertua.

011
Pimpinan PERKIM mendengar dan mencatat dalam Sesi Penerangan Dakwah Bersama Yang DiPertua PERKIM.

013
Dr. Yusof Noor menyampaikan taklimat mengenai ‘Pengurusan dan Tadbir Urus’ kepada peserta.

014
Peserta mendapat maklumat dan informasi yang baharu bagi memantapkan gerak kerja dakwah PERKIM.

015
Dr. Abdul Rais menyampaikan pembentangan bertajuk ‘Pembiayaan Projek Kompleks Saudara Baru (KOSBA) dan Sistem Kewangan’.

016
Nakhaie (kanan) mengemukakan soalan kepada Bendahari Kehormat mengenai hal ehwal kewangan.

017
Ahmad selaku Pengarah Pembangunan dan Aset membentangkan tajuk ‘Pembangunan Aset: Penambahan Sumber Kewangan’ kepada peserta.

018
Ahmad (kiri) menjawab soalan daripada Nakhaie (kanan) mengenai pembangunan dan aset.

019
‘Memenuhi Tujuan PERKIM dan Merintis Sumbangan Dakwah di Peringkat Antarabangsa’ merupakan tajuk yang dibentangkan oleh Mamat.

020
Idris membentangkan tajuk ‘Pembangunan Keahlian PERKIM kepada peserta.

021
‘Pelaksanaan elektronik Sistem Maklumat Keahlian PERKIM (eMIS)’ disampaikan oleh Jeffry.

022
Amanat dan harapan yang disampaikan oleh Dr. Yusof Noor dalam ucapan penggulungannya.

023
Peserta bersama pimpinan utama PERKIM mengambil gambar kenang-kenangan di akhir program.

The post Sesi Penerangan Dakwah Bersama Yang DiPertua PERKIM appeared first on Perkim.

PERKIM Latih Daie Dakwah Jalanan Zon Selatan

$
0
0

oleh: MOHD. SYAHRIL ROSDI AHMAD ZAHUDI

“Bukan mudah untuk berinteraksi secara terbuka dengan seseorang mengenai Islam kepada individu apatah lagi berdakwah kepada mereka yang belum Islam. Seseorang penyampai itu perlu diberi pendedahan ilmu agama dan asas berkomunikasi secara efektif,” kata Jais.

Mengambil pendekatan yang sama seperti yang dilakukan oleh Rasulullah SAW dan ianya sesuai dilaksanakan di negara ini, Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Kebangsaan menganjurkan Bengkel Latihan Street Da’wah  Peringkat Zon Selatan bertempat di Hotel Orkid, Kampung Bukit Cina, Melaka pada 8 hingga 10 Disember 2017 lalu.

MUHAMMAD JAIS MARIAPPAN ABDULLAHPenyelaras program, Muhammad Jais Mariappan Abdullah atau lebih dikenali sebagai Jais berkata, Street Da’wah atau dakwah jalanan telah dimulakan oleh para nabi yang menyeru umat mereka untuk mentauhidkan diri kepada Allah SWT termasuk Nabi Muhammad SAW, walaupun ramai yang beranggapan aktiviti ini adalah baru.

Sebagai umat Nabi Muhammad SAW, kita seharusnya meneruskan perjuangan dakwah Baginda kerana, dakwah merupakan sunnah terbesar yang ditinggalkan oleh Baginda untuk kita melakukannya agar setiap manusia di dunia ini mendapat tahu kebenaran tauhid yang sebenar. Seperti sabda Rasulullah SAW iaitu; “Sampaikanlah dariku walau satu ayat.”  (Riwayat Al-Bukhari)

Program yang mendapat kerjasama daripada PERKIM Bahagian Negeri Melaka itu disertai seramai 60 peserta terdiri daripada Kelab PERKIM Universiti Tun Hussien Onn Malaysia (UTHM), Kelab PERKIM Universiti Kuala Lumpur Institut Kimia dan Teknologi Bio-Kejuruteraan Malaysia (UniKL-MICET), saudara Muslim berketurunan Cina, India, Iban, Kadazan serta ahli PERKIM Melaka, Johor dan Negeri Sembilan.

Ia diadakan bagi memperkasakan para daie dengan pengetahuan dan kemahiran sebagai pendakwah untuk berdakwah kepada belum Islam.

Bengkel tersebut melahirkan pendakwah yang berketerampilan dan secara profesional untuk menyebarkan risalah Islam kepada masyarakat belum Islam.

Jelas Jais, ini merupakan kali keempat dianjurkan oleh PERKIM di mana ia telah dilaksanakan sebelum ini di zon tengah bertempat di Wangsa Maju, Kuala Lumpur manakala zon utara di Pulau Pinang dan zon timur di Kuantan, Pahang.

Program tersebut melatih dan melengkapkan pendakwah dengan pengetahuan dan kemahiran berdakwah melalui dakwah jalanan.

Tambahnya, ia mewujudkan penggerak kepada rancangan dakwah masyarakat belum Islam melalui program khidmat masyarakat serta dapat mengumpul dan menambah daie sukarelawan Perkim.

Selain itu, ia dapat memberi keyakinan kepada bakal daie dan sukarelawan untuk membantu menyampaikan dakwah dalam program dakwah melalui khidmat masyarakat secara langsung.

“PERKIM memilih Mutilracial Muslims Malaysia (MRM) untuk dakwah jalanan adalah kerana MRM merupakan satu-satunya organisasi Islam yang mempunyai modul dakwah jalanan diiktiraf oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan merupakan kajian tesis dari Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA),” kata Jais selaku Pengawai Unit Perancangan, Penyelarasan dan Pelaksanaan PERKIM Kebangsaan.

FIRDAUS WONG WAI HUNGProgram tersebut dikendali sepenuhnya oleh Pengerusi MRM, Firdaus Wong Wai Hung atau lebih mesra dikenali Saudara (Bro) Firdaus Wong merupakan seorang pendakwah bebas dan pengasas awal program dakwah jalanan.

Menurut Firdaus Wong, ia merupakan jalinan ukhwah yang baik antara Perkim dan MRM dalam menggiatkan usaha dakwah bagi melahirkan pendakwah dan pelatih berbakat.

Kata bekas penganut Buddha lagi, yang utama ialah semua umat Islam perlu bersedia berdakwah serta menyeru kemudian terserah kepada Allah SWT kerana Dia yang memberikan hidayah dan Allah SWT tidak akan tanya berapa ramai sudah kita Islamkan.

Antara pengisian program yang dijalankan ialah suai kenal, pembahagian kumpulan, solat dan pembentangan kumpulan.

Sepanjang tiga hari dua malam Firdaus Wong menyampaikan ceramah kepada pendakwah bertajuk Dakwah atau Didakwa?, Apa itu Street Da’wah’, ‘Adakah Street Da’wah Efektif, Do and Don’ts, Jenis-Jenis Dakwah, Teknik Dialog dan Penyampaian Berkesan Mengenai Islam Bersama Prospek, Adakah Street Dakwah Efektif, Jenis-jenis Prospek, Dialog Dakwah, Praktikal Dialog serta Taklimat  Perancangan dan Persiapan Untuk Praktikal Street Da’wah.

Pendakwah turut melaksanakan program one to one dakwah dalam sesi soal jawab bersama prospek belum Islam bagi memberi peluang kepada mereka menanyakan soalan yang hangat, sinis, dan sensitif bagi menjawab salah tanggapan mereka terhadap Islam.

Tambahnya, pendakwah perlu sentiasa senyum ketika bertemu prospek sambil menyampaikan risalah sekali gus menjawab segala soalan yang diajukan dengan penuh bijaksana.

Isu-isu yang sering diutarakan oleh masyarakat bukan Islam perlu dikenalpasti bagi memudahkan untuk menjawab segala ketidakfahaman yang ada. Hal ini penting bagi memastikan para pendakwah mempunyai persediaan mental dan emosi yang teguh semasa menjawab segala persolan yang akan diajukan oleh masyarakat bukan Islam atau prospek berkenaan.

Peserta juga disajikan tayangan video dakwah jalanan berdurasi 1:10:15 yang dilakukan oleh Firdaus Wong bersama kumpulannya di Bukit Bintang pada tahun 2014 yang berjaya menarik minat pelancong bukan Islam dari Australia sekali gus beliau melafazkan syahadah kerana komunikasi mereka yang penuh berhikmah.

Aktiviti dakwah jalanan dijalankan di kawasan tumpuan masyarakat bukan Islam mahupun Islam seperti di Christ Church, Jonker Street dan A’Famosa, Melaka. Pemilihan lokasi tersebut berdasarkan jumlah masyarakat bukan Islam yang lebih ramai mengunjungi kawasan tersebut dan hal ini akan memudahkan proses dakwah kepada golongan bukan Islam dan ramai di antara mereka merupakan pengunjung dari luar negara.

Jelasnya lagi, kebiasaan pendakwah yang telah menjalani latihan bengkel dakwah jalanan serta melakukan praktikal dakwah jalanan ini, mereka akan menghidapi kecanduan berdakwah (Da’wah Addict Disorder – DAD) yang bersifat seronok dan ingin terus menerus berjumpa prospek untuk menyampaikan dakwah.

Firdaus Wong berharap, pendakwah dapat meningkatkan ilmu komunikasi dalam berdakwah dan melaksanakan dengan cara berhikmah serta menambah ilmu dalam asas-asas komunikasi dan tauhid.

Sebelum itu, pendakwah dibahagikan kepada lima kumpulan iaitu Sheikh Abdul Qadir al-Jailani, Galaksi, In 2 Dakwah, Orkid Selatan dan Mahabbah.

Aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh pendakwah ialah mengedar risalah Islam pelbagai tajuk serta terjemahan Al-Quran kepada belum Islam serta menjawab persoalan-persoalan mengenai Islam yang dikemukakan oleh belum Islam.

Peserta-peserta telah dibahagikan kepada dua kumpulan di mana kumpulan pertama yang menjalankan latihan pratikal di Christ Church, Melaka manakala kumpulan kedua pula memberi tumpuan di Kota A’Famosa.

Para pendakwah juga mencadangkan supaya pihak PERKIM mengadakan bengkel susulan bagi memantapkan lagi kemahiran dan pengetahuan mereka.

Program berakhir dengan perasmian penutup serta penyampaian hadiah dan sijil penghargaan kepada pendakwah disampaikan oleh Pengerusi PERKIM Bahagian Negeri Melaka, Datuk Abu Pit.

Abu Pit turut menyampaikan piala trofi kepada Al-Nisha Vellakanoo yang dinobatkan peserta terbaik sepanjang program di atas kredibiliti dan keyakinannya bertemu dan bersoal jawab bersama 54 prospek belum Islam.

Turut hadir, Pegawai PERKIM Bahagian Negeri Melaka, Rukiah Sungip.

001
Antara pendakwah yang hadir menyertai bengkel dakwah jalanan anjuran PERKIM.

002
Pendakwah bekerjasama menyiapkan tugasan dalam kerja berkumpulan.

003
Peserta kumpulan In 2 Dakwah membentangkan tugasan yang diberikan dalam persembahan kumpulan.

004
Firdaus Wong menyampaikan beberapa tajuk berkenaan dakwah jalanan kepada pendakwah.

005
Firdaus Wong bersama pendakwah memberikan penerangan Islam kepada salah seorang pelancong.

006
Al-Nisha (berniqab) menyampaikan risalah dan menemubual prospek berbangsa India.

007
Pendakwah bersoal jawab mengenai Islam kepada prospek belum Islam.

008
Pendakwah bertanyakan salah seorang prospek mengenai Islam dan sejauh mana pengetahuan mengenai Islam.

009
Abu Pit (tengah) menyampaikan hadiah kepada kumpulan In 2 Dakwah.

010
Al-Nisha Vellakanoo (kiri) menerima piala kategori peserta terbaik daripada Abu Pit (tengah) sambil disaksikan oleh Firdaus Wong (kanan).

011
Keyakinan dan semangat terukir di setiap wajah para pendakwah untuk meneruskan tugas mereka membawa manusia ke jalan Allah SWT.

012
Para pendakwah bergambar kenang-kenangan bersama tetamu kehormat sambil menunjukkan isyarat syahadah di akhir program.

The post PERKIM Latih Daie Dakwah Jalanan Zon Selatan appeared first on Perkim.

JARUSALEM ADALAH UNTUK RAKYAT PALESTIN!!!

$
0
0

WhatsApp Image 2017-12-21 at 14.03.01

JARUSALEM ADALAH UNTUK RAKYAT PALESTIN 2

Seluruh warga dan kakitangan PERKIM mengecam tindakan Presiden Amerika Syarikat, Donald J. Trump dengan pengisytiharan Baitulmaqdis sebagai ibu negara bagi Israel pada 7 Disember 20017 lalu. PERKIM membantah sekeras-kerasnya tindakan tersebut dan meminta kembalikan Jarusalem kepada rakyat Palestin. Allahu Akbar!!! Allahu Akbar!!!  Allahu Akbar!!!

The post JARUSALEM ADALAH UNTUK RAKYAT PALESTIN!!! appeared first on Perkim.

‘Pelaksanaan elektronik Sistem Maklumat Keahlian PERKIM (eMIS)’ disampaikan oleh Jeffry Noor Ali.

Pelancaran Kelab PERKIM Insaniah

$
0
0

oleh: MOHD. SYAHRIL ROSDI AHMAD ZAHUDI

“Kita hendaklah melibatkan lebih ramai anak muda dan mahasiswa universiti dalam menyertai bahagian serta cawangan Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) di setiap negeri bagi memudahkan gerak kerja dakwah, kebajikan dan pendidikan,” kata Naib Yang DiPertua PERKIM, Prof. Dr. Mohd. Ridhuan Tee Abdullah dalam ucapan perasmiannya.

Beliau berucap ketika merasmikan Majlis Pelancaran Kelab PERKIM Kolej Universiti Insaniah (IPC) bertempat di Dewan Senat, Kolej Universiti Insaniah (KUIN), Kuala Ketil, Kedah pada 30 Januari 2018 lalu.

Dr. Ridhuan Tee turut mengucapkan terima kasih kepada IPC dan pihak pengurusan KUIN kerana bertungkus lumus bagi menjayakan program tersebut.

Beliau menyatakan hasratnya untuk menubuhkan Kelab PERKIM Universiti sewaktu pertama kali berkunjung ke KUIN pada September 2017 lalu memandangkan masih tidak terdapat lagi KPU di institusi tersebut.

Dr. Ridhuan Tee yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kecil KPU berkata, PERKIM merupakan organisasi Islam paling lama bertapak dalam negara dan ditubuhkan pada 19 Ogos 1960 oleh Perdana Menteri Malaysia pertama.

Jelasnya, Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj merupakan Pengasas PERKIM dipilih menjadi Yang DiPertua pada tahun 1974 hingga 1989 selepas dua pemimpinnya iaitu Tan Sri SOK Ubaidullah dan Tan Sri Yusoff Ibrahim.

“Salah satu jasa Tunku ialah sewaktu di zamannya ramai tokoh-tokoh besar memeluk Islam seperti Tun Omar Ong Yoke Lin, Tan Sri Abdul Mubin Sheppard dan ramai lagi,” ucap Dr. Ridhuan Tee.

Saya melihat semangat yang cuba dibawa oleh Tunku iaitu mengajak orang kepada Islam dan diharap IPC dapat menyambung tradisi kepimpinan Perkim selepas ini.

IPC perlu ingat, situasi KUIN ini adalah sama seperti Universiti Islam Antarabanga Malaysia (UIAM) dan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di mana mereka tidak ada pelajar bukan Islam serta mereka seharusnya berdakwah di luar kampus berbeza institut pengajian tinggi (IPT) yang mempunyai pelajar berbilang kaum.

Mahasiswa IPC secara tidak langsung menjadi ahli PERKIM serta mudah berurusan di bahagian dan cawangan PERKIM.

“Kita mahu IPC melaksanakan kerja amal dan dakwah bil hal dengan menumpukan dakwah jalanan di mana ahli IPC perlu berdakwah di bandar Kuala Ketil serta Kuala Muda dengan menyampaikan kebenaran Islam kepada orang bukan Islam sekali gus mengedarkan risalah dan sebelumnya mereka dilatih dalam bengkel dakwah jalanan,” ujarnya.

Kita mesti menonjolkan diri di khalayak terutama kepada orang bukan Islam kerana negara kita mempunyai jumlah peratusan kedua terbesar di Malaysia iaitu kaum Cina 23 peratus daripada 30 juta rakyat Malaysia manakala India 10 peratus.

Menurut Dr. Ridhuan Tee lagi, hasrat PERKIM sangat tinggi kerana bila berdakwah melalui kebajikan kita dapat menunjukkan akhlak yang baik lagi mulia dan memberi pendekatan dakwah kepada mereka mudah-mudahan satu hari jikalau mereka tidak masuk Islam sekali pun, mereka berlembut dengan Islam, jangan sampai mereka benci dan begitu kuat anti dengan Islam.

“Legasi Tunku Abdul Rahman perlu diteruskan kerana kini sangat sukar melihat pemimpin bukan Islam memeluk Islam,” ujar Dr. Ridhuan Tee  yang merupakan Pensyarah di Pusat Penataran Ilmu Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).

Kesannya besar sekiranya tokoh kepimpinan memeluk Islam kerana lebih mudah pengikut mereka faham dan mengikuti mereka.

Dr. Ridhuan Tee berharap, kita perlu mewujudkan perkongsian pintar zon utara bagi melicinkan gerak dakwah di antara KPU IPC, KPU Universiti Utara Malaysia (UUM) dan KPU Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).

Katanya, dakwah melalui kebajikan akan berkembang dan diyakini serta lebih ramai orang akan memeluk Islam atas usaha dan kerja dakwah.

Menurut Dr. Ridhuan Tee, Pusat Kajian Pew di Amerika Syarikat menjangkakan pada tahun 2050, agama Islam akan menyamai agama Kristian di seluruh dunia manakala pada tahun 2070, agama Islam akan menjadi agama terbesar di seluruh dunia. Maknanya orang bukan Islam menjangkakan agama Islam akan mendapat sambutan yang begitu hebat pada masa akan datang sehingga menenggelamkan agama Kristian.

Tidak ada kerja lain yang paling mulia selain daripada kita dapat membawa orang Islam kembali kepada Islam seperti mana kerja-kerja para nabi-nabi yang kita perlu diteruskan.

Turut hadir ialah Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar (HEP), Kewangan dan Pengurusan KUIN, Datuk Bukhari Abdullah; Pengarah Jabatan HEP KUIN, Mohd Sayuti Sanusi; Pengarah Unit Perancangan, Penyelarasan dan Pelaksanaan PERKIM (UPPP), Haji Mamat Che Chik; Pengerusi PERKIM Cawangan Kuala Muda, Haji Abdul Hameed Abd. Kadir; Pegawai UPPP, Muhammad Farhan Tee Abdullah dan Siti Munirah Sayed Mohd. Hamdan; Yang DiPertua IPC, Muhammad Al-Hafiz Firdaus Abdul Razak serta Presiden Majlis Perwakilan Mahasiswa KUIN, Abdul Rafiq Abdul Latib.

Majlis diserikan lagi dengan penyerahan sijil penubuhan KPU KUIN disampaikan oleh Ridhuan Tee kepada Rektor KUIN, Prof. Datuk Dr. Mohd. Fakhrudin Abdul Mukti dan acara memotong kek IPC.

Ridhuan Tee juga turut menyampaikan buku Dasar dan Peraturan KPU serta memakaikan rompi KPU kepada mahasiswa IPC.

Sebelum itu, Fakhrudin dalam ucapan aluannya merakamkan ucapan terima kasih kepada Perkim kerana telah bersama KUIN untuk menjayakan hasrat PERKIM untuk menubuhkan KPU selaras dengan pendekatan PERKIM di universiti.

Ia merupakan satu langkah dan platform terkini bagi menyokong hasrat PERKIM iaitu satu pertubuhan membimbing mualaf.

KUIN telah mendapat persetujuan dan diluluskan oleh Kementerian Pengajian Tinggi bagi menaiktaraf dengan nama baharu Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mua’adzam Shah (UniSHAMS).

UniSHAMS turut mendapat perkenan daripada Sultan Kedah, Tunku Sallehuddin Sultan Badlishah ketika bertitah pada Konvensyen KUIN ke-18 pada 20 Oktober 2017 lalu.

Objektif utama penubuhan IPC adalah untuk memupuk perpaduan berteraskan kebajikan secara Islam, meningkatkan persefahaman, perhubungan dan kepentingan kepada Islam serta belum Islam.

Pendekatan dakwah dan pengalaman PERKIM boleh dicurahkan kepada IPC yang merupakan tunggak kepimpinan masa depan dengan memperkenalkan keindahan Islam sebagai satu cara hidup serta rahmat kepada sekalian alam.

Akhlak Islamiah dan sikap mulia yang ditunjukkan juga merupakan tarikan kepada belum Islam di samping Allah SWT memberi hidayah kepada mereka.

Harapan Fakhrudin, supaya IPC dapat melaksanakan dakwah Islamiah melalui pendekatan dakwah yang bersistematik, tarbiah pendidikan dan amalan aktiviti kebajikan sekali gus menjalankan kegiatan dengan badan-badan agama yang lain demi kepentingan penyebaran dan perkembangan syariat Islam.

Pelbagai program turut dirancang pada masa hadapan bagi merancakkan lagi penubuhan kelab ini dan agar warga KUIN dan masyarakat sekeliling menyedari akan kewujudan IPC ini.

Dengan penubuhan kelab tersebut sekurang-kurangnya mereka dapat mendekati PERKIM dan terus menyumbang sama ada fikiran, tenaga mahupun kewangan bagi kerja-kerja dakwah dan kebajikan.

“Saya harap IPC akan menjalankan fungsinya tersendiri dengan jayanya dan amat berharap hubungan yang telah terjalin antara pihak KUIN dan PERKIM terus erat pada masa hadapan melalui program yang dirancang bersama dan dijalankan,” jelasnya.

Kolej Universiti Insaniah yang terletak di Kuala Ketil, Kedah Darul Aman.

Tetamu kehormat dan mahasiswa IPC menyanyikan lagu Asmaul Husna di awal permulaan majlis.

Pemimpin KUIN dan IPC menadah tangan ketika doa dibacakan bagi keberkatan majlis.

Antara pegawai PERKIM yang hadir di majlis tersebut (dari kanan:) Farhan Tee, Abdul Hameed, Siti Munirah dan Jamilatun.

Dr. Ridhuan Tee menyampaikan ucapan perasmian pada majlis tersebut.

Tetamu kehormat dan mahasiswa IPC mendengar amanat dan nasihat yang disampaikan oleh Dr. Ridhuan Tee.

Rektor KUIN, Dr. Fakhrudin turut menyampaikan ucapan aluan di majlis tersebut.

Dekan dan pensyarah bersama mahasiswa yang memberi sokongan di majlis tersebut.

Dr. Ridhuan Tee (kiri) dan Dr. Fakhrudin memotong kek tanda perasmian penubuhan IPC.

Dr. Ridhuan Tee (tengah) menyerahkan sijil penubuhan KPU KUIN kepada Dr. Fakhrudin (kiri) sambil disaksikan oleh Haji Mamat.

Dr. Ridhuan Tee dan Dr. Fakhrudin mengenakan rompi KPU kepada salah seorang mahasiswa IPC

Dr. Fakhrudin (kiri) menyampaikan cenderahati kepada Dr. Ridhuan Tee (tengah).

Pengarah UPPP, Haji Mamat (kanan) menerima cenderahati daripada Rektor KUIN, Dr. Fakhrudin (tengah).

Mahasiswa IPC bergambar kenang-kenangan bersama tetamu kehormat PERKIM dan KUIN di akhir majlis.

Ahli jawatankuasa IPC bergambar bersama tetamu kehormat PERKIM dan KUIN.

The post Pelancaran Kelab PERKIM Insaniah appeared first on Perkim.

Viewing all 99 articles
Browse latest View live